Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KELUARGA TURPIN : Rumah Neraka

 


   Sekilas pandang gambar di atas, mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang bahagia. Bila difikir, mesti berasa seronok jika mempunyai keluarga yang besar seperti mereka. Namun pepatah Inggeris ada mengatakan Don't judge book by its cover. 

   Tiada siapa dapat menduga apa sebenarnya yang telah dilalui oleh 13 orang adik beradik itu. Rumah yang didiami bagaikan neraka untuk mereka semua. Semua adik beradik tersebut telah didera dan diseksa dengan begitu teruk oleh ibu bapa kandung mereka sendiri.


   David Allen Turpin dan Louise Ann Turpin merupakan pasangan suami isteri yang berasal dari satu kampung. Mengenai umur, usia David adalah tujuh tahun lebih tua daripada Louise. Menyingkap sejarah lampau, David dan Louise mula berkenalan sewaktu masing-masing berusia 17 dan 10 tahun. Pada mulanya, hubungan mereka ditentang oleh ayah Louise memandangkan perbezaan umur yang ketara antara David dan anaknya. Namun dipendekkan cerita, ayah Louise akhirnya merestui jua hubungan itu. Jadi, David dan Louse telah mendirikan rumah tangga pada usia muda dengan David ketika berusia 23 tahun, manakala Louise pula 16 tahun. Seperkara tentang Louise, dia mempunyai sejarah hitam sebagai kanak-kanak di mana dirinya pernah didera secara seksual oleh datuknya sendiri. 

  Kisah sebenar dalam kes ini bermula pada 14 Januari 2018 apabila dua orang anak Turpin telah berjaya melarikan diri dari rumah mereka selepas merancang selama dua tahun untuk berbuat sedemikian. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka membuat keputusan untuk berpatah balik disebabkan terlampau berada dalam ketakutan. 

   Sementara itu, seorang lagi terus bertindak menghubungi talian kecemasan 911 menggunakan yang dia telah simpan. Sebaik pihak polis tiba di tempat persembunyiannya, maka dia pun menceritakan segala-galanya. 

   Bertindak atas keterangan tersebut, pihak polis bergegas melakukan pemeriksaan di rumah keluarga Turpin. Maka bermula dari situ, terbongkarlah segala-galanya. Polis telah menemui 12 orang anak keluarga Turpin yang berada dalam keadaan menyayat hati. Pada waktu itu, badan mereka semua yang nampak kurus kering itu terlampau berbau busuk. Malah, ada juga antara mereka yang telah dirantai pada katil dengan rantai besi.

  Selain itu, jelas begitu ketara perbezaan pada wajah anak-anak Turpin yang tidak begitu sepadan dengan umur mereka. Rata-rata fizikal mereka juga semua kecil kerana kekurangan zat makanan. Bayangkan, berat badan anak sulung Turpin yang berumur 29 tahun hanyalah 37 kilogram. Hampir semua anak-anak Turpin juga langsung tidak tahu menahu tentang benda dan perkara asas kehidupan seperti tentang polis dan ubat-ubatan. 

   Selepas siasatan dijalankan, anak Turpin yang paling sulung ketika itu adalah berusia 29 tahun manakala si bongsu pula 2 tahun. Rupa-rupanya sepanjang hidup anak-anak Turpin, mereka semua telah didera dengan teruk secara mental dan fizikal. Mereka semua sering dipukul, dicekik, diikat serta dirantai pada katil. Tak cukup dengan itu, anak-anak Turpin juga hanya diberi makan sekali sehari dan mandi sekali setahun. Mereka dilarang untuk bercakap dengan sesiapapun tanpa kebenaran. Lagi parah, anak-anak Turpin tidak dibenarkan ke tandas serta tidak boleh untuk membasuh tangan melebihi pergelangan tangan. Pada masa sama, mereka semua hanya diberikan home schooling. Kurang jelas motif sebenar David dan Louise bertindak kejam sedemikian rupa terhadap semua anak-anak kandung mereka itu.


  Pengakhiran kisah menyaksikan David dan Louise ditangkap. Menerusi perbicaraan kes, David dan Louise yang akhirnya mengaku bersalah atas kesalahan penderaan mereka itu akhirnya telah menerima hukuman penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "KISAH KELUARGA TURPIN : Rumah Neraka"