MAAFKAN SAYA JEONGIN!
Baru-baru ini, Jimin BTS telah memuatnaik foto berwarna
hitam di aplikasi Weverse dengan kapsyen yang bertulis
''Jeongin-ah, maafkan saya."
Pada mulanya, peminat kumpulan BTS tertanya-tanya akan
tentang kapsyen tersebut. Namun selepas disiasat, rupa-rupanya ia berkaitan
dengan kisah kematian sadis seorang bayi perempuan berusia 16 bulan bernama
Jeongin yang telah mati dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya.
Selepas hantaran Jimin itu, tanda pagar "Maafkan saya, Jeongin" kini
menjadi tular serta trending di media sosial sebagai tanda simpati dan
kegagalan untuk melindungi bayi perempuan kecil yang malang tersebut.
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Jeongin dilahirkan pada 10 Jun 2019. Tanpa sebab yang tidak diketahui, ibu bapa kandung Jeongin telah menyerahkannya kepada keluarga lain untuk dijadikan sebagai anak angkat. Sekali pandang, ibu bapa Jeongin kelihatan seperti pasangan suami isteri muda yang baik dan bertanggungjawab.
Pada 13 Oktober 2020, Jeongin yang berusia 16 bulan ketika
itu telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Ibu bapa
angkat Jeongin ada memaklumkan bahawa anak angkat mereka sebelum itu terjatuh. Walau bagaimanapun, pemeriksaan yang
dilakukan oleh doktor telah menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh
Jeongin adalah begitu teruk sekali. Apa yang pasti, dia bukan setakat terjatuh.
Situasi sebenar adalah lebih daripada itu. Jeongin bukan setakat mengalami
pendarahan dalaman yang parah, bahkan juga organnya rosak serta bahagian tulang
termasuk tulang rusuk didapati patah. Berdasarkan semua kecederaan tersebut,
Jeongin dipercayai dibiarkan berada dalam kesakitan secara berterusan tanpa
sebarang rawatan. Lihat sendiri perbezaan gambar Jeongin di bawah. Betapa jauh
bezanya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup di pusat asuhan Jeongin pada sehari sebelum kematiannya telah menunjukkan dia berada dalam keadaan yang sangat lemah tidak bermaya. Jeongin enggan untuk berjalan dan bermain. Paling menyedihkan, Jeongin dikatakan mengalami kesukaran untuk makan kerana perutnya terlampau pedih bagi mencerna makanan berikutan kecederaan yang dialami. Satu lagi video, Jeongin sedang termenung seorang diri. Entah apa yang bermain dalam fikirannya. Tiada sebarang emosi yang ditunjukkannya. Para cikgu taska tersebut sebenarnya sudah lama mengesyaki bahawa Jeongin telah didera oleh ibu bapanya. Jangan difikir mereka cuma duduk berdiam diri. Cikgu-cikgu berkenaan sudah mengambil tindakan sepatutnya dengan melaporkan insiden penderaan itu kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak. Namun mengecewakan apabila tiada tindakan susulan yang dibuat. Paling menyakitkan hati, ibu angkat Jeongin sering memberi pelbagai alasan tentang punca kecederaan yang dialami oleh Jeongin.
Jeongin termenung seorang diri |
Hanya selepas kematiannya, barulah ibu angkat Jeongin ditahan. Cuma apa yang benar-benar mengejutkan adalah kenyataan bahawa pihak polis telah menemui 800 koleksi video penderaan Jeongin. Dalam video itu, Jeongin menangis diiringi dengan suara gelak ketawa ibu angkatnya. Sepertinya, ibu angkat Jeongin adalah seorang yang psiko. Selama ini, Jeongin dijadikan sebagai anak angkat bukan untuk dibelai-belai dan diberikan kasih sayang tetapi sebaliknya hanya semata-mata untuk didera. Bayangkan, Jeongin yang belum cukup matang dua tahun telah diperlakukan seperti binatang.
Buat masa sekarang, ibu dan bapa angkat Jeongin telah pun ditahan bagi siasatan lanjut. Mereka berdua dilaporkan masih mengaku tidak bersalah atas kematian Jeongin. Perbicaraan kes akan berjalan pada 13 Januari ini. Satu dunia kini mengharapkan keadilan untuk Jeongin dengan harapan ibu bapa angkatnya itu akan dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Catat Ulasan for "MAAFKAN SAYA JEONGIN! "