Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH ANAK SENDIRI KERANA "KUASA LUAR BIASA"


     India – Dua orang wanita yang juga merupakan pasangan adik beradik telah menjadi mangsa pembunuhan oleh ibu bapa mereka sendiri.

    Ibu bapa mangsa yang bernama V Padmaja dan V Purushotham Naida dipercayai melakukan pembunuhan itu kerana percaya mereka mempunyai kuasa luar biasa untuk membangkitkan semula anak mereka daripada kematian. Berita tempatan juga melaporkan pasangan suami isteri tersebut mendakwa telah menerima perintah daripada Tuhan bagi mengorbankan nyawa anak mereka.

    Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang dikenalpasti sebagai Alekya (27 tahun) dan Sai Divya (22 tahun) telah akibat ditikam dengan trisula dan dipukul menggunakan pemberat besi. Sewaktu pihak polis tiba di lokasi kejadian, V Padmaja dan V Purushotam memberitahu pihak polis untuk menunggu sehingga lewat tengah malam kerana anak mereka akan hidup semula. Selain menemui beberapa alat ritual, pihak polis mengesyaki suami isteri itu sedang mengalami delusi berdasarkan percakapan dan kelakuan mereka. Walau bagaimanapun, siasatan menyeluruh sedang dijalankan. Ini termasuklah merungkai persoalan bagaimana dan bila kejadian pembunuhan tersebut berlaku.

   Sementara itu, mayat Alekya dan Sai Divya telah pun dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat selanjutnya. V Padmaja dan V Purushotham yang kini dalam tahanan oleh pihak polis akan dipantau oleh pakar psikiatri. 

Catat Ulasan for "BUNUH ANAK SENDIRI KERANA "KUASA LUAR BIASA""