KISAH ADRIAN JONES : Didera Bapa Kandung dan Ibu Tiri Sendiri Sampai Mati
Anak adalah amanah daripada Tuhan. Anak juga sentiasa mendambakan
perhatian dan belaian kasih sayang daripada insan yang bergelar sebagai ibu
bapa. Namun, perasaan seperti itu tidak pernah dirasai pun oleh seorang budak
lelaki bernama Adrian Jones yang berusia 7 tahun. Berita kematiannya pada tahun
2015 telah menyentuh hati ramai pihak. Adrian mati akibat didera secara
berterusan oleh bapa kandung dan ibu tirinya sendiri. Apa yang lagi menyayat hati,
mayat Adrian telah menjadi hidangan babi peliharaan keluarganya itu.
Adrian Jones merupakan anak kepada pasangan suami isteri
yang bernama Michael dan Dainna. Selepas
berlakunya penceraian antara pasangan tersebut, maka hak penjagaan Adrian telah
diberikan sepenuhnya kepada Michael.
Pada tahun 2015, pihak polis bergegas menuju ke sebuah rumah
di Kansas City sejurus selepas mereka menerima aduan panggilan berhubung dengan
insiden keganasan. Setibanya di lokasi, pihak polis pun bertindak untuk menahan
tuan rumah iaitu Michael Jones. Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan lanjutan
yang dilakukan oleh pihak polis itu berjaya menemui sisa-sisa mayat Adrian yang
telah dilaporkan hilang pada beberapa bulan sebelumnya. Pada masa sama, polis
juga mendapati terdapat lebih 30 buah kamera pengawasan yang telah dipasang di
dalam rumah tersebut. Di sinilah terbongkarnya rahsia penderaan mental dan fizikal
yang dialami oleh Adrian sepanjang dia tinggal di rumah yang bagaikan neraka
untuknya itu.
Adrian telah didera oleh Michael dan Heather (ibu tiri) dengan begitu kejam tanpa sebarang rasa keperimanusiaan. Cara penderaannya seolah-seolah seperti cerita kejam yang kita selalu dengari daripada laman Dark Web. Adrian yang dikurung di dalam bilik mandi sering dibelasah dan dipukul dengan batang penyapu. Memandangkan kedua-dua tangannya sentiasa dalam keadaan diikat, Adrian telah mengalami luka pedih pada mulut ekoran tindakannya yang cuba untuk mengopek pintu bilik mandi menggunakan mulut. Dia bukan saja pernah dipaksa untuk berendam di dalam kolam renang dengan paras air pada leher selama berjam-jam, malah disuruh berdiri di luar rumah pada waktu malam hingga menyebabkannya menggigil kesejukan. Adrian yang diikat juga telah dibiarkan kelaparan begitu sahaja. Michael siap meletakkan sistem penggera pada tempat simpanan makanan bagi mencegah Adrian daripada mengambil makanan. Selain itu, Adrian dikerah untuk sentiasa berdiri tegak dengan keadaan bahagian depan dan belakang badannya diletakkan papan pemotong sayur. Adakalanya Adrian ditembak dengan senjata renjatan elektrik. Pada hari terakhir hidupnya, gigi Adrian semakin membusuk kerana kehilangan zat makanan. Semua penderaan itu dilalui oleh Adrian yang baru berusia 7 tahun. Diulangi, 7 tahun!
Penamat kisah hidup yang sangat menyedihkan untuk Adrian
apabila dia akhirnya mati bersendirian di dalam bilik mandi. Mayat budak lelaki
yang malang itu seterusnya dibiarkan di dalam bilik mandi tersebut selama dua
minggu. Pada kemudiannya, Michael telah menghidangkan mayat Adrian kepada babi
peliharaan mereka sebagai salah satu cara untuk menutup pembunuhan yang
dilakukannya itu. Betapa tergamaknya seorang bapa melakukan mayat anak
kandungnya sedemikian rupa.
Pada dua tahun sebelum kematiannya, Adrian pernah mengadu kepada pekerja kebajikan tentang penderaan yang telah dilakukan oleh Michael dan Heather. Bagaimanapun, agak kurang jelas mengapa aduan tersebut tidak diambil sebarang tindakan susulan. Menerusi perbicaraan kes, Michael dan Heather yang mengaku bersalah atas perbuatan mereka tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Harap-harap dorang berdua pulak kena torture dalam penjara tu.
BalasPadamKejam nak mampus..
BalasPadamHarap mereput dalam penjaraš¤¬