Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEVIN DAVIS : Luahan Seorang Psiko


  Pada 27 Mac 2014, seorang remaja lelaki muda berusia 18 tahun yang bernama Kevin Davis telah bertindak membunuh ibunya sendiri iaitu Kimberly, 50 tahun. Sebelum kejadian, Kevin ada meluahkan hasrat kepada Kimberly untuk membunuh diri. Bagi Kevin, dia sudah berasa bosan untuk terus hidup serta sangat membenci orang-orang di sekelilingnya. 

    Mendengar luahan tersebut, Kimberly yang merupakan seorang pekerja di hospital telah menasihati Kevin untuk membatalkan saja niatnya itu. Apa yang berlaku seterusnya adalah sangat mengejutkan. Kimberly telah dibunuh oleh Kevin. Kejadian tersebut berlaku semasa Kimberly sedang menonton televisyen. Pada mulanya, dia dicekik oleh Kevin dengan wayar permainan konsol. Namun pada kemudiannya, Kevin pergi mengambil tukul besi. Tanpa berlengah, Kevin menghentak kepala Kimberly sebanyak 20 kali. Akibat hentakan itu, tengkorak Kimberly telah pecah.

    Setelah dihentak dengan tukul, Kimberly diheret masuk ke dalam bilik tidurnya. Di situ, bahagian kepalanya ditikam pula oleh Kevin dengan pisau. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa selepas tikaman tersebut, Kevin telah menyentuh otak Kimberly bagi memastikan ibunya itu benar-benar mati. Kevin yang masih belum puas kemudian menanggalkan seluar Kimberly untuk tujuan rogol. Selepas pembunuhan Kimberly, Kevin menunggu pula kepulangan adik perempuannya untuk melakukan perkara yang sama. Mujur saja sajalah Kevin tidak meneruskan rancangan itu.

    Kevin kemudian tekad untuk melarikan diri dengan menaiki basikal. Malah dia juga sempat meninggalkan sekeping nota yang bertulis “Chase me. Sorry for the mess. KD.” Walau bagaimanapun, perjalanan Kevin hanya separuh jalan. Dia membuat satu keputusan yang dirasakan terbaik untuk dirinya sendiri. Kevin telah pergi ke sebuah rumah lalu meminta bantuan daripada individu dalam rumah berkenaan agar menghubungi talian 911 bagi tujuan menyerah diri. 


    Sewaktu sesi soal siasat bersama dengan pihak polis, Kevin memberitahu dia telah pun hilang teruna selepas melakukan aksi seksual bersama mayat ibunya. Kevin turut beranggapan bahawa Kimberly adalah seorang ibu baik yang tidak patut mati. Namun pada masa yang sama, Kevin tidak pernah berasa menyesal atas perbuatannya itu. Selain itu, Kevin juga ada membuat pengakuan dia adalah seorang yang waras dan tidak mempunyai sebarang masalah gangguan mental. Tambahnya lagi, dia sedar dengan apa yang dilakukannya. Paling psiko, Kevin mendakwa dia berkemungkinan akan melakukan pembunuhan sekali lagi jika mempunyai peluang. Berdasarkan keterangan daripada seorang doktor, Kevin merupakan pengidap penyakit kecelaruan identiti tetapi dia tahu tentang baik buruk sewaktu pembunuhan ibunya. Jadi, tiada sebarang penjelasan yang kukuh daripada sudut perubatan untuk menerangkan penyebab sebenar Kevin berperangai sedemikian rupa.

    Menerusi keputusan perbicaraan mahkamah pada bulan Oktober 2014, Kevin yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Sebagai rekod, dia hanya layak untuk permohonan parol pada bulan Mac 2044. 

    Artikel ini diakhiri dengan video Kevin sewaktu disoal siasat oleh pihak polis.

Catat Ulasan for "KISAH KEVIN DAVIS : Luahan Seorang Psiko"