Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

127 Hours

`
IMDb
   
 Bayangkan anda terperangkap di satu tempat yang terpencil dan pada masa sama telah terputus hubungan dengan dunia luar? Mampukah anda bertahan dalam situasi survival sedemikian? 

    Filem 127 Hours (2010) lakonan James Franco ini adalah berdasarkan kisah tragis sebenar yang dilalui oleh seorang lelaki bernama Aron Ralston yang akhirnya terpaksa mengerat tangan sendiri untuk meneruskan hidup selepas terperangkap di sebuah gaung terpencil selama lima hari. 

Aron Ralston

    Pada tahun 2003, Aron Ralston (27 tahun) yang juga merupakan seorang jurutera telah pergi ke kawasan tebing tinggi Blue John Canyon, Utah secara solo untuk melakukan aktiviti lasak kegemarannya iaitu mendaki batu (rock climbing). Namun, malang tidak berbau untuk Aron selepas dia tergelincir jatuh semasa cuba menuruni sebuah gaung sempit. Lagi malang, tangan kanannya cedera parah akibat dihempap oleh batu seberat 362 kilogram. 

    Pada sebelumnya, Aron tidak memberitahu sesiapa pun bahawa dia pergi mendaki di kawasan tebing terpencil tersebut. Jadi, Aron hanya mampu berdoa untuk mengharapkan keajaiban berlaku agar dirinya dapat diselamatkan. Sampai satu tahap, dia yang sudah hampir berputus asa dengan situasi itu terpaksa meminum air kencing sendiri kerana kehabisan bekalan air. 

    "Kegagalan yang sebenar adalah apabila anda berhenti mencuba." Menyedari bahawa dia tidak akan dijumpai, Aron akhirnya bertekad untuk mengerat tangannya yang telah dihempap batu itu dengan pisau. Selepas berjaya melakukan aksi ngeri itu, Aron berjaya keluar dari tempat tersebut. Dia yang dalam keadaan lemah kemudian telah ditemui oleh satu keluarga yang seterusnya bertindak menghubungi pihak berkuasa. 

    Selepas berjaya dipulihkan sepenuhnya, Aron tetap aktif mendaki gunung dan turut bergelar sebagai penceramah motivasi.


Catat Ulasan for "127 Hours"