Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ROMPAKAN TERHEBAT KASINO


Bill Brennan

    Pada 22 September 1992, seorang lelaki bernama Bill Brennan telah melangkah keluar dari kasino Stardust Las Vegas dengan langkah bergaya sambil membawa wang dan cip milik kasino tersebut yang dianggarkan bernilai lebih daripada $500 000. Sejak kejadian itu, Bill Brennan telah gagal dikesan hingga ke hari ini.

    Kedengaran pelik bukan? Siapa Bill Brennan? Tidak banyak sebenarnya yang diketahui mengenai asal usul lelaki ini. Apa yang diketahui secara ringkas, dia adalah pekerja di kasino Stardust Las Vegas yang merangkap sebagai juruwang selama empat tahun.

    Bill Brennan dikatakan seorang pencinta kucing. Bahkan ketika apartment yang didiaminya diserbu dan digeledah oleh pihak polis, kucing peliharaannya itu turut hilang!

    Pernah menonton filem Ocean's Eleven bukan? Nampak tak begitu begitu mudah mereka merompak dan melarikan diri dari kasino walaupun pada hakikatnya bahawa semua itu hanyalah lakonan semata-mata. Realitinya bukan mudah untuk merompak kasino kerana setiap kasino mempunyai sistem keselamatan yang sangat canggih untuk melindungi tetamu VIP dan juga wang.

   Berbalik semula kepada kisah Bill Brennan, dia berkemungkinan besar telah mengkaji sistem keselamatan kasino Stardust dengan penuh teliti dan cara yang terperinci. Jadi, tidak hairanlah bagaimana dia boleh mencuri wang serta cip dengan mudah tanpa dikesan melalui mana-mana kamera pengawasan. Begitu juga dengan keadaan semasa Bill berjalan keluar dari kasino. Dia seolah-olah begitu peka dengan setiap posisi kamera. Bayangkan, para pekerja di kasino itu sendiri mengambil masa berjam-jam lamanya untuk meneliti rakaman kamera pengawasan sebelum akhirnya berjaya mengenal pasti identity Bill sebagai suspek utama.

    Selain itu, Bill juga mencuri tanpa melakukan peras ugut terhadap sesiapa pun. Lagi hebat, dia tidak menggunakan sebarang senjata! Ini bermaksud, kejadian rompakan itu berlaku tanpa disedari sesiapapun. Seperkara lagi, buku bertajuk "How To Change Your Identity" milik Bill ada ditemui di apartment. Jadi, rompakan yang dilakukan oleh Bill itu sememangnya telah dirancang dengan begitu sempurna.

    Sepanjang kehilangan Bill Bresnan, pelbagai teori telah timbul. Salah satu daripadanya adalah Bill didakwa bersubahat dengan seorang individu yang hanya dikenali sebagai "Big Bettor". Manakan tidak, "Big Bettor" yang dirahsiakan identitinya dikatakan tidak lagi pernah muncul di kasino Stardust selepas kejadian rompakan. Tidak dapat dipastikan samaada sengaja dirahsiakan atau sebaliknya. Ada juga yang mendakwa bahawa rompakan kasino Stardust sebenarnya dilakukan secara berkumpulan. Bill kemudian telah dibunuh kerana masalah pembahagian hasil rompakan. Berkemungkinan besar juga lebih daripada seorang pengawal keselamatan kasino telah dirasuah oleh Bill untuk membantunya melarikan diri. Namun, kesemua teori yang dinyatakan ini tidak mempunyai sebarang asas bukti yang kukuh. Bill Brennan pada kemudiannya telah disenaraikan oleh pihak FBI sebagai buruan yang paling dikehendaki.

    Konklusinya tidak kisah sama ada Bill masih hidup ataupun sebaliknya selepas kejadian, satu persoalan utama adalah bagaimana dia merompak kemudian berjaya melarikan diri daripada kejadian tanpa meninggalkan sebarang sebarang jejak? Kisah ini sebenarnya sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan kisah misteri kehilangan D.B. Cooper.

    Di manakah Bill Brennan? Adakah dia telah pun menjelajah ke serata dunia ataupun masih lagi berada di Amerika Syarikat dengan menggunakan identiti baru?

Catat Ulasan for "ROMPAKAN TERHEBAT KASINO"