KISAH PENYEKSAAN JUNKO FURUTA : 44 Hari Dalam Neraka
Nama Junko Furuta boleh dikatakan satu nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Kisah pembunuhannya adalah antara yang paling ngeri dalam sejarah jenayah di negara Jepun. Tarikh 25 November 1988 adalah hari yang malang untuk Junko yang berusia 17 tahun waktu itu telah diculik oleh sekumpulan remaja lelaki semasa dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sambilannya. Lagi kejam, Junko diseksa secara berterusan selama 44 hari sebelum akhirnya mati dibunuh. Kes ini turut mencetuskan kontroversi selepas hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang terlibat dianggap sebagai terlalu ringan.
Junko Furuta |
Junko Furuta yang dilahirkan di Misato, Saitama adalah seorang gadis remaja cantik yang tidak merokok, tidak meneguk minuman keras dan tidak menyentuh dadah. Di sekolahnya, Junko bukan saja begitu disenangi oleh rakan sekelas bahkan juga sering mendapat perhatian serta mempunyai ramai peminat. Salah seorang daripada peminatnya adalah Miyano Hiroshi iaitu seorang pelajar samseng yang terkenal dengan sikap pembulinya.
Miyano sememangnya begitu ditakuti oleh pelajar-pelajar lain memandangkan dia mempunyai pertalian dengan sindiket kongsi gelap berbahaya di Jepun tidak lain tidak bukan, Yakuza. Disebabkan itu, tiada sesiapa pun yang sanggup untuk menolak sebarang lamaran atau pelawaan daripada Miyano. Lain pula ceritanya dengan Junko apabila dia menolak secara baik untuk mempunyai sebarang hubungan bersama Miyano. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat diterima dengan baik oleh Miyano. Rasa egonya tercalar. Dia bersumpah akan membuatkan hidup Junko menjadi derita.
Link Shopee : https://shope.ee/5pcyWBt1Gb |
Seperti yang diberitahu, detik hitam Junko bermula pada tarikh 25 November 1988. Dia yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja sambilannya dengan menaiki basikal telah diculik oleh Miyano bersama tiga orang lagi rakannya bernama Nobuharu Minato, Jo Ogura dan Yasushi Watanabe. Pada mulanya, Junko telah dirogol secara berulang kali di sebuah gudang sebelum dibawa ke rumah Minato yang terletak di Ayase, Daerah Adachi, Tokyo. Junko juga diugut dengan ugutan keluarganya akan dibunuh oleh anggota Yakuza jika dia cuba untuk melarikan diri.
Ibu bapa Junko ada membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka. Namun tidak lama selepas laporan tersebut dibuat, mereka telah menerima panggilan daripada Junko sendiri yang telah menggesa mereka untuk menghentikan operasi pencariannya. Kata Junko lagi, dia memang berniat untuk melarikan diri dari rumah. Hakikat sebenar di sebalik panggilan itu, Junko terpaksa bercakap sedemikian adalah atas keselamatan keluarganya.
Berkenaan dengan ibu bapa Minato yang sering berkunjung ke rumah anak mereka tersebut sememangnya menyedari kewujudan Junko. Sejak dari awal lagi, Minato telah memperkenalkan Junko kepada kedua-dua orang tuanya itu sebagai teman wanitanya. Cuma apa yang benar-benar mengejutkan, ibu bapa Minato sebenarnya tahu apa yang terjadi kepada Junko. Walau bagaimanapun, mereka berdua berasa takut untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis kerana sentiasa dibayangi dengan Yakuza. Begitu juga dengan abang Minato yang telah memilih untuk mendiamkan diri.
Link Shopee : https://shope.ee/9UWGt2c5zN |
Sepanjang 44 hari tempoh penculikannya, Junko didera dengan begitu kejam tanpa henti-henti. Bayangkan dia telah diseksa setiap hari tidak kiralah samada waktu pagi, tengah hari, petang hingga tengah malam buta. Junko dilayan dan diperlakukan seperti binatang. Tiada sebarang sifat kemanusiaan dalam diri Miyano dan rakan-rakannya. Junko menahan kesakitan yang teramat sangat. Rasa sakit yang berterusan tanpa sebarang rawatan. Sukar untuk digambarkan penderitaan Junko.
