Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ISABELLA GUZMAN : Gadis Cantik Psiko yang Bunuh Ibu Sendiri


    Gadis berwajah cantik ini bernama Isabella Guzman. Namun di sebalik kecantikannya itu, tiada siapa sangka dia adalah seorang pembunuh yang kejam. Mangsa yang dibunuh pula merupakan ibu kandungnya sendiri. 

    Kejadian pembunuhan tersebut berlaku pada tahun 2013 di mana waktu itu Isabella baru saja berusia 18 tahun. Isabella telah bertindak untuk menikam ibunya iaitu Yun-Mi Hoy dengan pisau pada bahagian muka dan leher sebanyak 151 kali di dalam bilik mandi. Kepala Yun kemudian dipukul oleh Isabella menggunakan kayu besbol. 

    Menurut keterangan daripada bapa tiri Isabella yang bernama Ryan Hoy, dia sedang menikmati makan malam sewaktu kejadian itu berlaku. Ryan bergegas naik ke tingkat atas selepas mendengar suara Yun menjerit. Bulu roma Ryan kemudian naik meremang selepas melihat Isabella berdiri di depan pintu bilik mandi sambil tangannya memegang pisau yang dibasahi dengan darah. Cerita Ryan lagi, Isabella berjalan melepasinya tanpa sepatah bicara pun. Ryan seterusnya menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan insiden berkenaan. Isabelle berjaya ditangkap pada sehari selepas kejadian di sebuah garaj parkir. 


    Menerusi keputusan perbicaraan mahkamah, Isabella yang didapati tidak bersalah ekoran tidak waras telah diperintahkan untuk menjalani rawatan di hospital mental. Berdasarkan laporan daripada seorang doktor pakar psikiatri yang merawatnya, Isabella didiagnos mengalami penyakit Paranoid Schizophrenia. 

    "Dia akan merenung satu ruang kosong, berborak dengan seseorang yang tidak kelihatan dan seterusnya akan ketawa seorang diri."

    Isabella sebenarnya dikatakan mula mengalami gangguan mental sejak dari kecil selepas ibu bapanya bercerai. Akibat penceraian itu, Isabella kerap bertengkar dengan Yun. Pertengkaran tersebut semakin memuncak apabila Yun berkahwin dengan Ryan Hoy. Disebabkan itu, perangai biadap Isabella semakin menjadi-jadi dari hari ke hari. Sehari sebelum Yun dibunuh, Isabella ada menghantar satu e-mel kepadanya yang bertulis,

    "Kau akan dapat balasan."

    Saksikan video aksi "comel" Isabella semasa berada di mahkamah.

Catat Ulasan for "ISABELLA GUZMAN : Gadis Cantik Psiko yang Bunuh Ibu Sendiri"