Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PELAKON GLEE DISYAKI LEMAS



    Bekas pelakon drama bersiri Glee siaran Fox iaitu Naya Rivera dilaporkan hilang akibat dikhuatiri lemas di dalam sebuah tasik bertempat di California.

    Pada waktu sebelum kejadian, pelakon itu yang sedang dalam percutian bersama anak lelakinya yang berusia 4 tahun telah menyewa sebuah bot untuk bersiar-siar di sekitar Tasik Piru, California. Bagaimanapun Naya gagal untuk mengembalikan bot sewa tersebut pada masa seperti yang telah dijadualkan.

    Seorang saksi pada kemudiannya telah menemui bot itu sedang hanyut dan mendapati anak Naya sedang tidur berseorangan dalam bot berkenaan. Dia juga dilaporkan memakai  jaket keselamatan sewaktu ditemui. Pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi pencarian yang disertai oleh pasukan penyelam dan penggunaan helikopter.

    Pada awal minggu ini juga, Naya ada memuat turun gambar di laman Instagramnya dengan kapsyen,

    “Just the two of us”.

    Jika berita kematiannya dilaporkan secara rasmi, ini bermakna Naya merupakan pelakon ketiga Glee yang telah mati. Pada tahun 2013, Cory Monheith ditemui mati di sebuah hotel akibat terlebih dos heroin dan lima tahun kemudiannya Mark Salling pula membunuh diri selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Catat Ulasan for "PELAKON GLEE DISYAKI LEMAS"