PEMBUNUHAN DI KABIN KEDDIE
Video trailer di atas merupakan trailer filem thriller The
Strangers yang diterbitkan pada tahun 2008. Filem tersebut dikatakan inspirasi daripada kisah
pembunuhan sebenar yang berlaku di dalam sebuah kabin pada tahun 1981.
Kisahnya bermula pada musim luruh tahun 1980 apabila
seorang wanita bernama Glenna Sue Sharp (36 tahun) bersama
empat orang lagi anaknya iaitu John (15 tahun), Sheila (14
tahun), Tina (12 tahun), Rick (10 tahun)
dan Greg (5 tahun) berpindah ke sebuah pekan terpencil yang
terletak di Keddie, California. Sue membuat keputusan untuk
berpindah ke kawasan situ selepas berpisah dengan suaminya. Lagipun, abang Sue
iatu Don turut menetap di kawasan sama. Sue telah
menyewa Kabin bernombor 28 yang bertempat di Resort Keddie.
Pada
malam 11 April 1981, Sue tinggal di kabin bersama dengan Rick dan
Greg. Rick dan Greg ketika itu leka bermain di dalam di dalam bilik bersama
seorang lagi kanak-kanak yang sebaya dengan mereka bernama Justin
Smart. John keluar pergi merayap di bandar berdua dengan rakannya
iaitu Dana Wingate (17 tahun). Tina pula hanya pulang ke
kabin pada pukul 10 malam selepas selesai menonton televisyen di kabin jiran
mereka.
Sekitar jam 7.45 pagi keesokan harinya, Sheila yang telah pergi berparti
pada malam sebelumnya telah kembali pulang ke kabin mereka. Namun dia begitu
terkejut selepas menemui mayat Sue, John dan Dana terbaring dalam keadaan yang
mengerikan di ruang tamu.
Semua
mangsa dipercayai diseksa terlebih dahulu sebelum akhirnya ditikam berulang kali
dengan pisau. Pergelangan tangan dan kaki Sue diikat ketat menggunakan wayar
eletrik. Mulutnya pula disumbat dengan seluar dalamnya sendiri. Sue turut dipercayai
telah dipukul dengan senapang. Sementara itu, John bukan saja dihentak dengan
tukul, bahkan lehernya juga dikelar. Dana Wingate pula dicekik oleh pembunuh
dengan tangan.
Tina
yang didapati tiada di rumah gagal dikesan sama sekali. Rick, Greg dan Justin
ditemui selamat di dalam bilik tidur tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Mereka bertiga langsung tidak menyedari dengan keadaan yang telah berlaku.
Menerusi satu keterangan daripada Justin,dia memberitahu telah melihat
sendiri bagaimana John dan Dana terus menyerang si pelaku sebaik saja mereka
berdua pulang ke kabin. Bagaimanapun, keadaan bertukar sebaliknya apabila John
dan Dana teruk dibelasah sebelum kedua-dua mereka diikat. Tina yang kemudian
terjaga dari tidurnya selepas terdengar bunyi bising terus bergegas ke arah
ruang tamu. Malangnya, dia telah diheret oleh pelaku. Kenyataan Justin itu
bagaimanapun tidak direkodkan secara rasmi atas dakwaan dia berkeungkinan sedang mengigau sewaktu kejadian berlaku.
Tidak
lama selepas penemuan mayat mangsa, pihak polis telah melancarkan operasi
pencarian Tina. Namun, usaha mereka itu gagal untuk menemui sebarang petunjuk.
Hinggalah bulan April tahun 1984, pihak polis menerima satu panggilan
daripada individu yng tidak dikenali. Pemanggil itu mendakwa bahawa dia telah
menjumpai rangka tulang Tina. Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis
telah menjumpai satu rangka tulang manusia di Butte County, iaitu
kira-kira 30 batu jauhnya dari Kabin Keddie. Hasil keputusan analisis, rangka
tulang itu disahkan sebagai Tina Sharp.
