Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ARYAN BROTHERHOOD



    Penjara adalah ibarat neraka dunia. Di situlah tempatnya para penjahat seperti pencuri, perompak, perogol mahupun pengedar dadah menjalani hukuman berkurung. Sesiapa yang dipenjarakan, sudah pasti hanya ada dua pilihan iaitu sama ada berubah menjadi baik atau kekal menjadi jahat.

RM7.09 : Link Shopee - https://shope.ee/1foMkQpbNK


    Lazimnya bila disebut tentang penjara, kemungkinan besar sebahagian daripada kita semua masih berasa asing dengan nama kumpulan Aryan Brotherhood atau pun nama singkatannya sebagai AB. Mengikut fakta, AB merupakan salah satu geng supremasi kulit putih yang paling berbahaya di Amerika Syarikat. Dianggarkan AB mempunyai anggota seramai 15 000 ke 20 000  di dalam dan luar penjara. Meskipun jumlah anggota AB hanyalah 0.1% mengikut populasi di dalam penjara, namun mereka dipercayai telah bertanggungjawab terhadap sekitar 30% kes pembunuhan yang berlaku. 


    AB terkenal dengan pelbagai jenis sindiket jenayah yang beroperasi di dalam serta luar penjara seperti pelacuran, pemerdagangan manusia, pembunuh upahan, pengedaran dadah, jual beli senjata dan banyak lagi. Secara ringkas, AB ditubuhkan pada tahun 1960-an di penjara San Quentin. Tujuan penubuhan adalah  melindungi banduan kulit putih daripada musuh utama mereka iaitu Black Guerrilla Family yang terdiri daripada banduan berkulit hitam.

RM20.00 : Link Shopee - https://shope.ee/7f5dLkuF8K

    Rata-rata anggota AB sangat ganas. Tiada istilah rasa kasihan dalam diri mereka. Menggunakan falsafah Blood In Blood Out, AB tidak sesekali untuk merekrut anggota baru dengan sembarangan. Salah satu syarat yang dikenakan kepada bakal rekrut untuk menjadi anggota AB adalah perlu membunuh musuh atau menyerang pegawai penjara. Seperkara lagi yakni sebelum bakal rekrut dilantik, mereka dikehendaki untuk membaca karya seperti Mein Kampf (Adolf Hitler), The Art of War (Sun Tzu) dan The Prince (Machiavelli)

    Penjenayah terkenal Amerika Syarikat iaitu Charles Manson sendiri pernah cuba memohon perlindungan daripada AB. Bayangkan, betapa sukarnya kehidupan di penjara Amerika sehinggakan individu seperti Charles Manson pun rela meminta bantuan AB. Namun rayuan Manson itu ditolak kerana dia enggan membunuh banduan lain seperti yang diarahkan oleh AB. Walau bagaimanapun, AB tetap menggunakan pengaruh Manson untuk menyeludup barangan ke dalam penjara melalui peminat wanitanya.


    Anggota AB boleh dikenal pasti melalui logo tatu pada badan mereka. Ini termasuklah tatu nombor 666, swastika dan Schutzstaffel (SS). Selepas menyertai geng AB, tiada jalan untuk berpatah balik tidak kisah pangkat apa sekalipun. Ini kerana keanggotaan AB adalah seumur hidup. Jadi, satu-satunya jalan keluar hanyalah dengan kematian.

Catat Ulasan for "ARYAN BROTHERHOOD"