Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

10 FAKTA TENTANG PEMBUNUHAN BLACK DAHLIA


    Sudah lebih 70 tahun berlalu, namun kes pembunuhan kejam terkenal Los Angeles iaitu Black Dahlia masih lagi kekal menjadi misteri dengan pembunuh sebenarnya terus gagal untuk dikenalpasti. Kes Black Dahlia ini telah mendapat liputan yang sangat meluas daripada pihak media berikutan mangsanya yang telah dibunuh secara kejam dengan badannya dikerat dua. Cara pembunuhannya juga menggambarkan si pelaku seolah-olah cuba untuk mempermainkan pihak berkuasa. Motif sebenar pembunuhan pula kurang jelas. Namun, berkemungkinan ada sesuatu sebenarnya yang cuba ditunjukkan oleh pelaku. Maka berikut disediakan 10 fakta tentang pembunuhan Black Dahlia ini. 


10. DISANGKA SEBAGAI PATUNG MANEKIN

    Pada 15 Januari 1947 di Los Angeles, seorang wanita tempatan bernama Betty Bersinger telah keluar dari rumah bersama dengan anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Lebih kurang jam 10 pagi, Betty berjalan melalui satu kawasan tanah lot yang lapang. Di situ, dia telah ternampak sebuah patung yang seakan kelihatan patung manekin. Selepas mendekati patung tersebut, Betty berasa terkejut apabila mendapati patung tersebut adalah mayat seorang wanita yang bertelanjang dengan badannya dikerat kepada dua bahagian. Tanpa berlengah, Betty pun bergegas ke rumah yang berhampiran untuk menghubungi pihak polis.


9. DIKENALPASTI DENGAN CEPAT

    Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti identiti mayat Black Dahlia meskipun ketiadaan peralatan teknologi yang canggih pada waktu tersebut. Sejurus menerima imej cap jari Black Dahlia yang dihantar oleh pihak polis dari  tempat kejadian, pihak FBI terus memeriksa sistem pangkalan data mereka. Ada dua padanan cap jari yang sama. Cap jari pertama adalah dalam sistem pangkalan data tentera. Cap jari kedua menerusi rekod hitam mangsa yang pernah ditahan atas kesalahan meminum alkohol bawah umur. Maka secara rasminya, identiti Black Dahlia dikenalpasti sebagai Elizabeth Short.


8. TIADA KESAN DARAH 

    Salah satu misteri terbesar dalam kes pembunuhan Black Dahlia ini adalah tiada sebarang kesan darah yang ditemui pada badannya. Begitu juga di lokasi kejadian. Tiada setitik darah pun yang dikesan. Keadaan sedemikian semakin menyukarkan sebarang gerakan usaha untuk mencari lokasi sebenar mangsa dibunuh. Para penyiasat juga menyakini bahawa selepas mangsa mati, mayatnya dibersihkan dengan sebersih yang mungkin. Perkara sebegini pastinya dilakukan oleh bukan calang-calang individu. Berkemungkinan besar pembunuh itu merupakan individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang perubatan.

Youtube

6. IBU ELIZABETH HANYA DIBERITAHU ANAKNYA MEMENANGI PERTANDINGAN RATU CANTIK

    Satu fakta yang agak menyedihkan. Selepas penemuan mayat Elizabeth, para wartawan yang jenis berkepentingan telah menghubungi ibunya iaitu Phoebe Short. Phoebe dihubungi bukanlah untuk dimaklumkan tentang kematian anaknya. Sebaliknya, dia hanya diberitahu bahawa Elizabeth telah memenangi pertandingan ratu cantik. Hanya selepas memberitahu begitu banyak maklumat tentang Elizabeth, barulah Phoebe diberitahu bahawa anaknya itu telah mati dibunuh.


5. PENGAKUAN PALSU

    Selepas berita kematian Elizabeth kian menjadi sensasi, ramai individu yang tampil membuat pengakuan bahawa mereka adalah suspek sebenar kes. Dakwaan ini datangnya daripada mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti askar, pendeta, suri rumah, kaki alkohol dan sebagainya. Pada hakikatnya, semua pengakuan yang dibuat tersebut adalah palsu belaka.

IMDb

4. ASAL USUL GELARAN BLACK DAHLIA

    Kenapa dia digelar Black Dahlia? Perkara ini juga masih kekal sebagai misteri. Harus diingatkan, nama Black Dahlia adalah gelaran kepada Elizabeth hanya selepas dia meninggal dunia. Jadi, terdapat pelbagai teori mengenai asal usul nama Black Dahlia itu. Pertama merupakan daripada filem berjudul Blue Dahlia yang diterbitkan pada tahun 1946. Kedua, merujuk rambut hitam Elizabeth sedangkan rambut aslinya berwarna coklat. Ketiga Elizabeth dikatakan gemar berpakaian serba hitam. Seperkara lagi, tidak dapat dipastikan sama ada nama Black Dahlia adalah nama gelaran Elizabeth sendiri semasa hidupnya.


3.  HILANG SELAMA ENAM HARI

    Kali terakhir kelibat Elizabeth dilihat adalah di Hotel Biltmore, Los Angeles pada 9 Januari 1947. Hanya enam hari selepas itu, dia akhirnya ditemui mati. Persoalan utamanya, di mana dia menghilang? Begitu sukar untuk diperjelaskan samaada Elizabeth menderita atau sebaliknya dalam tempoh enam hari tersebut? Individu-individu yang disyaki pernah bersama Elizabeth telah ditahan, namun kesemua mereka mempunyai alibi kukuh.


2. MAYAT PEREMPUAN LAIN

    Selepas penemuan mayat Elizabeth, terdapat beberapa lagi mayat perempuan lain yang ditemui dengan badan mereka turut dikerat. Salah satu mayat tersebut dijumpai berdekatan dengan lokasi mayat Elizabeth ditemui. Timbul teori bahawa Elizabeth adalah mangsa terawal dalam siri pembunuhan kejam ini. Perkara ini bagaimanapun kekal menjadi teori.


1. PEMBUNUH GAGAL DIKENAL PASTI

    Meskipun ramai suspek ditahan, namun tiada seorang pun antara mereka yang didakwa atau disabitkan kesalahan. Pembunuh sebenar Black Dahlia kekal menjadi tanda tanya yang penuh dengan misteri. Tidak kiralah samaada dia masih hidup atau telah pun meninggal dunia hari ini, apakah motif sebenar pembunuhannya? Adakah dia mencari populariti di media sebagai pembunuh misteri yang gah atau sememangnya seorang psikopat tegar.

Catat Ulasan for "10 FAKTA TENTANG PEMBUNUHAN BLACK DAHLIA"