Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KEADILAN UNTUK CHRISTINE DACERA


    FILIPINA - Seorang pramugari cantik iaitu Christine Angelica Dacera (23 tahun) telah ditemui mati di dalam sebuah hotel yang terletak di Makati, Filipina pada sambutan tahun baru beberapa hari yang lepas. Mangsa yang tidak sedarkan diri telah ditemui di dalam tab mandi oleh rakannya yang bernama Rommel Galida. Berdasarkan laporan awal, Christine telah dibawa ke klinik hotel dan sempat diberikan bantuan pernafasan mulut namun tiada sebarang tindak balas yang diberikan. Dia kemudian bergegas dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Punca sebenar kematian Christine kini masih dalam siasatan.

    Maklumat lain, pihak polis telah pun menahan seramai 11 orang lelaki yang adda bersama Christine pada waktu sebelum kematiannya. Daripada 11 orang lelaki tersebut, Christine hanya mengenali tiga orang daripada mereka. Christine disyaki telah dirogol berdasarkan kesan air mani dan luka pada bahagian kemaluannya. Selain itu, terdapat juga kesan calar serta lebam pada tubuh badannya.

   Sementara itu, media sosial kini dibanjiri dengan tanda pagar #justiceforchristinedacera. Menerusi Instagram Christine yang menggunakan nama xtinedacera, kali terakhirnya memuatnaik gambar adalah pada 28 Disember lepas dengan kapsyen “Last flight for this one helluva year”. Dalam gambar tersebut, dia memakai pakaian perlindungan diri sambil bersandar pada pintu masuk kapal terbang. 

Catat Ulasan for "KEADILAN UNTUK CHRISTINE DACERA "