Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ARTHUR SHAWCROSS : Psikopat Gila Seks Paling Gila

Arthur Shawcross sewaktu muda

    Arthur Shawcross yang dilahirkan pada 6 Jun 1945 adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Pada asalnya, keluarga Arthur menetap di Kittery, Maine namun kemudian berpindah ke Watertown, New York. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Arthur yang merupakan seorang pendiam dikatakan pernah didera secara seksual oleh ibunya sendiri. Selain itu, dia juga didakwa mengalami paksaan melakukan seks oral bersama ibu saudaranya. Malah ada cerita yang mengatakan Arthur menjalinkan hubungan seks dengan adik perempuannya. Walau bagaimanapun, semua dakwaan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan tiada sebarang bukti untuk mendukung perkara berkenaan. Seperkara perlu diketahui, Arthur mempunyai level IQ sangat rendah hingga memaksanya untuk diberhentikan dari alam persekolahan.

    Pada usia 19 tahun, Arthur menyertai pasukan tentera Amerika Syarikat di mana waktu kemudian namanya tersenarai sebagai salah seorang anggota yang bertempur di negara Vietnam. Sepanjang berada di Vietnam, Arthur mendakwa dia telah merogol, membunuh dan memakan dua orang wanita. Dakwaan lain, seramai 39 orang mangsa dibunuh oleh Arthur secara kombat. Sepertinya, Arthur adalah seorang yang benar-benar kejam. Namun, sekali lagi semua cerita tentang Arthur itu diragui kebenarannya kerana tiada sumber yang kukuh. Berhubung dengan kehidupan peribadinya, Arthur pernah berkahwin sebanyak kali. Keempat-empat perkahwinan  tersebut telah berakhir dengan penceraian disebabkan sikap panas baran Arthur.

    Tahun 1972, Arthur menculik anak lelaki jirannya yang berusia 10 tahun iaitu Jack Blake. Jack telah diumpan masuk ke dalam hutan sebelum diserang secara seksual dan dicekik sampai mati. Beberapa bulan berikutnya, mayat seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang bernama Karen Ann Hill pula ditemui di bawah sebuah jambatan. Karen dipercayai telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh. Menerusi siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, Arthur dipercayai sebagai individu terakhir yang dilihat keluar bersama Jack serta Karen. Arthur yang kemudian ditahan telah membuat pengakuan tentang kedua-dua pembunuhan tersebut. Berdasarkan bukti yang sedia ada, Arthur hanya didakwa atas pertuduhan membunuh Karen. Dia yang mengaku bersalah dalam perbicaraan telah dihukum penjara selama 25 tahun.

Mangsa-mangsa Arthur

    Satu kejutan besar apabila Arthur kembali dibebaskan hanya selepas 15 tahun meringkuk di penjara kerana dilaporkan berkelakuan baik.  Dia seterusnya cuba untuk menetap di sekitar kawasan New York tetapi kerap dipulau oleh penduduk setempat ekoran statusnya sebagai seorang pembunuh sebelum ini telah terbongkar. Masalah penempatan Arhur itu bagaimanapun selesai selepas dia mendapat pertolongan daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk memadam rekod jenayahnya.

    Dari bulan Mac 1988 hingga Disember 1989, pihak polis telah menemui seramai 12 mayat wanita di Monroe County yang rata-ratanya merupakan pelacur. Hampir kesemua daripada mereka mempunyai kesan cekikan pada leher dan gigitan di bahagian kemaluan. Ngeri serta jijik, pembunuh yang digelar oleh pihak media sebagai The Genesee River Killer tersebut disyaki kembali ke lokasi pembunuhan pada waktu tertentu selepas kejadian untuk memotong badan mayat yang sudah mereput lalu memakannya.

    Merujuk kepada petunjuk kes, pihak berkuasa seterusnya mengemukakan teori awal bahawa The Genesee River Killer adalah seorang bekas tentera yang mempunyai rekod jenayah. Pemeriksaan terhadap rekod penduduk setempat juga dibuat tetapi tidak membantu perkembangan siasatan. Harus diingatkan, rekod jenayah Arthur telah dipadamkan. Jadi, usaha pemburuannya kekal menemui jalan buntu. Siasatan kemudian tertumpu di kawasan pelacuran yang dikenalpasti menjadi tempat sasaran pembunuh. Hasil soal siasat terhadap pelacur, kebanyakan daripada mereka telah memberitahu kewujudan seorang lelaki bernama Mike atau Mitch yang digambarkan sebagai seorang lelaki berperangai panas baran.

Arthur bersama anak (kiri) dan cucunya (kanan)

    Arthur telah berjaya ditangkap sewaktu pihak berkuasa melakukan operasi pencarian secara besar-besaran mangsanya yang kedua belas iaitu Felicia Stephens. Apa yang berlaku kemudian adalah pasukan pencarian helikopter dari udara telah berjaya mengesan mayat seorang wanita yang dikerat dua terbaring di sebatang sungai dalam kawasan hutan. Pada masa sama, Arthur dikesan sedang berdiri bersebelahan dengan van putih miliknya di atas sebuah jambatan. Waktu berkenaan, dia dipercayai samada sedang kencing atau beronani. Menyedari kehadiran pihak polis, Arthur cuba untuk melarikan diri namun cubaannya tersebut gagal apabila berjaya dikejar sebelum ditangkap.

    Selepas disoal siasat selama berjam-jam, Arthur telah membuat penafian terhadap penglibatannya dalam kes pembunuhan berantai pelacur itu. Dia sebaliknya lebih banyak bercerita tentang apa yang dilalui sewaktu zaman kanak-kanak dan pengalaman berperang di Vietnam. Pihak polis masih tidak berpuas hati dengan keterangan Arthur. Maka mereka bertindak untuk menahan teman wanitanya bernama Clara yang didapati telah memakai barang kemas milik salah seorang mangsa pembunuhan tersebut. Arthur yang tiba-tiba menjadi panik akhirnya mengaku bahawa dia adalah The Genesee River Killer. Menurut Arthur, dia melakukan pembunuhan itu adalah atas beberapa sebab seperti mempertahankan diri, beg duit dicuri dan suara mangsa terlampau nyaring sewaktu berhubungan seks.

    Kesudahan untuk kisah Arthur, dia yang dibicarakan akhirnya didapati bersalah atas 11 pertuduhan membunuh daripada 11 pembunuhan. Arthur pada mulanya tidak mengaku bersalah dengan alasan tidak waras disebabkan penyakit PTSD dan kecelaruan identiti yang dialaminya. Pihak juri yang tidak menerima alasan Arthur telah menghukumnya dengan hukuman penjara seumur hidup selama 250 tahun. Sebelum kematian Arthur pada tahun 2008 akibat serangan jantung, dia ada membuka mulut tentang aksi kanibal yang dilakukan terhadap mangsanya. Ini termasuklah memakan kemaluan mangsa.

Catat Ulasan for "KISAH ARTHUR SHAWCROSS : Psikopat Gila Seks Paling Gila"