KISAH FRED DAN ROSE WEST : Pasangan Romantik Paling Kejam di Dunia.
Kes kali ini merupakan salah satu kes pembunuhan bersiri paling ngeri yang pernah tercatat di United Kingdom. Pelakunya merupakan pasangan suami isteri bernama Fred dan Rosemary West yang membunuh belasan mangsa termasuklah anak mereka sendiri. Di sebalik senyuman pasangan merpati sejoli itu, tiada siapa pun yang sangka bahawa mereka telah merogol, mendera dan mengerat tubuh badan hampir kesemua mangsa mereka.
Fred atau nama sebenarnya Frederick West dilahirkan pada 29 September 1941 di Much Marcle, England. Dia yang merupakan anak kedua daripada enam orang beradik ada membuat dakwaan bahawa bapanya telah melakukan hubungan sumbang mahram bersama anak sendiri dan juga penggemar seks dengan binatang. Sejauh mana kebenarannya tentang hal ini tidak dapat dipastikan. Selain itu, Fred juga dikatakan sering menjadi mangsa penderaan seksual oleh ibunya sendiri. Bagaimanapun, kesahihan tentang perkara tersebut juga gagal untuk dibuktikan.
Menginjak usia 17 tahun, Fred yang semakin ghairah dengan gadis muda telah mengalami kemalangan motosikal hingga mendatangkan kecederaan pada bahagian kepalanya. Dua tahun kemudian, kepala Fred sekali tercedera apabila dia terjatuh semasa cuba untuk melarikan diri dalam satu insiden kebakaran. Sejak kepalanya sakit, perangai Fred mula berubah dengan menjadi seorang yang sangat panas baran dan begitu agresif.
Hidup Fred semakin huru-hara apabila dia terlibat dengan dakwaan mencabul dan mencuri. Selepas itu, Fred berkenalan dengan seorang wanita berwarganegara Scotland iaitu Rena Costello. Sama seperti Fred, Rena bukanlah wanita yang baik memandangkan dia mempunyai rekod jenayah mencuri dan terlibat dalam kegiatan pel***ran. Perlu untuk diketahui bahawa Fred juga adalah pengamal s*ks liar. Fred dan Rena yang berkahwin pada tahun 1962 mempunyai dua orang anak iaitu Charmaine (1963) dan Anna Marie (1964). Namun harus diingatkan bahawa Charmaine merupakan anak Rena hasil hubungannya dengan lelaki lain.
Susulan rumah tangganya bersama Rena kian meniti retak, Fred yang tidak pernah puas untuk berseronik telah menjalinkan hubungan bersama seorang wanita bernama Anna McFall. Hinggalah satu hari, Anna yang mengandungkan anak Fred memaksa lelaki itu untuk menceraikan Rena. Fred yang marah dengan desakan tersebut bertindak untuk membunuh Anna dengan kejam. Bayangkan, jari tangan serta jari kaki Anna telah dikerat. Bermula dari kematian Anna inilah yang menjadikan Fred semakin obses untuk melakukan pembunuhan menerusi penderaan fizikal dan keratan mayat. Tahun 1968, seorang gadis remaja berusia 15 tahun telah hilang di kawasan Gloucester dengan Fred diyakini sebagai suspek. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti untuk mendukung hal itu. Menjelang tahun 1968, Fred berjumpa dengan gadis idamannya yang bernama Rosemary "Rose" Letts.
Rosemary atau Rose dilahirkan pada tahun 1953 di Devon, England. Sejarah gelap untuk Rosemary apabila kedua ibu bapanya dilaporkan mengidap masalah gangguan mental. Sewaktu Rose masih dalam kandungan, ibunya yang mengalami penyakit kemurungan pernah menerima rawatan terapi elektrokonvulsif. Jadi, ada pihak yang mengatakan rawatan kaedah rawatan itu telah memberikan kesan dalam terhadap Rose yang menyebabkannya mundur daripada segi pelajaran dan sentiasa bersikap agresif. Selain itu, Rose turut mengidap masalah berat badan dan mempunyai kecenderungan untuk meminati orang tua. Sewaktu usia remajanya, Rose yang mengalami ketagihan s**s pernah ditangkap tidur sekatil bersama adik lelakinya sendiri dalam keadaan tidak senonoh.
