Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DRISHYAM (2015)




    GENRE  : Drama, Misteri

RATING : IMDb 8.3/10

                              Rotten Tomatoes 77%


     Filem hindi Drishyam lakonan bintang Bollywood terkenal Ajay Devgan ini sebenarnya adalah remake daripada filem asal Drishyam (Malayalam - 2013) yang pada sebelumnya mendapat banyak pujian positif daripada pengkritik filem di samping memperolehi pencapaian tahap box office. Maka tidak hairanlah Drishyam mempunyai enam versi remake iaitu Drushyam (Telugu - 2014)Drishya (Kannada - 2014), Papanasam (Tamil - 2015), Drishyam (Hindi - 2015), Dharmadudhaya (Sri Lanka - 2017) dan Sheep Without a Shepherd (China - 2019).

    Kita sendiri boleh berfikir kalau dah sampai banyak remake bermaksud sudah tentu jalan ceritanya mantap. Lagipun, kebanyakan filem India sekarang sudah tidak seperti dulu. Kalau dulu banyak berkisarkan kisah cinta, sekarang trend tersebut dilihat beralih arah kepada genre misteri serta thriller. Adegan menyanyi pun nampak berkurangan.

    Dalam Dhrishyam versi hindi, Ajay memegang watak sebagai Vijay Salgaonkar iaitu seorang ahli perniagaan yang menjalankan perusahaan kabel televisyen. Kebanyakan masa lapangnya dihabiskan untuk menonton filem. Kalau diperhatikan mukanya, si Vijay yang tidak berpendidikan tinggi ini nampak macam lurus bendul. Namun, Vijay adalah seorang yang baik budi pekertinya. Daripada sisi keluarga, Vijay mempunyai dua orang anak perempuan. Jelas sekali dia merupakan seorang suami dan ayah yang penyayang serta bertanggungjawab. Kiranya keluarga Vijay adalah keluarga bahagia yang begitu disenangi orang ramai.

    Kisah sebenar bermula selepas anak Vijay iaitu Anju menjadi mangsa intipan rakaman telefon bimbit oleh seorang remaja lelaki yang bernama Sam. Semasa satu pertemuan di rumah Vijay, Anju secara tidak sengaja telah membunuh Sam. Sebaik saja Vijay mengetahui perkara tersebut, maka Vijay pun mula mencipta game nya untuk menutup bukti dan mencipta alibi pembunuhan yang telah dilakukan oleh anaknya itu.

    Konflik tercetus apabila Sam sebenarnya pula adalah anak kepada seorang pegawai polis yang bernama Meera Deshmukh (Tabu). Tapi serius, Tabu masih nampak cantik walaupun dah berusia. Awet muda kot. Hihi. Okay. Masa ini barulah kita mengerti perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Anak yang pernah dibelai-belai, diusap-usap dan dimanja-manja sudah tiada di depan mata. Namun, nampak ketara jugalah Inspektor Meera dan suaminya terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama anak. Mungkin disebabkan itu si Sam pada sebelumnya berperangai agak liar. 

    Berdasarkan siasatan awal, Inspektor Meera berpegang kepada nalurinya sebagai seorang ibu iaitu dia mengesyaki Vijay tahu tentang keberadaan anaknya.Si Vijay pula jangan dipandang sebelah mata. Dia begitu pandai memanipulasikan keadaan. Menariknya, hampir setiap game dan alibi yang Vijay cipta adalah inspirasi daripada kebanyakan filem yang pernah ditontonnya. Inspektor Meera pula seperti dapat membaca permainan Vijay. Jadi dia enggan sesekali memandang rendah dengan Vijay.

    Korang boleh menonton sendiri filem ini untuk melihat game si Vijay. Bagi Jack, Drishyam bukan sekadar filem thriller, tetapi ia adalah super thriller.