The Shawshank Redemption : Andy Dufresne Sebenar di Indonesia!
Indonesia - Pihak berkuasa Indonesia kini sedang melancarkan operasi pemburuan secara besar-besaran terhadap seorang banduan yang telah meloloskan dari penjara dengan menggali lubang di dalam selnya, lalu merangkak di kawasan pembentungan sebelum akhirnya berjaya tembus keluar ke jalan besar.
Chai Changpan (37 tahun) iaitu banduan berasal dari negara
China dilaporkan telah menggali lubang dalam selnya itu menggunakan peralatan
seperti pemutar skru, pahat dan kuku kambing yang dicurinya dari kawasan dapur
penjara. Chai yang sebelum ini sedang menanti hukuman mati di penjara atas
kesalahan menyeludup masuk dadah jenis methampetamine ke Indonesia dilaporkan
telah mengatur rancangan lolos tersebut sejak dari lima bulan yang lepas.
Selain itu, ini bukan juga kali pertama dia berjaya meloloskan diri. Sebelum
ini, Chai pernah berjaya meloloskan diri dari pusat tahanan polis Jakarta pada
tahun 2017 dengan menebuk lubang pada dinding dalam bilik mandi. Namun pada
kemudiannya, dia dapat ditangkap semula.
Kehebatan Chai meloloskan diri itu juga menyebabkan ramai
orang kini menggelarkannya sebagai Andy Dufresne sebenar iaitu watak utama dalam
filem penjara popular tidak lain tidak bukan The Shawshank Redemption. Malah,
ada juga yang menggelar Chai sebagai Frank Morris iaitu banduan dalam kisah
benar “Lolos Dari Alcatraz”. Buat masa sekarang, Chai disenaraikan sebagai
individu yang paling dikehendaki di Indonesia.
Catat Ulasan for "The Shawshank Redemption : Andy Dufresne Sebenar di Indonesia!"