Lima adik beradik dibunuh serentak oleh ibu mereka sendiri.
Lima adik beradik telah ditemui mati di sebuah pangsapuri yang terletak di barat Jerman akibat disyaki dibunuh oleh ibu mereka sendiri. Semua mayat mangsa yang berusia dari 1 hingga 8 tahun itu ditemui nenek mereka yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Sementara itu, suspek iaitu seorang ibu muda yang baru berusia 27 tahun telah cuba untuk membunuh diri dengan terjun di depan kereta api bergerak. Bagaimanapun, suspek yang dilaporkan terselamat namun mengalami kecederaan serius tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut kenyataan polis tempatan, punca sebenar kematian dan motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan. Sesi soal siasat akan dijalankan sejurus selepas keadaan suspek kembali stabil.
Seorang lagi anak suspek berusia 11 yang dimaklumkan dalam keadaan selamat kini berada di bawah jagaan saudara terdekatnya.
Catat Ulasan for "Lima adik beradik dibunuh serentak oleh ibu mereka sendiri. "