Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PENANGAN SUP KAMBING



    Pernah makan sup kambing? Ini adalah kisah ringkas di mana seorang isteri sanggup membunuh suami sendiri hanya semata-mata untuk bersama kekasih gelapnya. Selepas si suami dibunuh, maka si isteri tadi bertindak pula menyimbah asid pada muka kekasih gelapnya. Dia bertindak sedemikian agar kekasih gelapnya itu boleh berlakon dan menggantikan tempat suaminya. 

    Kisahnya bermula pada 27 November 2017 apabila seorang wanita bernama Swathi bersama kekasih gelapnya iaitu Rajesh telah menyuntik ubat pelali kepada Sudhakar Reddy (suami Swathi). Selepas Sudhakar tidak sedarkan diri, dia terus dipukul dengan besi sampai mati. Mayat Sudhakar seterusnya dibawa ke dalam hutan untuk dibakar. 

    Swathi kemudian mereka-reka cerita bahawa rumahnya dicerobohi masuk oleh empat orang lelaki bertopeng. Penceroboh tersebut telah bertindak menyimbah muka Sudhakar dengan petrol, lalu membakarnya. 

    Mendapat inspirasi daripada filem Telugu berjudul Evadu, Swathi telah menyimbah asid pada muka Rajesh bagi membolehkan Rajesh berlakon menjadi Sudhakar. Malah, Swathi siap mempunyai perancangan agar Rajesh melakukan pembedahan plastik. 

    Sewaktu berada di hospital, keluarga Sudhakar mula berasa curiga selepas "Sudhakar" enggan memakan sup kambing sedangkan sup kambing itu adalah makanan kegeemarannya. Selepas mendapat tahu "Sudhakar" depan mata mereka merupakan seorang vegetarian, keluarga Sudhakar terus membuat laporan polis. Berdasarkan pemeriksaan cap jari yang dijalankan, identiti Rajesh akhirnya terbongkar jua. 

    Pada 10 Disember 2017, Swathi yang telah ditahan mengaku bahawa dia tidak pernah berasa bahagia dengan alam rumah tangga yang dikecapi bersama Sudhakar. Pada masa sama, mayat Sudhakar berjaya ditemui. Empat hari kemudian, Rajesh terus ditahan sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Catat Ulasan for "PENANGAN SUP KAMBING"