Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

GUA NUTTY PUTTY : Lelaki yang Terperangkap di Gua Selama-lamanya.

IMDb

    Pernah menonton filem The Last Descent (2016)? Tahukah anda filem survival itu merupakan inspirasi daripada kisah sebenar kematian menyayat hati seorang  peneroka gua muda yang berpengalaman?

    Pada malam 24 November 2009, John Edward Jones (26 tahun) bersama beberapa anggota keluarga serta rakannya telah pergi meneroka gua Nutty Putty Cave yang terletak di Utah, Amerika Syarikat. Kira-kira sejam selepas ekspedisi itu, malang tidak berbau untuk John apabila dia tersilap memasuki satu laluan sempit yang disangkanya sebagai laluan Birth Canal. Laluan Birth Canal adalah laluan sempit Nutty Putty yang hanya sesuai untuk diterokai oleh peneroka gua yang berani serta berpengalaman. Menyedari kesilapannya itu, John berusaha keras untuk bergerak tetapi gagal. Dia telah tersekat sepenuhnya. Lagi parah, posisi badan John terbalik dengan kepalanya ke bawah. Posisi sedemikian sangat berbahaya kerana memerlukan jantung bekerja keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.

    Adik John sendiri iaitu Josh selaku individu pertama yang menyedari insiden tersebut telah bergegas keluar dari gua bagi meminta bantuan. Menyedihkan apabila segala usaha untuk menyelamatkan John menemui kegagalan berikutan laluan itu yang begitu sempit.

    Sebenarnya pernah ada insiden yang sama berlaku pada tahun 2004. Mangsa terperangkap di laluan yang sama dengan John. Namun, mangsa tersebut berjaya diselamatkan dengan menggunakan sistem takal. Kejayaan itu pun disebabkan dengan faktor tubuh mangsa yang lebih kecil daripada John. Sejurus selepas insiden tersebut, gua Nutty Putty Cave terus ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2009.

    Berbalik dengan cerita John, lama-kelamaan keadaannya semakin tenat. Pihak penyelamat terpaksa berputus asa kerana  sudah tiada ikhtiar lain lagi untuk menyelamatkan John. Selepas 27 jam bergelut dengan nyawanya, John mati jua akibat serangan jantung. Mayatnya terpaksa dibiarkan begitu sahaja.

    Insiden malang tersebut telah menyebabkan pihak pengurusan gua Nutty Putty membuat keputusan untuk menutup gua yang menjadi kubur John itu buat selama-lamanya bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Catat Ulasan for "GUA NUTTY PUTTY : Lelaki yang Terperangkap di Gua Selama-lamanya."