Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ALEX SKEEL : Teman Wanitaku Seorang Pendera


Alex Skeel dan Jordan Worth

    Alex Skeel mula bertemu dengan teman wanitanya yang bernama Jordan Worth di kolej iaitu sewaktu mereka berusia 16 tahun. Pada awal perhubungan mereka berdua, tiada sebarang masalah.

    Selepas bergelar sebagai pasangan kekasih, Alex dan Jordan kemudian tinggal bersama-sama di sebuah apartment. Di situlah bermulanya kehidupan bagaikan neraka untuk Alex kerana telah dikongkong serta didera oleh Jordan secara berterusan. Alex dilarang sama sekali untuk berhubung dengan rakan dan keluarganya sendiri. Malah beg duit, telefon termasuk semua akaun media sosial milik Alex juga dipegang Jordan. Sejak mereka berdua tinggal bersama itu, Alex tidak dibenarkan memilih pakaian sendiri. Jordan yang menentukan segala jenis dan warna pakaian hariannya. Begitu juga dengan soal pemakanan Alex. Disebabkan itu, berat badan Alex telah mengalami penurunan secara mendadak.

    Lama-kelamaan, penderaan mental yang dialami oleh Alex mula bertukar menjadi penderaan secara fizikal. Alex telah didera dengan bermacam-macam cara. Ini termasuklah disuruh untuk tidur di atas lantai dalam keadaannya yang sentiasa kelaparan. Lagi kejam, Alex juga dipukul, ditoreh menggunakan pisau dan disimbah Jordan dengan air panas. Alex sentiasa dituduh oleh Jordan melakukan perkara-perkara yang dia memang tidak pernah lakukan. Paling menyedihkan apabila Alex yang mengalami kecederan teruk dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan rawatan perubatan.

“Kenapa kau tak berambus dan mati je? Tiada sesiapapun yang nak ambil peduli pasal kau.” Itu adalah antara ungkapan Jordan kepada Alex.

    Ada dua sebab mengapa Alex enggan untuk melarikan diri dan sanggup bertahan dengan keadaan seperti itu. Pertama, diugut bunuh oleh Jordan. Kedua, Alex bertahan demi dua orang anaknya yang masih kecil ketika itu. Alex tahu jika dia melarikan diri, sudah pasti anak-anaknya pula akan menjadi mangsa.

    Penderitaan Alex berakhir pada bulan Jun 2017 selepas diselamatkan oleh pihak polis. Satu penghargaan untuk jiran Alex kerana melakukan tindakan yang sewajarnya dengan menghubungi pihak polis. Jordan yang kemudian ditahan telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama 7 tahun sekaligus menjadikannya wanita pertama di UK yang dipenjarakan akibat kesalahan memaksa dan mengongkong.

    Selain itu, Jordan tidak pernah memohon maaf kepada Alex atas segala apa yang telah berlaku. Alex berpendapat bahawa Jordan pada sebelumnya lebih berasa bimbang untuk ditangkap berbanding memikirkan tentang penderaan yang telah dilakukannya. Biarpun kehidupan Alex sudah kembali menjadi normal selepas itu, gerak-gerak geri tubuhnya ada menunjukkan bahawa Jordan masih kekal menghantuinya.

Catat Ulasan for "KISAH ALEX SKEEL : Teman Wanitaku Seorang Pendera"