Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SENARAI 10 PEMBUNUH BERSIRI PALING KEJAM DI DUNIA

Nota Peringatan: Kedudukan atau turutan dalam senarai ini adalah secara rawak.


10. JOHN WAYNE GACY - The Clown Killer

    John Wayne Gacy ataupun lebih dikenali sebagai The Clown Killer dilahirkan pada 17 Mac 1942 di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat. 

    Sepanjang hidupnya, Gacy yang mengalami masalah kecelaruan nafsu seks dilaporkan
telah menyerang, mendera dan membunuh seramai 33 orang remaja lelaki termasuk lelaki dewasa di sekitar kawasan Cook County, Illinois, Amerika Syarikat.

    Pada tahun 1980, Gacy telah didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan akhirnya meninggal dunia pada 10 Mei 1994 di Stateville Correctional Center akibat suntikan maut.

Klik pautan ini untuk bacaan penuh tentang kisah John Wayne Gacy.


9. EDMUND KEMPER - Co Ed Butcher

    Edmund Kemper yang digelar sebagai The Co Ed Butcher dan Co-Ed Killer dilahirkan pada 18 Disember 1948 di Burbank,California, Amerika Syarikat. 

    Edmund didakwa telah membunuh beberapa orang wanita termasuklah nenek, datuk dan ibunya sendiri. Nenek dan datuknya itu dibunuh oleh Edmund seawal usianya 15 tahun. Edmund yang didakwa membunuh kerana mengalami penyakit skizrofenia kini sedang menjalani hukumannya di California Medical Facility.


8. DAVID BERKOWITZ - Son of Sam

    Richard David Falco yang dipanggil sebagai Son of Sam, The 44 Caliber Killer dan David Berkowitz dilahirkan pada 1 Jun 1953 di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

    Menurut laporan, David telah membunuh sekitar enam orang dan mencederakan tujuh orang mangsa dari tahun 1976 hingga 1977. David yang telah mencetuskan suasana huru-hara di bandar New York pernah menghantar surat berbaur ejekan kepada pihak polis. Operasi pencarian David adalah salah satu pemburuan penjenayah secara besar-besaran yang pernah dilakukan dalam sejarah bandar di New York.

    David yang berjaya ditangkap pada 10 Ogos 1977 telah dijatuhkan hukuman penjara selama 365 tahun. Dia kini  menjalani hukuman tersebut di Sullivan Correctional Facility, Fallsburg, New York.


7. LAWRENCE BITTAKER DAN ROY NORRIS - The Toolbox Killers

    Lawrence Sigmund Bittaker dan Roy Lewis Norris yang digelar The Toolbox Killers merupakan pembunuh serta perogol bersiri Amerika yang ditakuti pada tahun 1970an. Mereka berdua digelar sebagai The Toolbox Killers kerana menggunakan alat perkakas rumah untuk membunuh mangsa mereka.

    Dalam masa lima bulan sahaja, Lawrence dan Roy telah menculik, merogol, menyeksa dan membunuh lima orang wanita di selatan California, Amerika Syarikat. Mereka berdua bagaimanapun akhirnya berjaya ditangkap dan telah disabitkan kesalahan membunuh. Lawrence menjalani hukuman penjara di San Quentin State Prison, manakala Roy pula ditempatkan di Richard J. Donovan Correctional Facility.


6. IAN BRADY DAN MYRA HINDLY

    Ian Brady dan Myra Hindly adalah individu yang melakukan siri pembunuhan Moor Murders di Greater, Manchester England.

    Dari tahun 1963 hingga 1965, mereka berdua dipercayai telah membunuh lima orang kanak-kanak yang berusia daripada 10 hingga 17 tahun. Tiga daripada lima mangsa itu ditanam di Saddleworth Moor manakala seorang lagi mangsa ditanam di kawasan rumah Ian. Baki seorang lagi mayat mangsa tidak diketahui lokasinya.

    Ian dan Myra telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Myra menemu ajal di penjara ketika berusia 60 tahun, manakala Ian pula meninggal dunia pada 15 Mei 2017.


5. KENNETH BIANCHI DAN ANGOLO BRUNO - The Hillside Stranglers

    Kenneth Bianchi dan Angolo Bruno merupakan pasangan sepupu yang dikenali sebagai The Hillside Stranglers kerana hampir kesemua mayat mangsa mereka telah dijumpai di sekitar kawasan Hollywood Hills.

