Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BAYI LELAKI BERUSIA SETAHUN MATI DITEMBAK

    Kansas City - Polis kini sedang menyiasat satu insiden tembakan terhadap sebuah kereta yang telah menyebabkan seorang bayi berusia setahun terkorban.

    Pada kejadian yang berlaku pada petang Isnin semalam, pelaku telah melepaskan 17 das tembakan jarak dekat ke arah sebuah kereta yang sedang diduduki oleh tiga orang dewasa dan seorang bayi. Dua daripada mereka dilaporkan telah mengalami kecederaan manakala seorang lagi pula terselamat. Sementara itu, bayi berusia setahun yang maut tersebut dikenal pasti sebagai Tyron Payton. 

    Sejurus selepas tembakan itu, kereta terus dipandu oleh mangsa menuju ke sebuah balai bomba yang berdekatan bagi meminta bantuan. Tyron dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. 

    Buat masa tiada sebarang tangkapan yang dibuat dan motif tembakan masih lagi tidak dapat dipastikan. Pihak polis menggesa orang awam yang telah menjadi saksi kejadian segera tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.

Catat Ulasan for "BAYI LELAKI BERUSIA SETAHUN MATI DITEMBAK"