Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN CONRAD ROY : Wanita Desak Teman Lelaki Bunuh Diri


    Adakah korang rasa kata-kata itu boleh membunuh? Jadi, ini adalah kisah kematian tentang seorang remaja lelaki yang telah membunuh diri atas dorongan kekasihnya sendiri. Cumanya dalam kes ini wajarkah kekasih lelaki itu dipersalahkan? Masing-masing ada pandangannya yang tersendiri. 

    Conrad Henri Roy atau lebih dikenali sebagai Coco telah dilahirkan pada tahun 1995. Pada asalnya, dia merupakan seorang yang sangat ceria dan bukannya sejenis suka mendatangkan masalah. Malah Conrad juga seorang yang aktif bersukan terutamanya dalam sukan besbol. Pada masa yang sama, Conrad begitu cemerlang dalam bidang akademik. Meskipun daripada segi luarannya tampak sempurna, Conrad sebenarnya mula mengalami masalah kemurungan sejurus selepas ibu bapanya bercerai pada tahun 2011. Kemurungannya itu hingga ke tahap dia pernah ditahan di Pusat Psikiatri ekoran melakukan beberapa percubaan untuk membunuh diri. 

    Sementara itu, Michelle Carter pula lahir pada tahun 1996. Sama seperti Conrad, dia juga sangat aktif dalam sukan besbol. Michelle bagaimanapun mempunyai penyakit eating disorder serta mengalami kemurungan. Sejak dari kecil lagi, dia diberikan ubat psikiatri bagi mengawal penyakitnya tersebut. 

    Conrad dan Michelle mula berkenalan pada tahun 2012 sewaktu sesi melawat saudara mara mereka. Bermula dari situ, mereka berdua pun bertukar nombor telefon, berhubung melalui Facebook dan saling berbalas emel. Jarak antara rumah Conrad dan Michelle tidaklah begitu jauh iaitu dengan jaraknya hanyalah dalam 56 kilometer. 

    Pada awal perkenalan mereka, semuanya baik-baik sahaja. Masing-masing sering bertanya khabar antara satu sama lain. Lama-kelamaan, Conrad dan Michelle saling berbalas sesi luahan perasaan. Namun sepanjang tempoh perkenalan pasangan itu, mereka berdua dikatakan hanya pernah berjumpa sebanyak tiga kali.  Selain itu, tiada langsung gambar mereka berdua yang diambil bersama di dalam telefon masing-masing. 

    Selepas sekian masa saling bermesej, Conrad semakin berani meluahkan hasratnya untuk membunuh diri. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali. Kata Conrad, ada suara yang kerap berbisik pada telinganya berbisik untuk menyuruhnya berbuat sedemikian. Pada waktu ini, Michelle ternyata menghalang keras. Michelle memberitahu, 

    "Eh. Janganlah..."

    "Jangan buat tindakan yang bodoh. Fikirlah keluarga awak." 

    "Pergilah minta bantuan..."

    Walau bagaimanapun, perangai Michelle berubah secara drastik pada bulan Julai 2014. Dia mula menasihati dan memberikan motivasi kepada Conrad untuk membunuh diri. Dalam sehari, Michelle akan mesej berkali-kali kepada Conrad untuk memberikannya tekanan dengan mengajukan soalan, 

    "Bila awak nak bunuh diri?" 

    Michelle siap memberikan cadangan tentang cara apa yang sesuai untuk mati. Bahkan apabila Conrad membatalkan niatnya untuk membunuh diri, Michelle akan menjadi marah. Pendapat Michelle, lagi cepat mati, lagi elok.


    Pada 13 Julai 2014, Conrad yang berusia 18 tahun telah ditemui mati akibat bunuh diri di dalam kereta yang diparkirnya di kawasan parkir kedai Kmart. Punca kematiannya adalah dengan melepaskan gas karbon monoksida di dalam keretany. itu. Fakta penting yang perlu diketahui, pada waktu sebelum kematian Conrad tersebut, dia telah berborak dengan Michelle melalui telefon. Menerusi perbualan telefon itu, Conrad memberitahu bahawa dia berada takut untuk membunuh diri. Sewaktu Conrad keluar dari keretanya, Michelle membalas, 

    "Awak pergi masuk balik kereta cepat." 

    Conrad yang akur telah masuk semula ke dalam kereta dan pada kemudiannya terus menemui ajal.


     Kes ini sememangnya telah mencetuskan kontroversi di Ameriksa Syarikat. Ini berikutan dengan persoalan kes samada Michelle adalah punca sebenar yang menyebabkan Conrad menbunuh diri. Terpampang pada media akhbar, 

    Can Words Kill? 

    Menerusi keputusan perbicaraan kes, pihak mahkamah akhirnya memutuskan bahawa Michelle yang didapati bersalah atas kesalahan pembunuhan sukarela telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun setengah diikuti dengan hukuman percubaaan (probation) selama 5 tahun. Namun, pada tahun 2019 hukuman penjara Michelle telah dikurangkan kepada 15 bulan. Bagaimanapun pada awal tahun 2020, Michelle dibebaskan awal dari tempoh sepatutnya atas alasan berkelakuan baik di dalam penjara.

Sinar Harian

    *Pesanan ringkas daripada Jack, tidak kisah samada korang mahupun kenalan korang yang mengalami masalah kemurungan hingga ke tahap mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri, sila atau tolong hubungi pihak yang sepatutnya bagi mendapatkan bantuan.

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN CONRAD ROY : Wanita Desak Teman Lelaki Bunuh Diri"