Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KELUARGA PETIT - Tragedi si isteri dan anak yang dirogol penceroboh sebelum dibunuh.

 


    Dr. William "Bill" Petit merupakan seorang pakar perubatan Endokrinologi manakala isterinya pula iaitu Jennifer Hawke-Petit adalah seorang jururawat pediatrik. Mereka berdua mempunyai dua orang anak perempuan bernama Hayley (lahir tahun 1989) dan Michaela (lahir tahun 1995). Keluarga Petit ini bukanlah dari golongan keluarga yang kaya raya, namun kehidupan mereka boleh dikatakan selesa dan serba mencukupi.

Gambar kecil : Joshua (kiri) Steven (kanan) 

    Pada hari bertarikh 22 Julai 2007, Michaela berhasrat untuk memasak sempena makan malam bersama keluarganya. Jadi, Michaela dan ibunya Jennifer pun pergi ke sebuah kedai runcit untuk membeli bahan masakan. Sepanjang masa di kedai runcit itu, gelagat Jennifer dan Michaela sebenarnya telah diperhatikan oleh seorang lelaki pedofilia bernama Joshua Komisarjevsky (26 tahun). Dia yang begitu tertarik dengan Michaela kemudian mengekori pasangan anak beranak itu hingga ke rumah mereka. Menyedari rumah keluarga Petit yang agak besar, Joshua terus merancang untuk melakukan sebuah rompakan. Namun rancangan jahat tersebut tidak dilakukan oleh Joshua seorang diri, sebaliknya turut ditemani seorang lagi individu lelaki bernama Steven Hayes (44 tahun).

    Joshua dan Steven mula bertemu pada tahun 2006 mempunyai rekod buruk jenayah seperti pernah terlibat dalam kes rompakan, dadah dan rogol. Cumanya, Steven tidaklah seagresif Joshua. Anak Steven sendiri pernah memberi kenyataan bahawa Steven merupakan seorang bapa yang baik. Lain pula ceritanya dengan Joshua. Keluar masuk penjara itu seolah-olah perkara biasa baginya. Bayangkan pada usianya 26 tahun, rekod tangkapan ke atas Joshua adalah sebanyak 18 kali bagi kesalahan pecah masuk rumah. 


    Pada jam 3 pagi 23 Julai 2007, Joshua dan Steven memecah masuk rumah keluarga Petit. Pada sebelumnya, mereka berdua ada membeli senapang angin dan tali. Selepas berjaya pecah masuk, dua sekawan itu mendapati Bill sedang tidur pada atas sofa ruang tamu. Joshua kemudian bertindak memukul kepala Bill berkali-kali dengan menggunakan kayu pemukul sofbol. Bill yang tersedar akibat pukulan itu telah diheret ke bilik bawah tanah, lalu diikat di situ. Sejurus selepas itu, Jennifer, Hayley dan Michaela diikat berasingan di dalam bilik masing-masing.

Jennifer di bank.

    Mengikut rancangan asal rompakan itu, Joshua dan Steven tidak ada berniat langsung untuk mencederakan keluarga Petit. Selepas berjaya merompak barangan berharga, semua mangsa akan dimasukkan ke dalam kereta. Rumah mangsa seterusnya dibakar untuk menghapuskan segala bukti. Walau bagaimanapun, rancangan Joshua dan Steven itu tidak berjalan lancar seperti apa yang telah diharapkan memandangkan tiada sebarang barangan berharga di rumah keluarga Petit. Apa yang ada cuma akaun penyata dengan  wang berjumlah $30 000. Jadi, rancangan Joshua dan Steven bertukar 180 darjah. Mereka berdua kemudian merancang pula untuk melakukan transaksi pengeluaran wang dari akaun itu dengan membawa Jennifer ke bank. Sementara menunggu bank dibuka pada jam 9.00 pagi, Steven sempat pergi ke stesen minyak untuk membeli minyak gas.

    Tepat jam 9.00 pagi, Jennifer dibawa Steven pergi ke bank. Jennifer diarah serta diugut untuk mengeluarkan wang berjumlah $15 000. Gagal berbuat sedemikian, sudah pasti akan ada nyawa keluarga Petit yang melayang. Setibanya di kaunter, Jennifer dalam keadaan tenang telah menceritakan kepada kerani bank tentang situasi penculikan yang sedang dialaminya. Memandangkan akaun itu adalah akaun bersama, maka wang tidak boleh dikeluarkan tanpa kehadiran Bill. Namun, kerani bank itu tidak lepas tangan. Dia bertindak menceritakan situasi genting tersebut kepada pengurus bank. Pengurus bank itu pula melakukan satu tindakan yang sangat tepat dengan meluluskan transaksi pengeluaran wang dan seterusnya menghubungi talian kecemasan tepat pada jam 9.21 pagi.


    Sekembalinya ke rumah mangsa, Steven diberitahu sesuatu oleh Joshua. Kata Joshua, dia telah memaksa Michaela untuk melakukan seks oral. Lagi kejam, Michaela turut dirogol. Joshua kemudian menyuruh Steven untuk melakukan perkara yang sama terhadap Jennifer. Steven yang bersetuju lalu bertindak merogol Jennifer. Pada masa sama, Bill yang berjaya meloloskan diri dari rumah segera meminta bantuan jirannya. Cuma apa yang menyedihkan, dia langsung tidak mengetahui nasib malang yang sedang menimpa isteri dan anaknya itu.

    Menyedari Bill yang sudah pun terlepas, Steven menjadi naik angin. Dia pun bertindak untuk mencekik Jennifer sehingga mati. Selepas menyimbah kawasan rumah mangsa dengan minyak gas, maka Steven pun menyalakan api yang marak begitu pantas. Hayley berjaya melepaskan diri dari ikatan, namun dia rebah maut jua akibat lemas terhidu bau asap. Begitu juga dengan Michaela yang masih dalam keadaan terikat. 

    Sementara itu, usaha Joshua dan Steven untuk melarikan diri terbantut selepas berjaya dikepung oleh pihak polis yang sudah lama mengawasi keadaan di situ. Kedua-dua mereka yang kemudiannya dibicarakan telah dijatuhkan hukuman mati. Pada tahun 2015, negeri Connecticut telah memansuhkan hukuman mati. Jadi, hukuman ke atas Joshua dan Steven bertukar menjadi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang kemungkinan parol.

    Salah satu perkara yang menjadi kritikan dalam kes ini adalah kelewatan pihak polis untuk bertindak. Begini, pihak polis tiba di tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh pengurus bank. Mereka tiba dengan menaiki kereta tanpa logo. Apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah mengawasi keadaan terlebih dahuhu, bukan memasuki rumah mangsa atas sebab prosedur tertentu. Lagipun, mereka kurang jelas dengan situasi penculikan tersebut. Salah satu daripadanya, jumlah sebenar suspek di dalam rumah mangsa.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KELUARGA PETIT - Tragedi si isteri dan anak yang dirogol penceroboh sebelum dibunuh. "