Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SUSPEK UTAMA KES PEMBUNUHAN MARWAH DIBERKAS


    KARACHI -  Pihak polis kini dilaporkan telah berjaya memberkas suspek utama pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang bernama Marwah di kawasan Essa Nagri baru-baru ini.

    Berdasarkan kenyataan daripada pihak polis, suspek yang dikenal pasti sebagai Nawaz itu tinggal berdekatan di rumah Marwah. Nawaz diberkas berdasarkan bukti serpihan pakaian yang ditemui di lokasi penemuan mayat adalah sepadan dengan pakaian di rumahnya. Selain itu, rumah Nawaz juga didapati bersih sewaktu dalam serbuan oleh pihak polis. Malah keterangan yang diberikan Nawaz sewaktu sesi soal siasat dilihat tidak konsisten. Nawaz kini ditahan di sebuah tempat yang dirahsiakan.

    Pada hari Ahad lepas, mayat Marwah ditemui dalam guni iaitu di lokasi sama kehilangannya. Berdasarkan laporan bedah siasat, kanak-kanak perempuan malang itu telah dirogol, diculik, dibunuh dan dibakar. Pembunuhan tersebut sekaligus mencetuskan kemarahan penduduk Pakistan yang mendesak agak pelaku segera untuk dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman setimpal. Media sosial pula dibanjiri dengan tanda pagar #justiceformarwah sebagai tanda simpati dan solidariti terhadap Marwah.

Catat Ulasan for "SUSPEK UTAMA KES PEMBUNUHAN MARWAH DIBERKAS"