DENDAM UNTUK KATIE
Pada 25 Januari 2005, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun bernama Katlyn “Katie” Collman keluar dari rumahnya untuk membeli tisu tandas di sebuah kedai yang berhampiran. Walau bagaimanapun, Katie langsung tidak pulang ke rumah selepas itu.
Operasi pencarian Katie dijalankan sejurus selepas ibunya membuat laporan polis. Hanya selepas hari kelima pencarian, barulah mayat Katie dijumpai. Mayat Katie yang dijumpai di sungai dipercayai telah dirogol terlebih dahulu sebelum dilemaskan.
Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat, mereka mendapati DNA pada puntung rokok yang ditemui di tempat kejadian dengan DNA pada mayat Katie adalah sepadan. DNA tersebut dikenalpasti sebagai milik Anthony Ray Stockelman yang juga merupakan seorang penduduk tempat.
Selepas penangkapannya, Stockelman yang mengaku bersalah terhadap kes Katie telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Cerita belum habis di situ. Tanpa disangka, Stockelman meringkuk di lokasi penjara yang sama dengan banduan bernama Jared Harris yang merupakan sepupu kepada Katie. Pada bulan September 2006, Jared bertindak menyelinap masuk ke dalam sel Stockelman. Jared yang berjaya menumbangkan Stockelman telah mencacah tatu pada dahi pembunuh sepupunya itu. Tatu tersebut bertulis "KATIE'S REVENGE".
Catat Ulasan for "DENDAM UNTUK KATIE"