Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN ANNI DEWANI : Bulan Madu yang Tragis

Anni

    Anni Dewani dilahirkan pada 12 Mac 1982 di Mariestad, Sweden. Dia yang juga anak kepada pasangan Vinod dan Nilam Hindocha merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Kakak Anni bernama Ami adalah lima tahun lebih tua daripadanya manakala adik lelakinya pula bernama Anish yang lahir pada tahun 1988.

    Pada tahun 2009, Anni yang sememangnya ingin mendirikan rumah tangga telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Shrien Dewani di kota London. Pertemuan mereka itu adalah hasil aturan daripada rakan Anni. Harus diketahui, Shrien bukan calang-calang lelaki. Dia berasal dari golongan keluarga yang kaya raya serta berpengaruh. Tidak lama selepas perkenalan antara Shrien dan Anni, mereka berdua telah menjalinkan hubungan percintaan. Malah, hubungan tersebut begitu direstui oleh ibu bapa Anni. Hinggalah satu hari, Shrien akhirnya melamar Anni di bandar Paris, Perancis dengan lamaran sebentuk cincin berlian yang bernilai 30 000 USD.

Shrien dan Anni

    Sebelum majlis perkahwinannya berlangsung, Anni ada meluahkan perasaan kepada sepupu dan kakaknya untuk memutuskan hubungan dengan Shrien. Perkara itu berikutan perangai Shrien yang sebenarnya adalah seorang yang sangat perfectionist. Ini termasuklah mengawal cara Anni berpenampilan. Selain itu, Anni dapat merasakan Shrien bukan seorang lelaki sejati. Walau bagaimanapun, Anni telah dinasihatkan oleh kakaknya untuk tidak melakukan tindakan yang terburu-buru memandangkan segala persiapan majlis perkahwinan sudah pun selesai dibuat. Bulan Oktober 2010, masjlis perkahwinan Shrien dan Anni diraikan penuh mewah serta meriah selama tiga hari tiga malam.

    Seterusnya, Shrien dan Anni pergi berbulan madu ke Afrika Selatan. Pasangan tersebut tiba di lokasi pada 7 November 2010 dengan destinasi pertama mereka adalah ke taman safari Kruger National Park. Empat hari kemudian, Shrien dan Anni menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Cape Town. Di situ, Shrien telah mengupah seorang pemandu teksi yang bernama Zola Tongo untuk menjadi pemandu mereka sepanjang tempoh percutian bulan madu itu. 

    Pada malam 13 November, Shrien dan Anni yang tinggal di Cape Grace Hotel bertaraf lima bintang dijemput oleh Zola untuk makan malam di sebuah restoran tepi pantai. Sebaik selesai makan malam itu, Shrien dan Anni pulang semula ke hotel. Sewaktu dalam perjalanan itu, malang tidak berbau apabila teksi yang dipandu Zola telah diserang oleh dua lelaki bersenjata tidak dikenali. Shrien dan Zola dipaksa untuk keluar dari kereta di lokasi yang berasingan tanpa dicederakan. Anni pula dibawa pergi oleh dua lelaki perompak berkenaan. Sejurus selepas kejadian tersebut , Shrien dan Zola terus pergi membuat laporan polis.

Link Shopee : https://shope.ee/3fVZ6mCLhY

    Keesokan harinya, keluarga Anni menerima perkhabaran menyedihkan dari Afrika Selatan apabila Anni telah ditemui mati di dalam sebuah teksi dengan kesan tembakan pada bahagian leher namun tiada sebarang tanda serangan seksual. Selesai proses bedah siasat, mayat Anni pun dihantar semula ke London untuk dibuang abu. Keluarga Anni semakin mencurigai Shrien kerana dilihat langsung tidak menunjukkan sebarang rasa kesedihan atas kematian Anni. Malah dia sempat lagi untuk berpesta. Bahkan juga sewaktu kedatangan bapa Anni untuk proses pengecaman mayat, Shrien enggan untuk turut serta atas alasan keadaan mayat Anni yang sudah pun kembang. 

    Berbalik dengan siasatan kes, pihak polis Afrika Selatan telah berjaya mengenalpasti suspek menerusi padanan cap jari yang ditemui di teksi Zola. Suspek dikenalpasti sebagai Xolile Mngeni dan Mziwamadoda Qwabe. Berdasarkan siasatan lanjutan juga mendapati Zola turut bersubahat dalam pembunuhan Anni. Cuma tidak dapat diketahui siapa yang telah menembak mati Anni. Apa yang pasti adalah antara Xolile dan Mziwamadoda. Mereka berdua saling menuding jari antara satu sama lain. Pihak polis kemudian menawarkan rundingan pertuduhan di mana tawaran itu telah diterima oleh Zola dan Mziwamadoa. Mereka berdua membuat satu pendedahan yang benar-benar mengejutkan, Shrien adalah dalang utama pembunuhan! Zola memberitahu dia sebenarnya telah diupah oleh Shrien untuk membunuh Anni. Cerita Zola lagi, dia mengenali Xolile dan Mziwamadoda adalah dengan bantuan seorang rakan lelakinya yang bekerja sebagai penyambut tetamu hotel. Menerusi pendedahan tersebut, pihak berkuasa Afrika memohon kepada pihak berbabit untuk membicarakan Shrien secara ekstradisi. Sementara itu, Shrien pula menafikan segala-galanya dengan dakwaan dia telah menjadi mangsa konspirasi serta kambing hitam untuk dipersalahkan.

    Disebabkan berita tentang pembunuhan Anni dengan Shrien sebagai dalang utama pembunuhan mendapat liputan yang begitu meluas oleh pihak media, seorang lelaki bernama Leopold Leisser kemudian tampil bagi membuat pengakuan. Leopold mendedahkan bahawa dia pernah melakukan hubungan seks dengan Shrien. Tambah Leopold, Shrien ada memberitahunya bahawa dia tidak pernah berasa bahagia dengan Anni. Pada masa sama, Shrien tidak mahu membatalkan majlis perkahwinan kerana enggan untuk menjatuhkan maruah keluarganya. Susulan pendedahan Leopold itu, Shrien dilaporkan telah mengalami kemurungan. 

Link Shopee : https://shope.ee/qBNjqFr7K

    Pada tahun 2014, Shrien akhirnya berjaya dibicarakan secara ekstradisi pada tahun 2014. Penamat kisah yang mengejutkan apabila Shrien yang mengaku dirinya sebagai seorang biseksual didapati tidak bersalah atas semua pertuduhan membunuh terhadap Anni. Mendengar keputusan yang diputuskan oleh pihak juri, keluarga Anni berasa tidak puas hati kerana mereka percaya Shrien adalah seorang gay. Dia disyaki membunuh Anni atas faktor orientasi seksualnya itu. Berkenaan dengan Zola, Mziwamadoda dan Xolile, mereka bertiga telah menerima hukuman penjara. Zola dipenjarakan selama 18 tahun, Mziawamdoda pula 25 tahun dan Xolile yang disyaki sebagai penembak Anni kekal dalam penjara untuk seumur hidup. Xolile bagaimanapun meninggal dunia pada tahun 2014 akibat barah otak. 


Link Shopee : https://shope.ee/30FsJuaroH

    Tahun 2018, keluarga Anni semakin berasa sakit hati selepas Shrien secara terang-terangan memuatnaik gambarnya bersama kekasih baru di laman Instagram. Kekasih Shrien tersebut adalah seorang jurugambar lelaki dari Brazil yang bernama Gledison Lopez Martins.

Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN ANNI DEWANI : Bulan Madu yang Tragis"