11 FILEM HINDI THRILLER TERBAIK DENGAN PLOT TWIST PADU
11. TAJUK : Karthik Calling Karthik (2010)
GENRE : Jenayah, Thriller
RATING : IMDb 7/10
SINOPSIS :
Karthik Narayan merupakan seorang lelaki introvert yang sentiasa bernasib malang dalam hidupnya. Pada masa sama, dia juga memendam perasaan terhadap rakan sekerjanya iaitu Shonali Mukherjee (Deepika Padukone). Selepas peristiwa diejek oleh majikannya, Karthik yang mengalami kemurungan bertekad untuk membunuh diri. Namun pada kemudiannya satu panggilan telefon yang dijawab oleh Karthik telah mengubah segala-galanya. Lagi misteri, pemanggil telefon itu adalah Karthik sendiri.
10. TAJUK : Table 21
GENRE : Thriller
RATING : IMDb 7.1/10
SINOPSIS :
Vivaan dan Siya telah memenangi satu trip percutian mewah ke Kepulauan Fiji. Di resort sana, mereka berdua berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Mr. Khan. Vivaan dan Siya kemudian diundang oleh Mr. Khan untuk bermain satu permainan dinamakan sebagai Table 21 yang menawarkan hadiah berupa wang ganjaran lumayan. Permainan yang nampak mudah pada mulanya itu adalah sebuah mimpi ngeri sebenar untuk Vivaan dan Siya.
9. TAJUK : Talaash (2012)
GENRE : Thriller
RATING : IMDb 7.3/10
Rotten Tomatoes 84%
SINOPSIS :
Armand Kapoor iaitu seorang pelakon terkenal India telah meninggal dunia akibat kemalangan. Kes itu kemudian disiasat oleh Inspektor Surjan Singh Shekhawat (Amir Khan) dan pembantunya yang bernama Devrath Kulkarni. Siasatan kes tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu ekoran kekurangan bukti. Hinggalah kemunculan pelacur bernama Rosie (Kareena Kapoor), maka bermulalah titik utama sebenar siasatan.
8. TAJUK : Special 26 (2013)
GENRE : Drama, Jenayah
RATING : IMDb 8/10
Rotten Tomatoes 83%
SINOPSIS :
Adaptasi dari kisah sebenar rompakan Opera Heist 1987. Sekumpulan lelaki menyamar sebagai anggota CBI (Central Bureau of Investigation) untuk melakukan rompakan di sebuah bank.
7. TAJUK : Kahaani (2012)
GENRE : Drama, Misteri
RATING : IMDb 8.1/10
SINOPSIS :
Vidya Bagchi yang sedang mengandung terbang dari London menuju ke Kolkata, India. Tujuannya adalah untuk mencari suaminya iaitu Arnab Bagchi yang sebelum ini bertugas di National Data Center (NDC) telah dilaporkan hilang. Vidya yang dibantu oleh Inspektor Satyaki Sinha makin berasa aneh selepas semua orang yang ditemui memberitahu langsung tidak mengenali Arnab. Lagi mengejutkan, rekod Arnab Bagchi tidak pernah wujud di pangkalan data National Data Center. Jadi, siapa suami Vidya?
6. TAJUK : Ugly (2013)
GENRE : Drama
RATING : IMDb 8.1/10
Rotten Tomatoes 63%
SINOPSIS :
Rahul yang merupakan seorang pelakon amateur telah keluar bersama anak perempuannya iaitu Kali atas urusan kerja. Kecuaian Rahul yang membiarkan Kali untuk tinggal bersendirian di dalam kereta membawa padah apabila anak perempuannya itu telah diculik. Ayah tiri Kali iaitu Shoumik Bose juga seorang anggota polis mengesyaki Rahul adalah suspek utama dalam kes penculikan tersebut.
