Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH EDMUND KEMPER : Psikopat Gergasi Paling Gila


  Edmund Emil Kemper III dilahirkan pada 11 Disember 1948 di Burbank, California, Amerika Syarikat. Dia juga merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Bapanya iaitu Edmund Emil Kemper II adalah seorang veteran tentera Perang Dunia Kedua. Ibu Edmund bernama Clarnell Elizabeth Kemper pula seorang kaki alkohol yang begitu ganas. Hubungan ibu bapa Edmund begitu keruh sekali. Dalam erti kata lain, kehidupan rumah tangga antara mereka berdua langsung tidak bahagia. Bapa Edmund pernah berkata, 

“suicide missions in wartime and the later atomic bomb testings were nothing compared to living with Clarnell.

    Selain itu, Edmund lebih rapat dengan bapanya memandangkan dia sendiri kerap menjadi mangsa hinaan dan makian oleh ibunya.

    Edmund mula bertingkah laku pelik sejak dari kecil lagi. Dia bukan saja setakat memotong kepala dan tangan patung mainan kakaknya bahkan pernah memenggal kepala kucing belaan keluarga mereka. Edmund juga sering mengajak adik-beradiknya untuk bermain permainan aneh berkait dengan kematian seperti "Electric Chair" dan "Gas Chamber". Paling psiko, dia mempunyai rekod menghendap seorang guru perempuan sekolahnya dari luar rumah guru tersebut sambil memegang bayonet. 

    Bayangkan pada usia Edmund 14 tahun, ketinggiannya sudah pun mencecah 193 sentimeter. Disebabkan itu, dia telah dipaksa oleh Clarnell untuk tidur di bilik bawah tanah kerana dikhuatiri akan mencederakan adik-beradiknya. Waktu ini, Clarnell dikatakan sudah mula berasa takut dengan anak lelakinya itu. Walau bagaimanapun, Clarnell tetap menghemburkan kata-kata kesat terhadap Edmund secara berterusan. Clarnell siap memerli Edmund bahawa tiada seorang wanita pun yang akan mencintainya. 

    Ibu bapa Edmund berpisah pada tahun 1957. Selepas bapanya keluar dari rumah mereka, Edmund semakin tertekan untuk terus tinggal bersama Clarnell. Hinggalah satu hari, Edmund telah melarikan diri dari rumah untuk menetap dengan bapanya yang sudah pun berkahwin lain. Malangnya, kehadiran Edmund tidak begitu disenangi oleh ibu tirinya. Jadi, dia pun dihantar oleh bapanya untuk tinggal bersama dengan datuk serta neneknya. 

    Pada 27 Ogos 1964, Edmund yang berusia 15 tahun telah bertengkar dengan neneknya di ruang dapur. Akibat begitu marah, Edmund kemudian pergi mengambil senapang lalu menembak mati neneknya sebanyak tiga kali di bahagian kepala. Datuk Edmund juga menerima nasib sama apabila ditembak sebaik saja tiba halaman masuk rumahnya. Dia dibunuh kerana Edmund enggan datuknya itu mengetahui tentang kematian isterinya. Selepas pembunuhan tersebut, Edmund bertindak untuk menelefon ibunya bagi memberitahu apa yang telah berlaku. Dia kemudian disuruh oleh ibunya untuk melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis. Maka Edmund pun benar-benar melakukan perkara itu. Apabila dia ditanya oleh penyiasat berhubung motif pembunuhannya, Edmund menjawab, 

    "I just wondered how it would feel to shoot grandma."


   Edmund yang seterusnya ditangkap diletakkan bawah tahanan California Youth Authority. Di situ, dia yang didiagnos mengidap paranoid skizofrenia telah menjalani beberapa jenis ujian di mana hasil keputusan menunjukkan level IQnya dikategorikan sebagai sangat pintar. Edmund kemudian dihantar ke Atascadero State Hospital iaitu tempat tahanan khas untuk pesalah yang mempunyai masalah mental. 

    Bulan Disember tahun 1969, Edmund yang kini berusia 21 tahun dengan ketinggian 205 sentimeter akhirnya dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia tetap berada di bawah pemantauan psikiatri dalam kategori bekas pesalah berisiko rendah. Edmund juga dinasihatkan untuk tidak lagi tinggal bersama dengan ibunya berikutan kisah lampau yang berkemungkinan akan menghantuinya semula. Dia benar-benar mematuhi nasihat itu apabila rela hidup seorang diri tetapi akan kembali pulang ke rumah ibunya apabila kehabisan wang perbelanjaan. Edmund yang digelar sebagai "Big Ed" turut berkawan rapat dengan anggota polis. Seperkara lagi yang perlu diketahui, dia pernah ditolak untuk menyertai pasukan polis hanya gara-gara ketinggian badannya. 

    Siri pembunuhan Edmund bermula pada tahun 1972 dengan menjadikan dua orang wanita penuntut universiti yang ditemuinya di jalanan sebagai mangsa terawal. Mary Ann Pesce serta Anita Luchessa yang menerima pelawaan tumpangan kereta daripada Edmund telah dibawa ke sebuah kawasan hutan sebelum dicekik dan ditikam. Selepas merogol mayat Mary dan Anita, Edmund telah membuang mayat mereka yang tidak berkepala di sebuah kawasan lembah. Tahun yang sama, seorang pelajar tarian Korea berusia 15 tahun bernama Aikoo Koo turut menerima nasib sama seperti Mary dan Anita. 

    Edmund yang tidak pernah puas seterusnya membunuh tiga orang lagi pelajar wanita yang ditemuinya di kawasan kampus. Malah kepala daripada salah seorang mangsa tersebut telah ditanam di kawasan rumah ibunya. 

Mangsa pembunuhan Edmund Kemper

    Pembunuhan paling dahsyat yang dilakukan oleh Edmund adalah membunuh ibunya sendiri dengan cara hentakan tukul semasa sedang tidur. Menjijikkan apabila Edmund melakukan seks o**l terhadap kepala ibunya yang telah dipenggal itu. Ekoran berasa geram dengan makian yang diterimanya selama bertahun-tahun, Edmund mengerat lidah dan mengeluarkan peti suara ibunya untuk dibuang ke dalam tong sampah. 

    Tidak lama selepas itu, Edmund telah menjemput seorang rakan baik ibunya untuk datang ke rumahnya. Dijemput hanya untuk satu sebab, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk dibunuh. Selesai kerjanya, Edmund akhirnya membuat keputusan menghubungi pihak polis untuk membuat pengakuan pembunuhan berantai yang telah dilakukannya. 

    Pada mulanya, pihak polis tidak mengambil serius tentang pengakuan yang dibuat oleh Edmund. Namun setelah dia mendedahkan motif pembunuhan termasuklah memberitahu bukti penting seperti lokasi mayat, barulah polis benar-benar mempercayainya. 

    Susulan penahanannya, Edmund telah didakwa atas lapan pertuduhan membunuh. Meskipun dia meminta untuk dijatuhkan hukuman mati, Edmund akhirnya dihukum tujuh hukuman penjara seumur hidup. Dia yang kini meringkuk di Penjara Perubatan California sering menerima wawancara daripada wartawan dan pihak berkuasa secara sukarela. Kisah Edmund Kemper pernah difilemkan ke dalam siri popular Netflix iaitu Mindhunter.

1 ulasan for "KISAH EDMUND KEMPER : Psikopat Gergasi Paling Gila"