LOLOS DARI PENJARA ALCATRAZ
Pulau Alcatraz terletak di kawasan perairan sejuk
California, San Francisco Bay, Amerika Syarikat. Pada asalnya, fungsi bangunan
di Pulau Alcatraz ini dibina adalah untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan
tentera laut pada tahun 1850an. Selepas pihak berkuasa tentera Amerika Syarikat
memindahkan kuasa kawalan sepenuhnya kepada Jabatan Kehakiman, maka fungsi bangunan
Alcatraz dinaik taraf menjadi pusat tahanan tentera dari tahun 1861 hingga
1933.
Kegigihan, kecekalan dan kesabaran adalah tunjang utama buat
Morris dan rakan-rakannya dalam menjayakan pelan tersebut. Mereka bekerja keras
selama berbulan-bulan dengan setiap malam menggali lubang di dalam sel
masing-masing menggunakan bilah pisau, sudu dan mata gerudi. Bagi mengelakkan
aktiviti mereka diketahui, Morris akan memainkan alat muzik akordeon untuk
mengaburi keadaan. Selesai aktiviti penggalian, lubang sel yang digali tadi
akan ditutup dengan kadbod serta dicat. Usaha mereka itu ternyata berbaloi
apabila akhirnya berjaya melebarkan lubang dalam sel tersebut. Sesiapa yang
pernah menonton filem The Shawshank Redemption mungkin boleh membayangkan cara
kerja Morris serta yang lain.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Morris dan rakannya juga telah
membentuk kepala boneka hidup yang diperbuat daripada kertas, sabun dan rambut.
Kepala palsu itu akan diletakkan di atas katil
menjelang malam kejadian bagi mengaburi mata pengawal penjara.
Dari atas bumbung, Morris dan rakannya kemudian menggelosor
ke bawah dengan menggunakan batang paip. Pagar berduri setinggi 12 kaki yang
juga merupakan halangan terakhir mereka telah berjaya lepasi dengan mudah. Morris,
John dan Clarence seterusnya menaiki rakit buatan sendiri yang diperbuat
daripada baju hujan hasil pembelian oleh banduan lain. Maka, mereka bertiga pun
berkayuh perlahan-lahan dan akhirnya hilang dari pandangan. Sejak kejadian itu,
tiada sesiapapun yang pernah mendengar perkhabaran atau melihat kelibat Frank
Morris, John Anglin dan Clarence Anglin.
Kehilangan Morris, John dan Clarence hanya disedari oleh pihak berkuasa penjara Alcatraz pada keesokan paginya selepas penemuan kepala palsu di sel mereka. Maka operasi pencarian secara besar-besaran yang disertai oleh beberapa agensi penguatkuasa telah dijalankan selama 10 hari berturut-turut. Dalam usaha pencarian yang meliputi kawasan darat dan air itu, hanya ada satu persoalan yang timbul. Adakah Morris telah berjaya dalam misi mereka atau keadaan menjadi sebaliknya? Meskipun operasi pencarian itu tidak mencatatkan sebarang penemuan mayat, namun terdapat beberapa barang bukti penting yang berjaya ditemui. Antaranya dompet yang mengandungi maklumat saudara-mara dan rakan-rakan pasangan adik beradik Anglin serta cebisan baju hujan dipercayai daripada rakit mangsa. Sejujurnya, penemuan barang bukti ini tidak begitu membantu. Dalam bahasa mudah, penemuan ala kadar. Ia tidak boleh menjadi kesimpulan mahupun penentu jawapan sama ada Morris, John dan Clarence masih hidup atau sudah pun mati lemas sejurus selepas mereka melarikan dari Pulau Alcatraz.
Jadi, adakah Morris, John dan Clarence berjaya dalam
peristiwa Alcatraz Escape? Perkara inilah yang masih menjadi perdebatan ramai
pihak.
Selain itu, kes Morris, John dan Clarence juga difailkan
oleh pihak FBI sebagai kes orang hilang serta dikhuatiri lemas. Pada 31
Disember 1979, fail kes "Alcatraz Escape" ini akhirnya ditutup
selepas 17 tahun siasatan dijalankan.
Beberapa dekad kemudian, anak saudara pasangan adik beradik
Anglin iaitu David dan Ken Widner akhirnya tampil ke hadapan menerusi siaran
History Channel.Mereka berdua telah mengemukakan beberapa bukti kukuh yang
menunjukkan bahawa Morris, John dan Clarence sebenarnya masih hidup selepas
berjaya meloloskan diri dari Pulau Alcatraz.
Dakwa mereka lagi, keluarga Anglin selama ini hanya mampu
berdiam diri kerana sering diintip dan diganggu oleh pihak FBI. Namun, demi
memastikan hajat Marie Anglin dari keluarga Anglin yang mahu memastikan kes ini
selesai sebelum dia meninggal dunia, maka David dan Ken membuat keputusan untuk
mendedahkan segala-galanya.
Selain itu, keluarga Anglin juga telah memberikan keizinan
kepada penyiasat untuk menggali semula kubur Alfred iaitu abang kepada John dan
Clarence. Penggalian semula kubur itu dibuat untuk mengenal pasti DNA Alfred
dengan DNA tulang yang ditemui oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di pantai
utara San Francisco pada tahun 1963. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua DNA
tersebut adalah tidak sepadan. Jadi, tulang yang ditemui itu sah bukan milik
John mahupun Clarence. Mungkinkah milik Morris? Mungkin ya dan mungkin juga
tidak kerana Morris tidak mempunyai sebarang saudara mara yang masih hidup
untuk diuji DNA nya.
Cuba perhatikan. Dua individu dalam kedua-dua gambar ini
didakwa sebagai John dan Clarence. Ini adalah gambar mereka berdua yang masih
hidup pada sekitar tahun 1970an.
Ini pula gambar John dan Clarence yang dipercayai berada di Brazil pada tahun 1975.
Pada tahun 2013, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menerima
sepucuk surat yang didakwa ditulis serta dikirim oleh John Anglin. Menerusi
surat tersebut, John mendakwa bahawa dia yang sudah pun berusia 83 tahun telah
mengidap penyakit kanser. Tulis John lagi, Morris telah meninggal dunia pada
tahun 2008 manakala Clarence pula tahun 2011. Seterusnya, John berjanji untuk
menyerah diri dengan syarat dia hanya akan dipenjarakan selama setahun dan
diberikan rawatan perubatan. Persetujuan terhadap perkara tersebut harus
diumumkan melalui siaran televisyen.
Meskipun pihak FBI tidak melayan permintaan John, namun
mereka enggan memandang remeh perkara itu. Selepas lima tahun melakukan
analisis pada surat tersebut, kesahihan John sebagai penulis adalah tidak jelas
dan tidak dapat dimuktamadkan.
Jika benar Morris, John dan Clarence berjaya meloloskan diri
pada malam kejadian itu, maka wajarlah peristiwa "Alcatraz Escape"
digelar sebagai salah sebuah kisah pengembaraan terhebat sepanjang zaman.
Power! Morris ni bijak macam Michael Scofield tu kot..haha
BalasPadam