DEMI DERMA, YOUTUBER POPULAR BUNUH KEKASIH SECARA LIVE
Stas dilaporkan telah memaksa Valentina Grigoryeva untuk berdiri di luar rumah dengan hanya berpakaian seluar dalam di mana cuaca berada pada tahap yang begitu sejuk. Stas melakukan hal tersebut selepas menerima bayaran sebanyak $1000 daripada para penonton yang memintanya melakukan penderaan terhadap Valentina.
Selepas menyedari Valentina berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di luar rumah, Stas tidak mematikan rakaman. Menerusi rakaman yang masih bersiaran langsung itu, kedengaran suara Stas berkata,
Valentina Grigoryeva |
"Valya, adakah awak masih hidup?"
"Sayangku, kenapa dengan awak?"
"Valya! Valya! Awak kelihatan seperti sudah mati."
"Sayang... cepat beritahu saya sesuatu. Saya risau. Aduh... saya tak dapat rasa degupan jantungnya."
"Korang... tiada denyutan. Muka dia pucat. Dia sudah tidak bernafas."
"Saya cintakan awak!"
Dalam satu video secara langsung pada waktu sebelumnya, Stas dikatakan ada menyembur Valentina dengan penyembur lada. Selain itu, Valentina juga didakwa pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kesan lebam di mukanya akibat dipukul.
Sementara itu, pihak Youtube mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terkejut dengan insiden berkenaan serta menegaskan video kejam sedemikian adalah tidak dapat untuk diterima. Menurut mereka lagi, akaun pelaku telah pun ditamatkan serta merta. Namun pihak Youtube menafikan video asal kejadian itu telah bersiaran langsung melalui Youtube serta pada masa sama membuang video yang dimuatnaik semula oleh pihak-pihak berkepentingan.
The Sun |
Walau bagaimanapun, ramai saksi mendakwa telah melihat video kejadian tersebut menerusi Youtube. Namun apa yang pasti, Stas menggunakan platform lain untuk meraih derma secara dalam talian.
Catat Ulasan for "DEMI DERMA, YOUTUBER POPULAR BUNUH KEKASIH SECARA LIVE"