KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM SERAM VERONICA
Pernah menonton filem seram di Netflix yang berjudul Veronica (2017)? Ada yang kata filem itu memang menyeramkan. Ada yang kata biasa sahaja. Bahkah ada juga yang kata langsung tidak menyeramkan. Tidak kisah sejauh mana keseramannya, cukuplah untuk diketahui bahawa filem Veronica ini adalah inspirasi dari kejadian sebenar paranormal yang pernah berlaku di Madrid, Sepanyol pada sekitar tahun 1990an. Kisah yang digelar sebagai kes Vallecas ini merupakan kes fenomena paranormal pertama yang telah dimasukkan ke dalam butiran siasatan laporan rasmi oleh pihak polis.
Kisahnya bermula dengan seorang gadis remaja bernama Estefania Gutierrez Lazaro yang begitu obses terhadap permainan yang berunsurkan fenomena ghaib. Satu hari, Estefania bersama dua orang lagi kenalannya telah bermain papan Ouija untuk menyeru roh bekas teman lelaki rakannya yang meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Namun pada kemudiannya, ritual tersebut diganggu oleh guru Estefania. Malah, Estefania dilaporkan telah tertelan asap dari gelas yang mereka gunakan itu untuk bermain papan Ouija berkenaan.
Estefania Gutierrez Lazaro |
Tidak lama selepas kejadian tersebut, Estefania dilaporkan mula mengalami insomnia, halusinasi dan serangan sawan. Kadang-kadang dia menjerit tanpa bersebab. Dari hari ke hari, keadaannya semakin teruk. Ada kala Estefania memberitahu ibu bapanya tentang kewujudan roh jahat yang sering berjalan di dalam biliknya pada waktu malam.
Ibu bapa Estefania yang berasa semakin risau kemudian telah membawa anak mereka itu ke hospital berlainan tempat bagi mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, kesemua doktor yang terlibat dalam rawatan tersebut gagal untuk mendiagnos penyakit sebenar yang dialami oleh Estefania. Hinggalah beberapa bulan berikutnya, Estafania akhirnya telah meninggal dunia. Punca kematiannya adalah tidak jelas sama sekali, hanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Dari sudut lain, ibu bapa Estefania mengesyaki kematian Estefania adalah akibat berpunca daripada permainan papan Ouija yang telah dimainkan bersama rakan-rakannya sebelum ini. Sangkaan itu ada kebenarannya apabila rumah keluarga Estafania mula mengalami gangguan aneh seperti bisikan suara halus, ketukan dinding dan lampu terpasang serta tertutup dengan sendiri. Bukan setakat keluarga Estafania diganggu, pihak polis yang melakukan pemeriksaan turut mengalami perkara sama. Sama ada benar atau sebaliknya, foto Estafania yang digantung di ruang tamu dikatakan pernah terbakar tanpa diketahui puncanya. Semua gangguan tersebut dilaporkan berakhir selepas keluarga Estafania berpindah rumah. Penghuni baru pula tidak pernah melaporkan apa-apa kejadian yang menyeramkan.
Sumber gambar : Pixabay |
Menurut Paco Plaza yang juga merupakan pengarah filem Veronica, ideanya untuk menghasilkan filem terbabit adalah kerana kes Vallecas begitu popular di Speanyol. Menerusi satu wawancaranya sewaktu Toronto International Film Festival, Paco memberitahu,
"In Spain it’s very popular. Because it is, as we say in the film, the only time a police officer has said he has witnessed something paranormal, and it’s written in a report with an official police stamp. But I think when we tell something, it becomes a story, even if it’s in the news. You only have to read the different newspapers to know how different reality is, depending on who’s telling it."
Setakat ini, filem Veronica telah mendapat undian markah sebanyak 6.2/10 di laman IMDb dan 90% oleh Rotten Tomatoes.
Catat Ulasan for "KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM SERAM VERONICA"