Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FILEM DRISHYAM 2 : Ajay Devgan dan Tabu Bakal Kembali?

   Filem Drishyam 2 : The Resumption versi Malayalam lakonan Mohanlal telah pun ditayangkan pada beberapa hari yang lepas. Ternyata, filem ini sekali lagi mendapat pujian melambung daripada peminat filem India Selatan di seluruh dunia. Bukan mudah untuk menghasilkan sekuel filem misteri thriller sebegini yang mampu menambat hati para penonton. Apatah lagi untuk ditonton secara berulang kali.

    Berdasarkan hantaran ulasan dan sinopsis ringkas filem Drishyam 2 yang saya siarkan semalam, rata-rata pembaca di Facebook memberikan komen positif selepas menonton filem itu walaupun permulaan ceritanya yang agak bosan serta mendatar. Namun kebosanan tersebut dibalas dengan penamat cerita yang benar-benar mengejutkan dan di luar jangkaan.

    Sementara itu Mohanlal menerusi kenyataan di akaun rasmi halaman Facebook telah mengucapkan ucapan terima kasih kepada para peminatnya atas sambutan hangat filem Drishyam 2. Mohanlal menulis,

    ”Overwhelmed and overjoyed by the tremendous response to Drishyam 2. I am touched by the fact that so many of you have already watched the film and have messaged or called with words of appreciation. The success of Drishyam 2 is a testament to the fact that cinema lovers across the world always appreciate good work and support it.

    It is the love and support of the cinema loving public that continues to inspire us to constantly better ourselves. My sincere thanks to all of you for the outpouring of love. It means a lot to all of us on team Drishyam. To the entire team, my congratulations and grateful thanks.”

    To Amazon Prime I express my sincere gratitude for enabling people across the world to watch and enjoy #Drishyam2

    Seperti yang diketahui, filem Drishyam yang pertama mempunyai banyak enam versi remakes? Persoalan yang timbul sekarang, akan adakah remakes Drishyam 2 untuk keenam-enam versi remakes tersebut? Memetik laporan daripada Bollywood Hungama, pengarah filem fenomena ini iaitu Jeethu Joseph telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya tentang pembikinan semula filem Drishyam 2 versi Telugu yang dibintangi oleh aktor Ventakesh Dagubatti. Sesi penggambaran dijangka akan bermula pada bulan Mac tahun ini.

    Dalam satu laporan berita berasingan, Drishyam 2 versi Hindi lakonan Ajay Devgan dan Tabu juga dilaporkan akan menemui penonton pada tahun 2022. Satu berita yang pasti menggembirakan buat kedua-dua pelakon terkenal Bollywood itu. Sumber memberitahu bahawa Ajay Devgan dan Kumar Mangat (penerbit filem) sudah membuat keputusan bagi membeli hak cipta filem Drishyam 2 sejak dari hari pengumuman penerbitannya.

Catat Ulasan for "FILEM DRISHYAM 2 : Ajay Devgan dan Tabu Bakal Kembali? "