Di rumah neraka tersebut, Junko yang sentiasa dalam keadaan bogel bukan saja dirogol pada setiap masa oleh Miyano bersama tiga orang rakannya tetapi turut dijadikan sebagai pemuas nafsu untuk lebih daripada 100 orang lelaki di mana rata-rata mereka terdiri daripada anggota kumpulan Yakuza. Jadi secara angka puratanya, Junko telah dirogol selama lebih daripada 500 kali. Malah Junko juga diliwat dan dibiarkan kelaparan. Adakalanya Junko dijadikan sebagai beg peninju dalam keadaannya tergantung pada siling selain dikerah untuk meminum air kencing sendiri, memakan lipas dan melakukan onani.
Bahagian kemaluan Junko turut ditusuk dengan beberapa objek seperti gunting, jarum, pisau, botol, besi, mentol dan bunga api. Bahagian puting payu dara sebelah kirinya pula dirobek menggunakan playar. Selain itu, Miyano bersama rakan-rakannya sering memukul Junko tanpa sebarang rasa belas kasihan dengan batang besi, batang buluh dan kayu golf. Mereka berempat yang seakan sudah dirasuki iblis tersebut begitu gembira melihat Junko meraung kesakitan. Sampai satu tahap, Junko telah mengalami pendarahan dalaman yang sangat parah. Ditambah lagi dengan keadaan tulangnya yang retak serta patah, pergerakan Junko menjadi terbatas. Segalanya sudah tidak sempurna buat Junko. Dia bukan lagi seperti Junko yang dulu. Makanan tidak dapat lagi untuk dicernakan dalam tubuh badannya. Kaki Junko tidak boleh bergerak berikutan melecur teruk akibat dibakar hinggakan dia terpaksa merangkak selama sejam untuk pergi ke tandas yang terletak di tingkat bawah rumah. Seperkara lagi yang perlu diketahui, Junko sering merayu agar dia terus dibunuh kerana terlampau perit untuk menanggung azab seksaannya. Bagaimanapun, rayuannya itu langsung tidak diendahkan.
Link Shopee : https://shope.ee/99tQUYeX5g |
Jika diikutkan, Junko sebenarnya pernah mempunyai peluang untuk diselamatkan. Waktu tersebut, ada salah seorang remaja lelaki yang diundang untuk datang ke rumah Miyano telah berasa serba salah selepas melihat keadaan Junko. Dia kemudian bertindak untuk menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya yang seterusnya membuat laporan polis. Namun setibanya polis di lokasi kejadian, mereka beredar semula selepas diyakinkan oleh keluarga Miyano bahawa cerita tentang Junko ada berada di situ adalah tidak benar sama sekali.
Hinggalah 4 Januari 1989, Miyano dan rakan-rakannya telah memaksa Junko untuk bermain mahjong bersama mereka. Mengejutkan apabila Junko telah memenangi dalam permainan itu sekaligus menimbulkan kemarahan Miyano. Akibatnya, Junko diseksa sampai mati sebelum mayatnya disorokkan dalam dram 55-galon berisi konkrit. Dram itu kemudian dibuang di sebuah kawasan yang terletak di Tokyo.
Dua minggu selepas itu, Miyano dan Jo Ogura telah ditahan atas dakwaan merogol secara berkumpulan. Dakwaan tersebut adalah untuk kes terhadap individu lain, bukannya Junko. Sewaktu sesi soal siasat, pihak polis telah menyebut tentang satu kes pembunuhan yang bukan merujuk kepada kematian Junko. Miyano yang salah faham akhirnya membuat pengakuan tentang pembunuhan Junko. Maka dengan pengakuan Miyano, terbongkarlah segala-galanya.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2PgdAAe9 |
Nasib Junko dilihat tidak terbela selepas empat orang remaja lelaki durjana yang menyeksanya itu tidak menerima hukuman setimpal. Kesemua empat pesalah yang dikira sebagai pesalah juvana tersebut telah menerima hukuman penjara dengan Miyano dipenjarakan selama 20 tahun, Jo Ogura 8 tahun, Minato 5 ke 9 tahun dan Yasushi Watanabe 5 ke 7 tahun. Ada khabar angin yang mengatakan keputusan hukuman itu dipengaruhi oleh kumpulan Yakuza. Ibu Miyano pula telah menyalahkan Junko sebagai punca sebenar anaknya meringkuk di penjara. Apapun, Miyano, Minato, Jo Ogura dan Yasushi Watanabe kini sudah pun dibebaskan dari penjara.
Catat Ulasan for "KISAH PENYEKSAAN JUNKO FURUTA : 44 Hari Dalam Neraka"