KISAH JEFFREY DAHMER : MILWAUKEE CANNIBAL
Perangai aneh Jeffrey semakin menjadi-jadi selepas ibu-bapanya bercerai. Selain gemar melakukan hobi anehnya untuk menangkap pepatung dan rama-rama, Jeffrey juga seorang sangat obses dengan tulang binatang.
Menginjak usia remaja, Jeffrey lebih suka untuk menyendiri. Seawal usianya 14 tahun, Jeffrey mula mengalami masalah ketagihan alkohol. Dia bukan saja meminum arak di rumah bahkan berani untuk melakukan tabiat yang tidak sihat itu di sekolahnya. Tabiat buruk Jeffrey tersebut yang berlanjutan hingga ke alam dewasa telah menyebabkan Jeffrey diberhentikan tugas sebagai seorang anggota tentera.
Walaupunpun Jeffrey sering dijadikan sebagai bahan jenaka oleh orang di sekelilingnya, dia juga ditakuti kerana mempunyai saiz tubuh badan yang besar.
Apabila Jeffrey mula mencapai tahap pemikiran yang matang, naluri seks lebih cenderung ke arah lelaki. Dalam erti kata mudah, dia adalah seorang gay. Menurut laporan, jumlah mangsa yang dibunuh oleh Jeffrey adalah seramai 17 orang di mana 14 daripadanya adalah lelaki berkulit hitam.
Photo: Curt Borgwardt/Sygma via Getty Images
Modus operandi Jeffrey adalah dengan mengurat mangsanya di kelab gay, tempat membeli-belah dan stesen bas. Mangsa kebiasaannya akan diumpan dengan wang ataupun hubungan seks. Setibanya di rumah Jeffrey, mangsa akan diberikan dadah sebelum dicekik. Sesudah itu, mayat mangsa dijadikan Jeffrey sebagai objek seks.
Lelaki pertama yang menjadi mangsa Jeffrey dikenali sebagai Steven Hicks. Jeffrey yang ketika itu baru berusia 18 tahun telah mempelawa Steven untuk datang ke rumahnya. Mereka berdua seterusnya meminum beberapa tin bir sebelum melakukan hubungan seks. Tanpa sebarang rasa keperimanusiaan, Jeffrey kemudian bertindak memukul kepala Steven dengan tukul besi.
Dalam satu cerita berlainan, salah seorang mangsa iaitu Konerak Sinthasomphone pernah berjaya melarikan diri dari rumah Jeffrey. Konerak bagaimanapun tidak bernasib baik selepas terserempak semula dengan Jeffrey di jalanan. Polis yang kemudian tiba di tempat kejadian memilih untuk mempercayai alasan Jeffrey yang mendakwa Konerak adalah kekasihnya yang sedang merajuk.
Satu lagi perkara yang menjadi kegilaan Jeffrey adalah tabiatnya yang gemar mengambil foto mangsa dari proses membunuh hinggalah pelupusan mayat. Tulang serta tengkorak mangsa disimpannya sebagai tanda cendera hati.
Mangsa Jeffrey - Jeffrey Dahmer Weebly Com
Tak cukup dengan itu, sisa-sisa tubuh badan mangsa yang sudah pun dikerat bukan saja disimpan ke dalam peti, malah dimasak dan dimakan oleh Jeffrey. Organ badan yang paling digemari Jeffrey adalah bahagian hati dan bisep. Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan Jeffrey telah mencampurkan sisa daging, organ dan darah mangsa ke dalam adunan coklat di kilang tempat kerjanya.
Ada dua lagi cerita yang kedengaran agak menakutkan. Pertama, Jeffrey pernah menjalankan eksperimen lobotomi kononnya untuk mengubah mangsa menjadi zombi. Ngilu untuk disebut apabila kepala mangsa digerudi ketika mereka dalam keadaan sedar. Cerita kedua, Jeffrey juga pernah menggunakan kepala mangsanya yang bernama Steven Tuomi sebagai objek untuk melempaskan tempias nafsunya. Kepala Steven Tuomi bagaimanapun akhirnya telah dihancurkan oleh Jeffrey dengan sejenis cecair.
Jeffrey akhirnya berjaya ditangkap pada bulan Julai tahun 1991. Penangkapan tersebut dibuat oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada seorang mangsa bernama Tracy Edwards yang telah berjaya melarikan diri dari apartment Jeffrey. Dalam apartment tersebut, pihak polis juga menemui beberapa bukti pembunuhan seperti foto mayat, kepala manusia, tulang-tulang dan tong yang mengandungi mayat mangsa.
Selepas perbicaraan mahkamah, Jeffrey yang mengaku bersalah atas 17 pertuduhan membunuh telah dipenjarakan seumur hidup. Walau bagaimanapun, Jeffrey mati pada tahun ketiga di penjara selepas dipukul oleh seorang banduan yang bernama Christopher Scarver. Alasan Christopher untuk melakukan pembunuhan tersebut adalah disebabkan dia berasa sangat jijik dengan Jeffrey.
Gambar poster di atas merupakan filem berdasarkan kisah hidup Jeffrey Dahmer. Paling terkini adalah My Friend Dahmer (2017).
Catat Ulasan for "KISAH JEFFREY DAHMER : MILWAUKEE CANNIBAL"