    Kenneth dan Angolo telah menculik, merogol, menyeksa dan membunuh sepuluh orang wanita yang berusia daripada 12 hingga 28 tahun. 

    Mereka berdua yang berjaya ditangkap telah didapati bersalah atas kesalahan membunuh dan kemudian dipenjarakan seumur hidup. Tahun 2002, Angolo meninggal dunia di penjara akibat serangan penyakit jantung. Sementara itu, Kenneth masih lagi menjalani hukuman penjara di the Washington State Penitentiary.


4. ARTUR SHAWCROSS - The Genesee River Killer

    Arthur John Shawcross yang terkenal dengan gelaran The Genesee River Killer, The Monster of the Rivers dan The Rochester Strangler dilahirkan pada 6 Jun 1945 di Kittery, Maine, Amerika Syarikat.

    Pada tahun 1972, Arthur telah mengaku bersalah atas dakwaan membunuh dua orang kanak-kanak.Walau bagaimanapun, cuma satu saja daripada dua dakwaan tersebut yang berjaya disabitkan. Selepas dibebaskan, Arthur yang tidak pernah insaf sekali lagi telah membunuh  seramai 11 orang wanita di New York dari tahun 1988 hingga 1990.

    Arthur akhirnnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Sullivan Correctional Facility ,New York. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pada tahun 2008 akibat serangan jantung.


3. YOO YOUNG CHUL - The Rain Coat Killer

    Yoo Young Chul ataupun lebih dikenali sebagai The Rain Coat Killer dilahirkan pada 18 April 1970 di Gochang, Jeollabuk-do, Korea Utara ini  menggelarkan dirinya sendiri sebagai kanibal.

    Walaupun Yoo telah membuat pengakuan melakukan sebanyak 21 kes pembunuhan, pihak Mahkamah Daerah Seoul Tengah hanya menyabitkan Yoo 20 dakwaan  membunuh. Ini kerana lagi satu dakwaan terpaksa ditolak atas alasan teknikal.

    Kebanyakan mangsa yang dibunuh oleh Yoo terdiri daripada golongan pelacur dan lelaki tua yang kaya. Lebih mengerikan apabila Yoo mengaku telah memakan hati sebahagian daripada mangsanya. Yoo ada menjelaskan motif sebenar pembunuhannya adalah disebabkan dia sangat membenci orang kaya dan wanita murahan yang dianggapnya wanita jalang.

    Kisah Yoo Young Chul ini juga telah memberi inspirasi kepada pembikinan filem thriller Korea Selatan berjudul The Chaser.


2. ALEXANDER NIKOLAYEVICH SPESIVTSEV - The Siberian Ripper

    Alexander Nikolayevich Spesivtsev yang popular dengan gelaran The Novokuznetsk Monster dan The Siberian Ripper telah disabitkan atas kesalahan membunuh lima orang mangsa di Novokuznetsk, Russia pada tahun 1996.

    Alexander dengan bantuan ibunya telah mengumpan kanak-kanak jalanan dan wanita muda masuk ke dalam apartmentnya terlebih dahulu sebelum mangsa diseksa dan disembelih. Meskipun hanya disabitkan dengan empat dakwaan membunuh, dia telah membuat pengakuan melakukan sebanyak 19 pembunuhan sebagaimana yang dituduh oleh pihak polis. Malah, berdasarkan bukti, Alexander didakwa melakukan lebih daripada 80 kes pembunuhan sejak dari tahun 1991.

    Alex bagaimanapun disahkan tidak waras oleh pihak mahkamah dan telah dihantar ke hospital sakit jiwa.


1. CARLOS EDUARDO ROBLEDO PUCH - The Black Angel

    Carlos Eduardo Robledo Puch yang digelar The Black Angel dan The Death Angel dilahirkan pada 19 Januari 1952 di Buenos Aires, Argentina.

    Carlos telah disabitkan dengan sebelas dakwaan membunuh, satu dakwaan percubaan membunuh, tujuh belas dakwaan rompakan, satu dakwaan merogol, satu dakwaan percubaan merogol, satu dakwaan serangan seksual, dan dua dakwaan mencuri.

   Carlos juga sudah meringkuk di penjara sejak dari tahun 1973. Dia yang dibicarakan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kawalan keselamatan tahap maksimum di penjara Sierra Chica, Olavaria. Hingga Februari 2017, Carlos mencatat rekod sebagai tahanan paling tertua di negara Argentina.

Catat Ulasan for "SENARAI 10 PEMBUNUH BERSIRI PALING KEJAM DI DUNIA"