KISAH BENAR THE EXORCISM OF EMILY ROSE
Anna Elisabeth Michel yang dilahirkan pada 21 September 1952 di Leibfling, Bavaria, Jerman Barat merupakan datang daripada keluarga penganut katolik. Michel adalah seorang remaja perempuan yang cantik lagi patuh kepada ajaran agamanya. Tatkala remaja lain yang seusia dengannya gemar pergi berhibur, Michel pula banyak menghabiskan masanya di gereja untuk berdoa.
Kisah ngeri Michel bermula tahun 1968. Dia secara tiba-tiba sering mengalami kekejangan pada tubuh badannya. Selepas didiagnosis oleh pakar saraf, Michel disahkan menghidap penyakit sawan. Biarpun Michel diberikan rawatan dan ubat secara berterusan, keadaannya tetap sama. Bahkan lagi parah, dia mula berhalusinasi dan mendakwa sering mendengar bisikan suara iblis.
Lama kelamaan, tahap kesihatan Michel semakin merosot. Perkara ini ternyata telah mendatangkan kebimbangan terhadap kedua ibu bapanya. Memandangkan ubat yang diberikan oleh doktor juga tidak berkesan, Michel mempercayai jiwanya telah dirasuki oleh iblis. Sejak itu, keadaan Michel menjadi semakin tidak normal. Dia mengoyakkan pakaian, merangkak di tangga, menjerit selama berjam-jam, memusnahkan patung salib, menyalak seperti seekor anjing serta memakan labah-labah dan arang batu. Paling menjijikkan, menjilat air kencing sendiri. Seterusnya, Michel yang gagal untuk mengawal emosinya kemudian telah mengalami kemurungan.
Pada tahun 1975, ibu bapa Michel membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan rawatan perubatan Michel bersama doktor pakar. Mereka sebaliknya meminta upacara pengusiran eksorsisme dijalankan kerana percaya bahawa iblis sememangnya sudah menguasai penuh jiwa anak perempuan kesayangan mereka itu. Upacara pengusiran yang dijalankan oleh Paderi bernama Arnold Renz dan Ernst Alt ini bermula dari bulan September 1975 hingga Julai 1976. Dalam seminggu, satu atau dua sesi upacara akan dilakukan dengan setiap satu sesi boleh berlarutan selama empat jam. Dianggarkan jumlah keseluruhan upacara pengusiran terhadap Michel ini adalah sebanyak 67 sesi.
Sewaktu upacara itu dijalankan, Michel sering kali meracau, mengganas dan bertindak di luar kawalan hingga kadang-kadangnya dia terpaksa dirantai. Dia juga sanggup mencederakan tubuh badannya sendiri. Hinggakan pada akhirnya, Michel menjadi lumpuh. Michel sebenarnya diyakini telah dirasuki oleh enam roh jahat. Roh tersebut adalah Judas Iscariot, Nero, Cain, Hitler, Fleischmann dan paling berbahaya adalah Lucifer. Lucifer satu-satunya roh yang paling sukar untuk diusir keluar daripada badan Michel. Dengarkan sendiri audio suara Michel di bawah.
Menurut paderi, punca Michel dirasuk adalah berpunca daripada kisah silam ibunya sendiri yang pernah menjalinkan hubungan sulit sehingga melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Martha. Ibunya yang dihantui rasa bersalah kemudian memaksa Michel yang masih kecil ketika itu untuk melakukan penebusan dosa.
Tanggal 30 Jun 1976, keadaan Michel semakin nazak. Pada masa sama, dia enggan untuk menyentuh sebarang makanan kerana berpendapat itu sahaja cara yang ada untuk mengusir keluar semua roh jahat daripada tubuh badannya. Muka Michel menjadi semakin cengkung ekoran berat badannya yang susut hingga 31 kilogram. Walaupun suhu tubuh badan Michel kian panas, para paderi memilih untuk meneruskan upacara berbanding menghantarnya ke hospital.
Kata-kata terakhir Michel kepada paderi,
"Mohon keampunan..."
Dan kemudian kepada ibunya,
"Ibu...saya takut"
Michel kemudian menghembuskan nafas terakhir pada keesokan harinya.
Berdasarkan laporan bedah siasat, Michel disahkan meninggal dunia akibat masalah dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Ramai pihak juga mempercayai percaya bahawa Michel bukannya dirasuk iblis tetapi mengalami gangguan mental serta menderita penyakit skizofrenia. Sementara itu, ibu bapa Michel serta paderi yang menjalankan upacara pengusiran tersebut telah didapati bersalah oleh mahkamah atas kecuaian mereka dalam menyebabkan kematian Michel. Kesemua mereka dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan. Situasi pasti akan berubah jika Michel yang semakin tenat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Kedua-dua gambar di atas adalah filem adaptasi daripada kisah Michel ini yang mendapat undian tinggi daripada laman IMDb dan Rotten Tomatoes.
Catat Ulasan for "KISAH BENAR THE EXORCISM OF EMILY ROSE "