Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KELUARGA BEVER : Dua adik beradik lelaki yang Psiko

Michael (kiri), Robert (kanan)

    Pada malam 22 Julai 2015, pasangan dua adik beradik yang bernama Michael Bever (16 tahun) dan Robert Bevert (18 tahun) telah bertindak untuk membunuh dengan kejam lima orang anggota keluarga mereka di rumah mereka sendiri. 

    Mangsa yang terkorban adalah David Bever (bapa, 52 tahun) yang telah ditikam sebanyak 28 kali, April Bever (ibu, 44 tahun) ditikam 48 kali, Daniel Bever (12 tahun) ditikam 9 kali, Christopher Bever (7 tahun) ditikam 6 kali dan Victoria Bever (5 tahun) ditikam 18 kali. Hampir semua mangsa ditikam pada bahagian kepala, leher dan badan. Dua lagi anggota keluarga mangsa iaitu Crystal Bever (13 tahun) dan Autumn Bever (2 tahun) terselamat dengan Crystal sempat diselamatkan biarpun mengalami kecederaan parah manakala Autumn pula tidak diapa-apakan. 


    Pembunuhan itu bermula apabila Michael mengumpan Crystal untuk datang ke bilik tidurnya konon ada benda di komputer yang ingin ditunjukkan. Setelah Crystal masuk dalam bilik berkenaan, lehernya telah dikelar oleh Robert. Mendengar bunyi jeritan Crystal, April yang terjaga dari tidur bergegas untuk naik ke tingkat atas. Dia kemudian mati akibat menjadi mangsa tikaman Robert. Begitu juga dengan nasib David selepas Robert telah menikamnya bertubi-tubi. Mangsa berikutnya adalah adik mereka yang masih kecil iaitu Christopher dan Victoria. Sementara itu, Daniel yang bersembunyi di dalam bilik sempat untuk menghubungi talian kecemasan 911. Dia bagaimanapun dibunuh selepas membuka pintu bilik akibat terpedaya dengan lakonan Michael yang berpura-pura kononnya turut dikejar oleh Robert.  Si bongsu iaitu Autumn terselamat berikutan ketibaan pihak polis yang telah tiba tepat pada waktunya. Michael dan Robert yang mendengar bunyi siren kereta polis pantas bertempiaran melarikan diri ke dalam hutan yang berdekatan. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan mereka berdua. 

    Motif pembunuhan Michael dan Robert dikatakan berpunca daripada kehidupan mereka yang sering dikongkong dan didera oleh ibu bapa mereka itu. Mereka semua dikatakan hanya belajar di rumah dan tidak dibenarkan untuk bergaul dengan jiran di sekeliling rumah. Dalam erti kata lainnya, tiada sebarang kebebasan untuk semua anak-anak keluarga Bever. Sewaktu sesi soal siasat, Robert dilaporkan ketawa semasa bercerita tentang apa yang dia telah lakukan. Rancangan asal pembunuhan Michael dan Robert adalah untuk mengerat mayat anggota keluarga mereka terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam loteng. Selain itu, mereka berdua juga ada merancang untuk menembak orang awam secara rambang selepas waktu kejadian dengan menyasarkan seramai 50 orang mangsa. Percaya atau tidak, idola kepada dua adik beradik tersebut adalah Eric Harris dan Dylan Klebold yang merupakan pelaku dalam insiden kejadian tembakan Columbine High School massacre 1999. Seorang lagi yang Michael dan Robert minati merupakan seorang lelaki bernama James Eagan Holmes iaitu individu yang telah menembak mati seramai 12 orang di sebuah pawagam pada tahun 2012 ketika tayangan filem The Dark Knight Rises.


    Seperkara lagi yang perlu diketahui, Robert sudah berniat untuk membunuh keluarganya sejak dari usia 13 tahun lagi. Hanya beberapa tahun kemudian, barulah dia mengetahui bahawa Michael juga menyimpan niat yang sama. Jadi, Robert dan Michael yang begitu obses untuk melakukan pembunuhan mengimpikan akan terbitnya artikel tentang kisah mereka berdua. Tidak hairanlah pada sebelumnya Robert sanggup menghabiskan wang hanya semata-mata untuk membeli senjata seperti pisau dan pistol. 

    Menerusi keputusan perbicaraan kes pada akhirnya menyaksikan Robert dan Michael yang didapati bersalah telah dijatuhkan lima hukuman penjara seumur hidup. Sewaktu berada dalam penjara, Robert dilaporkan pernah melakukan percubaan untuk membunuh diri. Namun, dia sempat untuk diselamatkan oleh pengawal penjara. Berhubung dengan Crystal dan Autumn, mereka berdua kini dilaporkan dalam jagaan keluarga angkat.

2 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KELUARGA BEVER : Dua adik beradik lelaki yang Psiko"

  1. Allahu..manusia ke apa dorg ni..xde hati perut langsung..ni la agknye yg dipanggil syaitan bertopengkan manusia..syukur la si david sempat call 911 walaupon dia pon jd mangsa jugak akhirnye😭kalau tak..tak tau la brpe ramai yg bakal jadi mangsa kekejaman dorg ni..nauzubillahiminzalik..

    BalasPadam
  2. πš™πšŽπš—πšπšŽπš›πšŠπšŠπš— πš–πšŽπš—πšπšŠπš• πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ πš’πš‹πšžπš‹πšŠπš™πšŠ πš–πšŽπš›πšŽπš”πšŠ πšœπšŽπš“πšŠπš” πšπšŠπš›πš’ πš”πšŽπšŒπš’πš• πš–πšŽπš—πš“πšŠπšπš’ πšπšŠπš”πšπš˜πš› πšžπšπšŠπš–πšŠ πš’πšŠπš—πš πš–πšŽπš—πš’πšžπš–πš‹πšŠπš—πš πš”πšŽπš™πšŠπšπšŠ πš”πšŠπš“πšŠπšπš’πšŠπš— πš“πšŽπš—πšŠπš’πšŠπš‘ πš’πš—πš’.π™°πš–πš‹πš’πš• πš™πšŽπš—πšπšŠπš“πšŠπš›πšŠπš— πš’πšŠπš—πš πš‹πšŽπš›πšπšžπš—πšŠ πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ πš”πšŽπšœ πš’πš—πš’.

    BalasPadam