Meskipun pelbagai penangkapan suspek telah dibuat, cuma dua individu saja
yang disyaki sebagai suspek utama. Mereka adalah Marty Smartt dan Severin
John Boubede yang lebih dikenali sebagai "Bo” dengan
kedua-duanya tinggal tidak jauh dari Kabin 28.
Mengikut
teori siasatan, punca sebenar Sue dibunuh adalah disebabkan dia sering
mencampuri urusan rumah tangga Marty. Sue didakwa kerap menasihati isteri Marty
iaitu Marilyn untuk meninggalkan Marty. Pada sebelumnya,
Marilyn dikatakan sering menjadi mangsa penderaan Marty. Marty yang tidak
berpuas hati dengan keadaan itu telah bersekongkol dengan Bo untuk membunuh
Sue. Tambahan pula Marty didakwa terus tergesa-gesa meninggalkan Keddie untuk
menuju ke bandar Reno sejurus selepas pembunuhan itu berlaku.
Seperkara lagi, Marty adalah ayah kepada Justin. Perkara ini telah mengukuhkan
lagi dakwaan mengapa Justin, Rick dan Greg tidak dibunuh pada malam kejadian.
Ada
seorang ahli terapi pernah tampil ke hadapan untuk memberitahu bawah Marty
pernah membuat satu pengakuan yang dia adalah pembunuh Kabin 28. Namun, entah
kenapa keterangan ahli terapi itu tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Jadi,
masih tiada sebarang kenyataan mahupun bukti kukuh untuk mengaitkan Marty dan
Bo sebagai pembunuh sebenar kejadian. Tujuh tahun selepas peristiwa pembunuhan
itu, Bo telah meninggal dunia manakala Marty pula menghembuskan nafas
terakhirnya pada tahun 2006.
Pada
tahun 2013, penyiasat kes telah menemui satu lagi bukti yang sangat penting.
Bukti itu adalah satu surat yang dikirimkan Marty kepada Marilyn. Isi kandungan
tersebut bertulis,
“I’ve
paid the price of your love & now that I’ve bought it with four peoples
lives, you tell me we are through … Great! What else do you want?”
Marilyn bagaimanapun menafikan tentang bukti surat tersebut memandangkan
dia tidak pernah menerima surat itu sebelum ini.
Satu
lagi petunjuk yang terus menjadi perdebatan adalah panggilan telefon yang
memaklumkan tentang penemuan rangka tulang milik Tina. Jika difikirkan
betul-betul, siapakah individu di sebalik panggilan telefon itu dan bagaimana
dia tahu serta yakin rangka tulang tersebut adalah milik Tina?
Timbul juga satu dakwaan yang mengatakan bekas Sheriff yang mengendalikan
kes Kabin 28 ketika itu iaitu Sheriff Doug Thomas merupakan
rakan kepada dua suspek utama, Marty dan Bo. Mungkin disebabkan itu Marty dan
Bo langsung tidak pernah didakwa. Selain itu, Doug Thomas juga
dilaporkan telah memecat seorang pegawai bawahannya yang bernama Mike
Gamberg pada dua minggu sebelum kejadian pembunuhan. Tiga tahun
selepas kejadian, Doug meletakkan jawatan untuk berpindah ke
jabatan lain.
Hingga ke hari ini, para penyiasat termasuklah anak-anak Sue yang
terselamat dalam kejadian itu masih lagi berusaha untuk mencari pelaku meskipun menyedari kadar peluang untuk kes diselesaikan adalah sangat tipis.
Flickr
Dalam
perkembangan lain, Kabin Keddie 28 akhirnya dirobohkan pada tahun 2004 selepas
sekian lama menjadi sebuah tempat legenda.
Kes
Kabin Keddie 28 kini dikendalikan oleh Sheriff Greg Hagwood yang
juga merupakan bekas rakan sekelas John dan Dana. Dia berjaya memujuk Mike
Gamberg untuk keluar dari persaraan bagi membantunya menjalankan siasatan. Pada
November 2016, rancangan jenayah popular iaitu People Magazine
Investigates telah menyiarkan episod pembongkaran semula kes Kabin
Keddie 28.