Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

THE OUTSIDER


                                                               

 Tajuk     :  The Outsider (2018)                                                  
 Genre    :  Jenayah, Thriller
 Rating   :  IMDb 6.3/10
                   Rotten Tomatoes 17%

    Filem The Outsider ini rasanya sesuai untuk tontonan mereka yang mempunyai minat dengan cerita Yakuza. Pelakon utamanya adalah Jared Leto yang pernah memegang watak sebagai Joker dalam filem Suicide Squad.  Cumanya Bbgi Jack, jalan cerita dalam filem ini tak bosan dan tak adalah nak cakap best sangat. Kiranya sedang-sedang sajalah.

    Berlatar belakang tahun 1950an, The Outsider mengisahkan seorang tentang seorang banduan Amerika iaitu Nick Lowell (Jared Leto) yang telah membantu seorang anggota Yakuza bernama Kiyoshi untuk melarikan diri dari penjara. Tidak lama selepas rancangan itu berjaya, Kiyoshi telah menunaikan janji untuk membayar hutang dengan Nick. Hutang yang dimaksudkan bukanlah hutang wang, sebaliknya adalah pertolongan. Makanya seperti yang dijanjikan, Kiyoshi membantu Nick untu bebas dari penjara.

    Dipendekkan cerita, Nick kemudian menyertai puak Yakuza Shiromatsu. Jadi, bermulalah liku-liku kehidupannya sebagai anggota Yakuza. Nick adalah seorang yang berhati keras dan langsung tidak mempunyai rasa belas kasihan. Dia membunuh orang ikut sesuka hatinya. Bahkan Nick sendiri juga mengelar leher rakannya sendiri. Bagaimanapun, sekeras-keras Nick, hatinya tetap ada bunga. Dia telah jatuh dengan Miyu yang merupakan adik kepada Kiyoshi. Kiyoshi sendiri pernah berpesan dengan Nick agar tidak terjerat dalam hubungan percintaan kerana bimbang akan menimbulkan masalah lain pada hari kelak. 

    Sejujurnya, The Outsider tidak begitu padat dengan aksi. Dekat penghujung barulah terasa seronok nak tengok. Perkara biasa apabila konflik dengan pihah musuh sudah mencapai tahap kemuncaknya.

Catat Ulasan for "THE OUTSIDER"