12TH MAN
GENRE : Drama, Sejarah
RATING : IMDb 7.8/10
Rotten Tomatoes 80%
Filem ini sesuai untuk mana-mana korang yang berminat dengan cerita sejarah berdasarkan kisah benar. Seriuslah, memang layan. Rasa kasihan juga kepada si hero kerana terpaksa bergelut seorang diri hanya semata-mata untuk melarikan diri daripada kumpulan tentera Nazi. Sementara itu, rakan-rakannya lain yang berjaya tangkap telah didera serta dihukum bunuh.
Oh, lupa. Filem ini sangat kurang adegan aksinya. Jadi, jangan difikir pula ada adegan tembak sana-sini dekat medan peperangan.
Filem ini sebenarnya diadaptasi daripada kisah sebenar yang berlaku pada era perang dunia kedua. Ia mengisahkan tentang detik sukar yang dialami oleh Jan Sigurd Baalsrud iaitu seorang anggota Komando Norway di mana dia telah menjadi buruan tentera Nazi. Kisahnya bermula 24 Mac 1941 apabila Baalsrud bersama 11 orang lagi rakan seperjuangannya menaiki bot menuju ke Bardufoss, Norway. Misi utama mereka waktu itu adalah untuk memusnahkan menara kawalan udara Jerman. Walau bagaimanapun, bot yang dinaiki oleh mereka itu telah diserang oleh tentera Jerman. Jadi, misi mereka tersebut telah gagal sepenuhnya.Tatkala ada rakan-rakannya yang ditangkap dan dibunuh, Baalsrud kira bernasib baik selepas dapat melarikan diri.
Bermula dari saat itu, Baalsrud hidup dalam ketakutan. Bagi menyelamatkan dirinya, dia harus segera ke Sweden. Nasib menyebelahi Baalsrud apabila penduduk tempatan sudi untuk membantunya. Meskipun begitu, Baalsrud terpaksa menempuh pelbagai rintangan terutamanya mengharungi kesejukan yang melampau di kawasan pergunungan salji. Dari hari ke hari, kesihatan Baalsrud semakin merosot. Bahkan satu ketika, ibu jari kakinya yang terluka teruk terpaksa dipotong, manakala matanya juga hampir menjadi buta. Baalsrus tetap cekal dan tidak pernah menyerah kalah kerana dia tahu apa itu erti perjuangan sebenar.
Catat Ulasan for "12TH MAN"