Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

REMAJA BERUSIA 13 TAHUN MAUT DITIKAM.

Oliver Stephen

    Empat orang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan kini ditahan kerana disyaki melakukan konspirasi pembunuhan terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Reading, England. Kesemua mereka yang ditahan adalah berusia dari 13 hingga 14 tahun.

    Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Oliver Stephen. Dia yang ditikam pada bahagian leher di sebuah padang permainan dilaporkan sudah tidak lagi bernyawa sewaktu ketibaan pihak polis. Selain itu, kejadian dilaporkan berlaku tidak jauh dari rumah mangsa. 

    Oliver dilaporkan sebagai seorang lelaki baik dan tidak bermasalah. Buat masa sekarang, keluarganya enggan memberikan sebarang kenyataan kerana terlampau dalam kesedihan dan pada masa sama, pihak polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Facebook

    Menerusi satu khabar angin yang belum jelas kesahihannya, dalang sebenar pembunuhan Oliver adalah teman wanitanya sendiri. Sebelum kejadian, Oliver dikatakan memarahi teman wanitanya kerana menghantar gambar bogel kepada lelaki lain. Apa yang berlaku kemudian, teman wanita Oliver yang berasa tidak puas hati telah menawarkan sejumlah wang untuk melihat Oliver mati. Walau apapun, motif sebenar pembunuhan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Catat Ulasan for "REMAJA BERUSIA 13 TAHUN MAUT DITIKAM."