Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

IBU PAKSA ANAK MAKAN DAGING ANJING!

    UKRAINE – Dua orang kanak-kanak yang juga merupakan pasangan adik beradik telah berjaya diselamatkan oleh pihak polis selepas sekian lama dipaksa memakan daging anjing di rumah mereka yang dipenuhi dengan lipas.

    Pihak polis menemui Marsha (4 tahun) dan adik lelakinya berusia 2 tahun dalam keadaan menyayat hati di mana rumah pangsapuri yang didiami oleh mereka didapati begitu kotor akibat padat dengan sampah sarap. Dua adik beradik itu tinggal sekali bersama ibu mereka iaitu Lillia Granenko (30 tahun) serta ibu Lillia yang tidak didedahkan namanya. Serbuan tersebut dibuat oleh pihak polis selepas mereka mendapat aduan daripada jiran rumah mangsa.

    Menyedihkan, Marsha dan adiknya juga hidup dikelilingi dengan najis mereka sendiri memandangkan tandas di rumah berkenaan telah rosak serta terputus bekalan air berikutan masalah pembayaran bil yang tertunggak. Sewaktu serbuan dilakukan, adik Marsha didapati hanya memakai kain lampin di mana menurut  keterangan saksi ia adalah satu-satunya pakaian yang dimilikinya. Dia sempat untuk diselimutkan sebelum dihantar ke hospital bersama kakaknya bagi rawatan lanjut. Mereka berdua akan dihantar ke rumah anak yatim piatu hingga selesai perbicaraan kes.

Lipas

     Paling tidak diduga, Lillia hanya memberikan daging anak anjing terbiar kepada anak-anaknya yang kelaparan. Anjing terbiar tersebut dibunuh dalam rumah, lalu dimasak sebelum dihidangkan sebagai makanan. Aktivis haiwan yang turut berada di lokasi kejadian telah menyelamatkan empat ekor anjing yang ditemui dalam sebuah bilik berkunci. Selain itu, rumah tersebut menjadi sarang lipas dan tikus membiak.

    Sementara itu, Lillia yang mempunyai lima orang anak dengan pasangan lelaki berbeza sebelum ini dilaporkan sudah dilucutkan hak penjagaan sebagai ibu. Dua orang daripada anak-anaknya dijaga oleh bekas pasangannya manakala dua lagi diletakkan di bawah jagaan rumah yatim piatu. Lillia kini bakal berdepan hukuman sekurang-kurangnya lima tahun di penjara jika didapati bersalah atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak.

Catat Ulasan for "IBU PAKSA ANAK MAKAN DAGING ANJING!"