Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ENAM KISAH MANGSA PEMBUNUHAN YANG DIBUNUH OLEH RAKAN BAIK SENDIRI

 

    Perkara yang menyedihkan tentang pengkhianatan adalah apabila ia bukannya datang daripada musuh, namun datang daripada orang yang kita percayai.

    

6. CHEYENNE ROSE ANTOINE

    Pada tahun 2015, mayat seorang gadis bernama Brittney Gargol telah ditemui di tepi jalan. Berdasarkan pemeriksaan, dia dipercayai dibunuh dengan punca kematiannya adalah akibat dicekik. Hanya selepas dua tahun kemudian, pembunuh Brittney akhirnya berjaya ditangkap yang dikenali sebagai Cheyyene Rose Antonio. Cheyenne merupakan rakan baik Brittney di mana pada waktu malam sebelum kejadian, mereka berdua telah keluar bersama untuk pergi minum di bar. Apa yang berlaku kemudian, Cheyenne bertindak mencekik Brittney sampai mati dengan tali pinggang setelah berlakunya perselisihan faham antara mereka. Penangkapan Cheyenne dibuat selepas pihak polis meneliti foto yang dikirim oleh Cheyenne ke dinding Facebook Brittney selepas waktu kejadian dengan kapsyen, 

   “Where are you? Haven’t heard from you. Hope you made it home safe.” 

    Tali pinggang yang dipakai oleh Cheyenne dalam gambar itu didapati sama dengan tali pinggang  yang telah ditemui di lokasi kejadian. 


5. ASHLEIGH WADE

    Pada bulan November 2015, seorang wanita bernama Asleigh Wade telah mengajak rakannya iaitu Angelikque Sutton datang ke rumahnya. Tanpa diduga, Angelikque yang sedang sarat mengandung waktu tersebut telah ditikam oleh Asleigh sebanyak lebih daripada 20 kali. Lagi ngeri apabila Asleigh sanggup membelah perut Angelikque bagi mengambil bayi yang dikandung oleh rakan baiknya itu. Selesai berbuat sedemikian, Asleigh terus pergi berjumpa teman lelakinya bagi untuk memberitahu bahawa dia baru saja melahirkan anak. 

    Asleigh yang didapati bersalah atas  pada tahun 2017 telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup. Sementara itu,  bayi Angelikque yang terselamat dalam kejadian ngeri tersebut kini tinggal bersama bapanya. 


4. JESSICA KUMALA WONGSO

    Pernahkah anda membaca kisah pembunuhan yang telah menggemparkan negara Indonesia pada tahun 2016? 

    Mangsa yang bernama Warya Mirna Salihin telah dibunuh oleh rakan baiknya sendiri iaitu Jessica Kumala Wongso. Seperkara yang perlu diketahui, mereka berdua merupakan berasal daripada keluarga yang kaya. Mirna mati selepas meminum kopi ais Vietnam yang dibubuh oleh Jessica dengan racun sianida. Menyedihkan, Mirna baru sahaja mendirikan rumah tangganya ketika itu. 

    Motif pembunuhan dilaporkan berpunca daripada Jessica berasa cemburu dengan kehidupan bahagia yang dimiliki oleh Mirna. Sewaktu perbicaraan kes, Jessica kerap tersenyum serta tergelak apabila diajukan soalan tentang kematian Mirna. Jessica yang didapati bersalah telah menerima hukuman penjara selama 20 tahun.

    Kisah penuh tentang Jessica ini boleh dibaca di sini.



3. RACHEL SHOAF DAN SHELIA EDDY

    Pada 6 Julai 2012, seorang gadis remaja berusia 16 tahun yang bernama Skylar Annette Neese dilaporkan telah hilang. Lima bulan berikutnya, barulah mayat Skylar ditemui. Cuma apa yang benar-benar mengejutkan adalah Skylar telah dibunuh oleh dua rakan orang baiknya sendiri iaitu Rachel Shoaf dan Shelia Eddy. 

    Skylar dan Shelia berkawan rapat sejak dari kecil lagi. Memasuki alam persekolahan menengah, mereka berdua mula berkenalan dengan Rachel dan seterusnya menjadi tiga sekawan yang tidak dapat dipisahkan. Namun lama-kelamaan hubungan persahabatan mereka itu menjadi semakin keruh. 

    Pada satu malam, Skylar menyelinap keluar dari rumahnya untuk keluar bersama Shelia dan Rachel. Malang untuk Skylar apabila Shelia dan Rachel bertindak untuk menikamnya sehingga mati dengan 50 kesan tikaman, sesuatu yang sudah lama dirancang. Motif pembunuhan tersebut hanyalah disebabkan perkara yang remeh iaitu Shelia dan Rachel sudah lagi tidak menyukai Skylar. Menerusi perbicaraan kes, Shelia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup manakala Rachel pula dipenjarakan selama 30 tahun. 

    Kisah penuh tentang mereka ini boleh dibaca di sini.


2. ERANDY ELIZABETH GUTIERREZ

    Pada tahun 2014, seorang gadis remaja Mexico berusia 16 tahun iaitu Erandy Elizabeth Gutierrez telah bertindak untuk menikam rakan baik yang seusia dengannya iaitu Anel Baez sebanyak 61 kali tikaman sehingga mati. Punca pembunuhan itu adalah disebabkan Erandy berasa bengang dengan tindakan Anel yang telah memuat naik foto seksi mereka berdua di laman Facebook. Beberapa minggu sebelum kejadian, Erandy dilaporkan ada melakukan ciapan Tweeter yang berbaur ugutan untuk membunuh Anel. 

    Biarpun didapati bersalah, Erandy hanya dipenjarakan selama tiga tahun sebelum kembali dibebaskan pada tahun 2017.


1. DANIEL WOZNIAK 

    Pada 21 Mei 2010, Daniel Wozniak yang juga merupakan seorang pelakon teater telah menembak mati rakan baiknya sendiri iaitu Samuel Herr disusuli dengan rakan kepada Samuel yang bernama Julie Kibuishi. Lagi kejam apabila Daniel bertindak untuk mengerat kepala dan tangan Sam yang kemudiannya disimpan di dalam loteng teater. Motif pembunuhan Daniel dilaporkan berpunca daripasa masalah kewangan yang telah dihidapinya. Selepas selesai merencanakan niat jahatnya, Daniel telah mencuri kad wang atm milik Sam demi kepentingan peribadi.

    Menerusi perbicaraan mahkamah, Daniel pada awalnya membuat pengakuan tidak bersalah. Namun demi keadilan mangsa, pihak juri tetap memutuskan bahawa Daniel didapati bersalah atas dua kesalahan membunuh. Susulan sabitan itu, Daniel telah dijatuhkan hukuman mati pada bulan September 2016.

    Kisah penuh tentang Daniel Woznial boleh dibaca di sini.

Catat Ulasan for "ENAM KISAH MANGSA PEMBUNUHAN YANG DIBUNUH OLEH RAKAN BAIK SENDIRI"