Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ISSEI SAGAWA : Manusia Kanibal yang Menjadi Selebriti


    Bila disebut tentang pembunuhan kanibal, nama siapa yang terlintas dekat fikiran korang? Adakah Jeffrey Dahmer si pembunuh bersiri? Adakah Vince Li yang juga merupakan pelaku utama insiden bas kanibal nombor 1170? Atau mungkinkah psikopat daripada karakter novel iaitu Dr. Hannibal Lecter? Namun pernahkah anda mendengar nama Issei Sagawa, manusia kanibal dari Jepun yang masih lagi bebas hingga pada hari ini. 

    Issei Sagawa yang dilahirkan pada tahun 1949 ini merupakan berasal dari golongan keluarga berada. Kecenderungan Issei untuk menjadi sebagai seorang manusia kanibal sebenarnya sudah bermula sejak dia dari kecil lagi. Apabila umur Issei kian meningkat dewasa, keinginannya untuk memakan daging manusia semakin menjadi-jadi. Sememangnya itulah impian besar Issei. Dia hanya menunggu masa untuk benar-benar melakukan perkara tersebut. Seperkara lagi perlu diketahui, Issei juga memiliki nafsu fantasi seks yang sangat pelik.


    Pada tahun 1977, Issei yang berusia 27 tahun ketika itu telah pergi ke Perancis bagi menyambung pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang kesusasteraan di Paris-Sorbonne University. Lima tahun sebelum itu, Issei sebenarnya pernah ditangkap oleh pihak berkuasa Jepun selepas dia memecah masuk sebuah apartment yang didiami oleh seorang gadis muda warganegara Jerman. Niatnya tidak lain tidak bukan untuk merogol lalu memakan badan gadis tersebut. Cubaan itu bagaimanapun gagal selepas disedari oleh gadis Jerman berkenaan. Biarpun berjaya ditangkap dan kemudian didakwa, Issei dibebaskan semula dengan bantuan bapanya.

    Hinggalah tarikh 11 Jun 1981, Issei telah mempelawa rakan sekelas wanita yang berasal dari Belanda iaitu Renee Hartevelt untuk datang ke apartmentnya bagi menyiapkan tugasan. Tanpa Renee sedari adalah dia akan menjadi mangsa pembunuhan Issei. Renee telah ditembak oleh Issei dengan senapang sewaktu dia sedang membaca puisi. Issei kemudian merogol mayat Renee sebelum memotong bahagian tertentu untuk disimpan serta dimasak lalu dimakannya. Bahagian yang dimaksudkan adalah seperti muka, payu dara, paha, bibir dan lain-lain. Selesai melakukan aksi kanibal, Issei seterusnya memasukkan mayat Renee yang sudah dipotong tersebut ke dalam dua beg bagasi besar untuk dibuang ke sebuah kawasan taman awam. Namun selepas beg itu ditemui, pihak polis Perancis tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan penangkapan terhadap Issei.

Renee Hartevelt

    Kes tidak selesai begitu sahaja. Issei yang ditahan selama dua tahun telah diperiksa oleh psikologi. Harus diingatkan, bapa Issei adalah seorang yang kaya. Jadi, dia telah mengupah peguam yang sangat hebat untuk menyelesaikan kes Issei. Kesudahannya, Issei yang disahkan tidak waras didapati tidak bertanggungjawab atas pembunuhan Renee. Walau bagaimanapun, dia tetap diperintahkan untuk menjalani hukuman tahanan di institusi mental. 

    Kes Issei telah mendapat perhatian orang ramai selepas kisahnya disiarkan oleh seorang penulis dari Jepun yang pernah mengunjunginya iaitu Inuhiko Yomota. Berikutan nama Issei yang menjadi semakin popular, pihak Perancis akhirnya menghantar dia untuk pulang semula ke Jepun. Cuma apa yang benar-benar mengejutkan ramai pihak adalah hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pihak perubatan Jepun terhadap Issei telah mendapati dia sebenarnya seorang yang waras. Bagaimanapun, pihak berkuasa Jepun tidak dapat berbuat apa-apa berhubung dengan pertuduhan kes Issei memandangkan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan Perancis. Rentetan itu, Issei telah diisytiharkan bebas sepenuhnya. Satu keputusan kontroversi yang mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. 


    Selepas pembebasannya, Issei yang bergelar sebagai penulis buku telah menerima pelbagai jemputan untuk menjadi penceramah. Namun semua tersebut tidak berkekalan lama kerana dia mula dipinggirkan orang ramai bermula pada sekitar tahun 2000. Issei terpaksa bergelut untuk mencari pendapatan bagi menampung hidupnya. Bahkan, dia tidak dibenarkan bagi menghadiri majlis pengkebumian ibu bapanya. Menerusi satu wawancara Issei bersama dengan majalah Vice, dia menyatakan bahawa hidup sebagai seorang pembunuh kanibal yang dikenali umum adalah satu hukuman yang sangat berat. Issei yang kini dilaporkan mengalami masalah kesihatan telah tinggal seorang diri dengan hanya bergantung daripada bantuan adiknya dan orang ramai untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan.

Catat Ulasan for "KISAH ISSEI SAGAWA : Manusia Kanibal yang Menjadi Selebriti"