Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BARBORA SKRLOVA : Inspirasi Daripada Filem Orphan?

 
   
    Siapa pernah menonton filem psiko thriller berjudul Orphan? Terdapat laporan yang mengatakan bahawa filem Oprhan ini sebenarnya adalah inspirasi daripada kisah hidup Barbora Skrlova. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya tentang perkara ini. 

    Pada 7 Mei 2007 bertempat di Kurim Republik Czech, seorang lelaki bernama Eduard telah memasang kamera pengawasan bayi di rumahnya. Ini bagi memudahkan Eduard untuk memantau anak kecilnya yang baru sahaja dilahirkan. Selesai saja kerja pemasangan kamera pengawasan itu dibuat, tiba-tiba monitor telah memintas satu isyarat dari rumah jiran yang berdekatan. Melalui paparan pada monitor itu, Eduard dapat melihat imej seorang budak lelaki bertelanjang dengan tangan serta kakinya dalam keadaan diikat. Susulan itu, Eduard bergegas bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

    Selepas pihak polis melakukan pemeriksaan, lokasi budak malang tersebut berjaya ditemui di sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan adik-beradik iaitu Klara dan Katarina. Mereka berdua kemudian telah ditahan untuk siasatan lanjut.  Anak-anak Klara pula diletakkan di bawah penjagaan oleh pihak berkuasa. 

Klara bersama Jakub dan Ondrej

    Klara merupakan seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak. Dua daripada adalah anaknya itu adalah anak kandung yang bernama Jakub (9 tahun) dan Ondrej (8 tahun, mangsa yang dilihat dalam monitor). Seorang lagi pula anak perempuan yang juga merupakan anak angkat iaitu  Anicka (14 tahun). Anicka juga satu-satunya anak Klara yang tidak pernah didera. 

    Pada tahun 2005, Klara adalah seorang ibu tunggal yang sangat baik. Jakub dan Ondrej sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu mereka itu. Hinggalah satu hari, Katarina telah memperkenalkan Klara dengan Anicka iaitu anak yatim piatu berusia 14 tahun dari Norway yang berjaya melarikan diri daripada sindiket pemerdagangan manusia. Anicka mendakwa bahawa dirinya menderita pelbagai penyakit seperti penyakit leukemia dan buah pinggang yag memerlukan rawatan secara berterusan. Malah dia juga dijangka akan menjadi buta dan pekak dalam masa terdekat. Disebabkan berasa simpati, maka Klara bersetuju untuk menjaga Anicka seperti anak sendiri.

Anicka

    Bagi menjaga Anicka, ada peraturan yang mesti dipatuhi oleh Klara. Paling penting adalah mesti mengikut arahan dalam teks mesej telefon yang dihantar oleh seorang "doktor" yang dikatakan pernah menjaga Anicka. Doktor tersebut dikatakan mengetahui segala-galanya tentang Anicka. Bagaimanapun, Klara dan doktor itu hanya pernah bersemuka sekali dalam kereta pada waktu tengah malam buta. Jadi, wajah sebenar "doktor" tersebut tidak pernah dilihat dengan jelas oleh Klara. Namun, Klara tetap menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap doktor itu. Seperkara lagi, Klara langsung tidak pernah menemani Anicka untuk menerima rawatan di hospital. 

    Lama-kelamaan pada kemudiannya Klara pun berhasrat untuk mengambil Anicka sebagai anak angkatnya. Pada masa sama, "doktor" tersebut telah mengarahkan Klara untuk merawat Jakub dan Ondrej bagi membuang roh jahat yang sedia ada dalam badan mereka berdua. Klara menuruti saja arahan doktor itu untuk memukul dan mengurung anak-anaknya dalam kotak kecil pada setiap malam.

    Menjelang tahun 2006, Klara membawa Jakub dan Ondrej ke sebuah perkampungan terpencil yang terletak di Veverska Bytyska. Antara indidividu turut berada di situ adalah Katarina serta kenalannya iaitu Jan Turek, Hana Basova dan Josef Skrlova. Jakub dan Ondrej seterusnya diseksa dengan begitu kejam oleh semua individu tersebut. Mereka berdua telah. Mereka berdua yang dikurung di dalam sangkar anjing tidak dibenarkan untuk bercakap. Malah kepala Jakub dan Ondrej turut dilemaskan dalam air baldi. Selain itu, badan mereka berdua dicucuh dengan rokok dan turut dipaksa untuk berlawan sesama sendiri. Lagi kejam, kulit mereka disiat sebagai hidangan makanan untuk mereka sendiri.

    Sebulan selepas itu, Jakub dan Ondrej dibawa pergi untuk tinggal bersama Katarina. Penderitaan dua adik beradik tersebut berterusan. Kedengaran menjijikkan apabila mereka berdua yang sentiasa digari itu dipaksa untuk menjilat air kencing dan muntah mereka sendiri. Pada waktu itu juga, Klara telah memulakan proses sah untuk mendaftar Anicka sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, proses  pendaftaran tersebut berjaya.


    Berbalik semula dengan sejurus selepas penangkapan Klara dan Katarina, Anicka telah bertindak melarikan diri ke Norway. Bermula dari situ, terbongkarlah rahsia sebenar Anicka selama ini yang mengejutkan ramai pihak. 

    Anicka yang mengaku berumur 14 tahun itu sebenarnya adalah seorang wanita dewasa yang berumur 31 tahun dan juga merupakan rakan karib kepada Katarina.  Nama sebenar Anicka adalah Barbora Skrlova iaitu anak kepada Josef Skrlova. Bagi mengubah penampilannya seperti seorang kanak-kanak, Barbora telah menjalani pembedahan payu dara dan pembuangan lemak. Segala fakta "Anicka" mengidap pelbagai penyakit pada sebelum itu merupakan sekadar pembohongan semata-mata. 

Barbora Skrlova yang menyamar sebagai Anicka

    Setelah berjaya melarikan diri ke Norway, Barbora menyamar pula sebagai seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang bernama Adam. Selepas menjadi buruan pihak polis selama lapan bulan, Barbora berjaya jua ditangkap akhirnya. Tidak banyak sebenarnya maklumat yang diperolehi tentang Barbora. Cumanya cukuplah untuk mengatakan bahawa dia seorang psikopat yang pandai mengambil kesempatan.

    Menerusi keputusan perbicaraan kes, semua suspek telah dihukum penjara dengan Katarina Mauerova (10 tahun), Klara Mauerova (9 tahun), Josef Skrlova (7 tahun), Hana Basova (7 tahun), Jan Turek (5 tahun) dan Barbora/Anicka/Adam, (5 tahun). Mengikut sumber tertentu, mereka semua kini sudah dibebaskan. 

    Terdapat teori mengatakan bahawa Klara serta suspek lain yang terlibat merupakan anggota kultus satu ajaran yang dikenali sebagai The Grail Movement. Salah satu ajarannya adalah mendera dan menyeksa manusia. Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat membuktikan dakwaan tersebut. Sementara itu, teks "mesej" daripada "doktor" didapati dihantar dari telefon bimbit Barbora dan Katarina. Identiti sebenar "doktor" tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Catat Ulasan for "KISAH BARBORA SKRLOVA : Inspirasi Daripada Filem Orphan?"