5. TAJUK : A Wednesday (2008)
GENRE : Drama, Misteri
RATING : IMDb 8.2/10
SINOPSIS :
Pegawai polis iaitu Prakash Rathod (Anupam Kher) menerima satu panggilan telefon misteri. Pemanggil telefon itu mendakwa bahawa dia telah meletakkan lima butir bom di beberapa lokasi di Mumbai. Prakash kemudian meminta dua orang anak buahnya iaitu Arif Khan dan Jay Pratap Singh mengesan lokasi bom dan juga lelaki misteri tersebut. Pada masa yang sama, Prakash diminta untuk melepaskan empat orang banduan yang juga merupakan anggota kumpulan pengganas
GENRE : Drama, Misteri
RATING : IMDb 8.3/10
Rotten Tomatoes 75%
SINOPSIS :
Kehidupan bahagia yang dikecapi oleh Vijay Salgaonkar (Ajay Devgan) bersama keluarganya berubah dalam sekelip mata. Semuanya bermula selepas anak perempuan Vijay iaitu Anju secara tidak sengaja telah membunuh Sam yang juga merupakan anak kepada Inspektor Meera Deshmukh (Tabu). Demi melindungi Anju, Vijay menggunakan segala kepakaran untuk melupuskan semua bukti pembunuhan bagi mencipta alibi yang kukuh. Naluri seorang ibu, Inspektor Meera yakin bahawa keluarga Vijay sememangnya sedang memanipulasi keadaan.
3. TAJUK : Andhadhun (2018)
GENRE : Jenayah, Thriller
RATING : IMDb 8.6/10
Rotten Tomatoes 100%
SINOPSIS :
Akash adalah seorang lelaki menyamar sebagai pemain piano yang buta. Satu hari, Akash secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seorang perempuan bernama Sophie. Peristiwa itu seterusnya memberi tuah kepada Akash apabila dia ditawarkan pekerjaan sebagai pemain piano di restoran ayah Sophie. Akash kemudian dijemput oleh bekas pelakon iaitu Pramod Sinha untuk bermain piano sempena ulang perkahwinannya dengan Simi (Tabu). Setibanya hari kejadian, Akash telah melihat sendiri mayat Pramod yang terbaring di lantai akibat mati dibunuh. Bermula dari situ, Akash terjebak dengan situasi yang dia memang tidak pernah inginkan.
2. TAJUK : Ittefaq (2017)
GENRE : Misteri, Thriller
RATING : IMDb 7.2/10
Rotten Tomatoes 89%
SINOPSIS :
Vikram (Sidharth Malhotra) iaitu seorang novelis berketurunan India yang disyaki sebagai dalang utama dalam kes kematian isterinya sendiri bertindak untuk menyembunyikan diri daripada pihak polis di sebuah apartment milik seorang gadis bernama Maya. Malang berganda untuk Vikram selepas disyaki pula membunuh Shekar iaitu suami kepada Maya (Sonaksi Sinha). Sementara itu, pegawai penyiasat iaitu Dev Verma (Akshay Khanna) berada dalam dilema untuk menentukan pembunuh sebenar kerana pada pengamatannya bukan Vikram seorang saja yang menjadi suspek, bahkan juga Maya.
1. TAJUK : Badla (2019)
GENRE : Drama, Thriller
RATING : IMDb 8.2/10
Rotten Tomatoes 54%
SINOPSIS :
Filem Badla ini merupakan versi remake daripada filem thriller Sepanyol iaitu El Contratiempo (The Invisible Guest). Mengisahkan seorang ahli perniagaan wanita iaitu Naina Sethi (Taapse Paanu) yang telah disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan teman lelakinya sendiri yang bernama Arjun. Naina kemudian menerima kunjungan peguam veteran, Badal Gupta (Amitabh Bachan) yang mendesaknya untuk menceritakan perkara yang sebenar bagi menyelamatkan keadaan dengan kadar segera.
Catat Ulasan for "11 FILEM HINDI THRILLER TERBAIK DENGAN PLOT TWIST PADU"