PEMBUNUHAN DI TASIK BODOM
Pada hari Sabtu bertarikh 4 Jun 1960, sekumpulan remaja iaitu dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan dua remaja perempuan berusia 15 tahun telah pergi berkhemah di sekitar kawasan Tasik Bodom yang terletak di bandar Espoo, Finland. Dua remaja lelaki itu bernama Seppo Antero Boisman dan Nils Wilhelm Gustafsson, manakala nama remaja perempuan itu pula adalah Maila Irmeli Bjorklund and Anja Tuulikki Maki.
Pada jam 6 pagi keesokan harinya, sekumpulan lelaki muda yang sedang melakukan aktiviti memburung telah ternampak sepasang khemah yang didirikan oleh remaja tersebut dalam keadaan roboh. Pada masa sama, seorang lelaki berambut perang dilihat bergegas meninggalkan tempat kejadian.Tidak dapat dipastikan di sini sama ada kumpulan lelaki muda itu ada melakukan sebarang apa-apa tindakan atau sekadar mendiamkan diri.
Lebih kurang empat jam selepas itu, seorang lelaki yang bernama Risto Siren berhenti berjoging selepas melihat khemah mangsa yang telah roboh itu. Disebab berasa curiga, Risto yang memeriksa kawasan tapak perkhemahan itu telah menemui tiga mayat mangsa dalam keadaan mengerikan. Penemuan mayat tersebut seterusnya segera dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Nils Wilhelm Gustafsson adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan kejam itu. Bagaimanapun ketika ketibaan pihak polis, Gustafsson dilihat sedang bertarung nyawa. Tulang rahangnya bukan saja patah, bahkan dahinya juga luka teruk akibat ditikam oleh si pembunuh.
Sementara itu, mayat Anja Tuulikki Maki dan Seppo Antero Boisman ditemui terbaring di dalam khemah. Siasatan mendapati kedua-duanya ditikam dari luar khemah.
Mayat teman wanita Gustafsson iaitu Maila Irmeli Bjorklund pula ditemui dalam keadaan meniarap tanpa berpakaian dari paras pinggang di luar khemah. Dia merupakan satu-satunya mangsa yang dipercayai dibunuh dengan begitu kejam memandangkan tubuh badannya telah ditikam berkali-kali.
Hans Assman
Berdasarkan siasatan pihak polis, antara suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini adalah Pentti Soininen yang juga merupakan seorang penjenayah tegar. Pentti yang berada di dalam penjara sewaktu berusia 24 tahun telah membuat pengakuan bahawa dia adalah pembunuh sebenar Tasik Bodom. Pengakuannya itu bagaimanapun diragui oleh pihak polis memandangkan Pentti adalah seorang psikopat yang gemar memutar belit kenyataannya. Pentti bagaimanapun telah mati membunuh diri pada tahun 1969.
Suspek kedua pula bernama Valdemar Gyllstrom yang dikenali sebagai "Kiosk Man" di Oitta. Dia pernah membuat pengakuan bahawa dirinya adalah pembunuh sebenar Tasik Bodom. Namun, pengakuan itu dibuat ketika dia berada dalam pengaruh alkohol. Lagipun isterinya mempunyai alibi kukuh tentang lokasi Valdenar ketika malam kejadian. Valdemar lemas di Tasik Bodom pada tahun 1969. Sejurus selepas kematian Valdemar, isterinya telah tampil untuk memberi keterangan bahawa dia pernah diugut bunuh oleh Valdemar sekiranya memberitahu perkara yang sebenar kepada pihak berkuasa. Semua itu tidak membantu kerana tiada sebarang bukti sahih yang diperolehi untuk mendakwa Valdemar.
Suspek seterusnya iaitu Hans Assman merupakam suspek yang paling dicurigai. Disyaki sebagai ejen pengintip KGB, Hans didakwa telah ke hospital pada malam 6 Jun 1960 dengan pakaiannya yang berlumuran dengan darah. Malah, Hans siap bertindak agresif lagi dengan kakitangan hospital. Lagi menguatkan syak wasangka, dia terus menggunting rambutnya sejurus selepas lakaran wajah suspek tersebar. Disebabkan tiada bukti kukuh, maka Hans terlepas daripada dakwaan membunuh. Timbul juga satu teori bahawa Hans berkemungkinan tinggi adalah suspek dalam kes pembunuhan misteri Kyllikki Saari.
Suspek keempat, Gustafsson sendiri. Bagaimana dia boleh menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan itu. Bukankah seorang pembunuh akan memastikan mangsanya benar-benar mati terlebih dahulu sebelum meninggalkan tempat kejadian? 44 tahun selepas kejadian iaitu pada tahun 2004, Gustafsson telah ditahan oleh pihak berkuasa Finland atas tuduhan membunuh tiga orang rakannya sendiri. Penangkapan itu dibuat berdasarkan analisis forensik. Menerusi satu kenyataan, motif sebenar pembunuhan adalah disebabkan rasa cemburu Gustafsson terhadap kekasihnya, Maila. Bagaimanapun selepas perbicaraan demi perbicaraan dijalankan, pihak mahkamah akhirnya sepakat untuk memutuskan bahawa Gustafsson tidak bersalah.
Trailer video filem di bawah merupakan inspirasi daripada kisah pembunuhan Tasik Bodom ini.
Done baca # neo
BalasPadam