Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM RUSTOM

Filem Rustom lakonan Akshay Kumar

    Filem Rustom merupakan inspirasi daripada kes sebenar tahun 1959 yang berlaku kepada seorang anggota tentera laut India berdarah Parsi iaitu Komander K. M. Nanavati. Dia tinggal di Bombay bersama isterinya, Slyvia yang juga merupakan berketurunan kulit putih. Pasangan yang bahagia pada asalnya itu mempunyai tiga orang anak. 

    Kekerapan Nanavati untuk meninggalkan rumah atas faktor tugas telah menyebabkan Slyvia berasa kesunyian. Sylvia kemudian jatuh hati dengan kawan Nanavati sendiri yang bernama Prem Ahuja.

    Satu hari, Nanavati baru pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugasan. Dia mendapati suasana kepulangannya pada waktu tersebut tidak disambut seperti kebiasaannya kerana Sylvia berada dalam kemurungan. Selepas didesak oleh Nanavati untuk bercerita, Slyvia akhirnya telah mendedahkan tentang kecurangannya. Slyvia menjadi murung berikutan cintanya terhadap Prem hanya bertepuk sebelah tangan. Biarpun hati Nanavati berasa sedih lagi terluka, dia tetap mengotakan janjinya sebelum itu untuk membawa mereka sekeluarga pergi ke Metro Cinema bagi menonton wayang. Nanavati seterusnya kembali ke pangkalan tentera untuk mengambil sepucuk pistol jenis lalu menerjah masuk ke kediaman Prem. Di situ, dia telah mengajukan soalan samada Prem akan mengahwini Slyvia serta sanggup menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga orang anaknya. Prem hanya membalas, 

    "Untuk apa aku berkahwin dengan perempuan yang sudah aku tiduri bersama?" 

Nanavati dan Sylvia

    Disebabkan berasa terlalu marah, Nanavati bertindak melepaskan tiga das tembakan terhadap Prem. Tembakan tersebut telah menjadi slogan poster filem Rustom 

    "3 Shots That Shocked The Nation". 
    
    Selepas pembunuhan itu, Nanavati telah membuat pengakuan jenayah kepada pegawai atasannya. Susulan saranan pegawai atasannya itu juga, Nanavati bertindak untuk menyerah diri kepada pihak polis. 

    Memandangkan Nanavati adalah seorang yang berjiwa patriotik, berdedikasi tinggi dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, maka pihak juri memutuskan bahawa Nanavati tidak bersalah. Bagaimanapun, mahkmah tinggi Bombay kemudiannya membatalkan keputusan tersebut. Rentetan itu, Nanavati telah didapati bersalah lalu diberikan hukuman penjara seumur hidup. 

    Sepanjang kes ini, Nanavati mendapat sokongan moral dan padu daripada orang awam, media, tentera dan komuniti Parsi. Mereka semua menuntut supaya Nanavati diberikan pengampunan. Kakak kepada Prem iaitu Mamie Ahuja yang akur dengan desakan itu telah bersetuju untuk memaafkan Nanavati. Akhirnya selepas tiga tahun di penjara, Nanavati dibebaskan. Selepas pembebasan tersebut, dia telah berhijrah ke Kanada bersama Slyvia dan tiga orang anaknya. 

    Nanavati menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2003.

Catat Ulasan for "KISAH BENAR DI SEBALIK FILEM RUSTOM"