Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA CABUL ANAK KANDUNG SENDIRI

    Indonesia : Seorang wanita berusia 43 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didapati mencabul anak lelaki kandungnya yang berusia 2 tahun secara berulang kali. 

    Berdasarkan laporan media tempatan, wanita yang hanya dikenali sebagai NHJ itu dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada bulan Jun tahun lepas. Aksi jijik yang turut dirakam oleh wanita itu kemudian dihantar kepada suaminya. Dia berbuat sedemikian adalah kerana sudah lama tidak mendapat nafkah batin daripada suaminya yang tinggal di Pulau Lombok. Si suami yang tinggal bersama isteri pertama bagaimanapun tidak dapat pulang untuk memenuhi keinginan isteri keduanya itu kerana tidak dapat pulang berikutan pandemik Covid19. 

    Penangkapan wanita tersebut dibuat pada 26 Januari 2021 selepas pihak polis menerima laporan daripada anggota keluarga mangsa. Pada masa sama, pihak polis merampas telefon yang mengandungi video aksi lucah berkenaan, dua sim kad, memori kad dan beberapa dokumen penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti. 

    Wanita itu dilihat berdiam diri sambil menangis teresak-esak sewaktu diserbu oleh para wartawan di balai polis. Jika benar-benar didapati bersalah, dia bakal menerima hukuman maksimum penjara selama 15 tahun.

Catat Ulasan for " WANITA CABUL ANAK KANDUNG SENDIRI "