Meskipun Fred dan Rose berkahwin pada tahun 1972, mereka berdua tetap mengamalkan kehidupan s*ks liar secara berterusan. Ada kalanya Fred dan Rose mengambil foto dan membuat rakaman video untuk keseronokan masing-masing. Rose juga kekal memegang statusnya sebagai p*la*ur dan menjalinkan hubungan s*ks dengan ramai lelaki. Sepanjang tempoh Fred dan Rose bersama, mereka berdua mendapat tiga orang anak iaitu Heather, Mae dan Stephen. Selain itu, Rose turut ada melahirkan beberapa orang anak yang dikatakan bukanlah anak kandung kepada Fred.
Charmaine merupakan antara mangsa terawal yang dibunuh oleh Rose iaitu sewaktu Fred berada di dalam penjara akibat kesalahan mencuri. Rose membunuh Charmaine yang berusia lapan tahun ketika itu berikutan tekanan yang dihadapi untuk menjaga anak-anak bekas isteri pertama Fred tersebut. Mayat Charmaine kemudian ditanam oleh Fred di kawasan rumahnya sejurus selepas dia dibebaskan. Rena menjadi mangsa seterusnya selepas dia datang ke rumah Fred untuk mencari Charmaine yang telah gagal untuk dikesan.
Tahun demi tahun, Fred dan Rose semakin mengganas apabila menculik beberapa orang gadis muda untuk dijadikan sebagai mangsa. Antara gadis yang bernasib malang itu adalah Lynda Gough, Lucy Partington, Juanita Mott, Therese Siegenthaler, Alison Chambers, Shirley Robinson, Carol Ann Cooper dan Shirley Hubbard. Semua mangsa yang dikurung di bilik bawah tanah akan didera secara seksual dan dirogol berulang kali oleh Fred dan Rose sehinggalah mereka berasa puas. Mayat mangsa yang dibunuh seterusnya akan dikerat dan dilupus sebelum ditanam di bawah rumah. Lagi menyedihkan apabila ada antara mangsa yang tidak pernah dilaporkan secara rasmi kehilangan mereka kepada pihak polis. Seperkara lagi, sebenarnya ada seorang mangsa bernama Caroline Owens yang pernah berjaya melarikan diri dari rumah Fred. Caroline bagaimanapun enggan untuk meneruskan dakwaan terhadap Fred dan Rose berikutan mengalami trauma yang teruk disebabkan penculikannya itu. Kadang-kadang Fred juga tergamak untuk melempaskan nafsu terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Anna Marie selama bertahun-tahun. Hinggalah satu ketika Anne berjaya melarikan diri dari rumahnya, giliran Heather pula menjadi mangsa. Walau bagaimanapun, Heather bernasib malang apabila dibunuh oleh Fred tidak lama selepas dia membuka mulut tentang perbuatan kejam bapanya itu terhadap kawan-kawannya.
Rahsia gelap Fred dan Rose akhirnya terbongkar jua pada tahun 1992 gara-gara tindakan Fred sendiri yang merakam video aksi merogol salah seorang anaknya. Perkara itu tersebar selepas didedahkan oleh si mangsa sendiri. Siasatan demi siasatan dijalankan oleh seorang pegawai penyiasat wanita iaitu Hazel Savage yang kebetulan terdahulunya pernah mendapat aduan daripada Rena Costello tentang sikap buruk Fred. Selepas pihak polis berjaya mendapatkan surat waran, maka sesi pencarian dan penggeledahan dijalankan di rumah Fred. Di situ, mayat-mayat mangsa yang telah ditanam sebelum ini berjaya jua ditemui.
Demi cinta sejatinya terhadap Rose, Fred yang ditahan telah membuat pengakuan bahawa semua pembunuhan itu dilakukannya berseorangan. Pada masa sama, dia menafikan dakwaan rogol dengan keterangannya bahawa hubungan s*ks yang dijalinkan bersama mangsa adalah atas kerelaan mereka sendiri. Sementara itu, Rose pula yang cuba untuk melepaskan tengkuknya sendiri telah bertindak untuk tidak lagi berhubung langsung dengan Fred. Fred membunuh diri di dalam penjara pada tahun 1995 manakala Rose yang didapati bersalah dalam perbicaraan kes telah dipenjarakan seumur hidup. Hukuman penjara yang diterima oleh Rose ini bermaksud dia akan meringkuk di penjara hingga pada akhir hayatnya.
Catat Ulasan for "KISAH FRED DAN ROSE WEST : Pasangan Romantik Paling Kejam di Dunia. "