Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LIMA MAUT DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI SEBUAH RUMAH


    Seramai lima orang mangsa telah ditemui mati dalam satu kejadian tembakan di sebuah rumah yang terletak di bandar Oshawa, Kanada pada hari Jumaat yang lepas. Mereka yang terkorban adalah empat anak beranak iaitu Chris Taynor (50 tahun), Bradley Traynor (20 tahun), Adelaide Traynor (15 tahun) dan Joseph Traynor (11 tahun). Sementara itu, isteri Chris yang dikenal pasti sebagai Loretta dilaporkan terselamat dalam kejadian terebut dan kini sedang dirawat di hospital. Mangsa kelima selaku suspek iaitu Mitchelle Lapa (48 tahun) maut akibat tertembak diri sendiri.

    Menerusi kenyataan daripada pihak polis tempatan, kejadian tragis tersebut disedari oleh para jiran yang mendengar bunyi tembakan kuat dari sebuah rumah pada waktu lewat malam. Suspek yang dikatakan tetamu tidak diundang itu merupakan adik kepada Loretta. Polis juga masih mengumpul maklumat daripada individu atau kenalan suspek bagi mengetahu motif sebenar pembunuhan.

    Orang ramai begitu bersimpati dengan nasib menimpa keluarga Traynor itu yang mereka anggap sebagai keluarga yang baik dan tidak bermasalah.

Catat Ulasan for "LIMA MAUT DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI SEBUAH RUMAH"