LOIS GIBSON : Pelukis Forensik Paling Hebat di Dunia
Lois Gibson |
Tahun 1971, seorang wanita berusia 21 tahun iaitu Lois Gibson yang juga merupakan seorang model dan penari tinggal di Los Angeles. Pada satu malam, rumah Lois dikunjungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai jirannya. Tanpa diduga, lelaki itu telah bertindak menyerang Lois lalu merogol dan kemudian mencekiknya. Nasib menyebelahi Lois apabila dia terselamat dalam insiden tersebut. Dia bagaimanapun mengalami trauma secara berterusan.
Kira-kira enam minggu selepas waktu insiden tersebut, Lois telah ternampak perogolnya ditahan oleh pihak polis. Bermula saat itu, dia berpegang pada prinsip bahawa keadilan harus sentiasa ditegakkan. Lois kemudian memperolehi ijazahnya dalam bidang seni forensik dari University of Texas at Austin. Setelah tamat pengajian, dia menjadi pelukis potret pelancong bagi menimba pengalaman sebelum akhirnya menerima tawaran kerja pelukis forensik untuk Jabatan Polis Houston.
Apa yang unik tentang Lois adalah bakat semula jadinya yang mampu melakar lukisan wajah penjenayah dengan tepat. Sepanjang kariernya sebagai pelukis forensik, dia dilaporkan telah membantu pihak polis menyelesaikan lebih daripada 1000 kes yang membawa kepada penangkapan ratusan suspek.
Selain itu, Lois juga merupakan penerima anugerah berprestij Guiness World Record untuk memegang rekod sebagai Most criminals positively identified due to the composites of one artist. Berkenaan dengan kehidupan peribadi Lois, dia yang turut menjadi tenaga pengajar forensik di Northwestern University sudah pun berkahwin serta mempunyai dua orang anak.
Antara lakaran forensik yang dihasilkan oleh Lois Gibson :
Sumber Gambar : Lois Gibson
Catat Ulasan for "LOIS GIBSON : Pelukis Forensik Paling Hebat di Dunia"